Monday, March 16, 2009

1999-2001(oo yehhh..akhirnnya)

Allah maha kaya dan maha adil cukup jer setahun aku duduk kat rumah aku dapat tawaran sambung belajar kat Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah(POLIMAS). Ya ALLAH hanya dia je yg tahu perasann aku masa ni.

Pada hujung Januari klu xsilap aku memulakan kisah hidup sbg seorg pelajar IPT dan yang penting aku dapat blaja apa yg aku minat iaitu perakaunan. Kat sini aku jumpa kawan2 baru Alin, Lenny, nani, eliz, maz, kak.an, cik pah, salniza dan ramai lg. Kwn2 yg x disebut jgn kecik hati sbb xlarat nak taip .

Semester 1 berlalu dgn pantas, masuk sem 2 dan seterusnya aku dah xduduk hostel , aku dgn geng aku menyewa kat tmn mahsuri. Geng serumah dah tentu alin, lenny, nani, eliz, mas dan Kak.an. Kitaorg tinggal kat situ sampai sem akhir.

Kat sini ler sbnrnya ku jumpa hubby skarg, wpun sblum ni dia mmg satu sekolah dgn aku. Tp kat sekolah sepatah pun aku xpernah ckp dgn dia. Masa ni dia sem akhir tp mmula kitaorg hanya sbg kwn .

Berbalik kisah aku dan kwn2...nak citer sumer mmg tak abisnyer. Kitaorg sangat suka pg Citypoint Alor Setar dan xsah klu xsinggah kat satu gerai yg ade jual air limau kasturi dgn asam boi....wuiiii mellelh air liur. Bila xder kelas atau cuti tempat yg selalu kitaorg lepak kat Jitra..he...he...Tapi satu yang uniknya kat kedah ni makanan mmg sedap2 murah plak tuh. hiii...terkenang sms dulu.

No comments:

Post a Comment