Thursday, December 24, 2009

AKHIRNYA -REDA BUAT SEMENTARA WAKTU

"cerita aku sebenarnya takde kaitan dengan gambar ni. saja jer masukkan gambar yang menunjukkan family yang tengah enjoy dengan masa bersama"

fuhhh...telah sekian lama aku tidak menjengah blog aku ni. Bukan aper tempoh kesibukan tahap gaban akan datang setiap hujung tahun. So pada awaL until semalam (23.12.2009), reda sekejap untuk bulan Disember. So mulai hari ini sampai 31hb aku just jadi macam biasa taklah jadi workaholic .

Tapi nafas aku akan kembali semput dan jantung akan berdegup melebihi kiraan pada satu saat mulai 01.01.2010 sehingga 08.01.2010. huhuhuhu.....penutupan akaun tahun 2009 telah kembali , aku rasa baru jer settle penutupan akaun tahun 2008 dan 2009 jengah pulak. letih sangat situasi macam ni, tapi apa boleh buat sumer tu kan pilihan aku....so terima jerlah....jangan komplen ok.

Impian sepanjang minggu depaan nak balik awal , klu boleh tepat jam 5.00 petang. Nak juga rasa tgk matahari petang ini asyik nampak bulan jer...he..he... Tapi ada satu perkara lagilah yang buat aku sedih , bila aku xsibuk hubby aku pulak yang sibuk giler babas....hmmmm itulah life kitaorang sekarang ni. Kadang-kadang cemburu tengok orang lain , life dorang xsibuk...ada masa untuk bersantai-santai, paling best waktu petang untuk beriadah. huhuhuhuhu.....bukan sesal tapi sekadar meluah rasa.

Tapi macam manapun ALHAMDULILLAH kitaorg faham antara satu sama lain dan pandai curi ruang waktu untuk Spent quality time together.