Tuesday, December 14, 2010

KERJA...OOOOOO KERJA

Aku jarang nak menulis atau merungut pasal kerja aku selama ini. Tapi rasanya perlu juga aku luahkan segala yang terbeban kat blog aku ni , bukan apae sekurang-kurangnya meungkin kurang lelah dan letih yang aku tanggung. Atau bila orang terbaca orang akan cakap alaaaaa mcm dia sorang byk kerja. Bukan niat nak cakap aku sorang yang banyak kerja ..sekadar luahan. Bukan tidak puashati dengan mana-mana pihak tapi cuma sekadar keluhan.

Gini alkisahnya...kalau nak banding zaman aku mula kerja dulu di tahun 2002 dengan sekarang aku kerja di tahun 2010 banyak bezanya. sebab ape....hehehehe. Aku sebenarnya memang suka banyak kerja sebab masa aku berlalu tanpa tunggu. tup...tup dah boleh balik, semangat aku ni bukan sebab tahun pertama kerja tp mmg aku suka. Sampai ada sorang abang tu pernah cakap kat aku kerja macam org swasta. Sebenarnya aku tak faham masa dia cakap tu tapi lama-lama baru aku faham camner kerja org gomen dan kerja org swasta. Tapi aku still teruskan kerja aku sbb mmg perlu disiapkan.

Lepas tu setahun aku kat situ aku pindah kat Tanjong malim, kat sini jangan cakaplah pengurusan tak ramai. So everything kena buat A to Z. Tapi aku happy dengan kerja aku walaupun amat-amat sibuk. Still boleh balik on time..xperlu kerja lebih masa. Kalau aku lewat 10 minit siap ade yang remind lagi. hehehehehe. 2 1/2 jugaklah aku kat sini pastu aku pindah kat putrajaya..kat mana...rahasia.

Masa aku pindah dlm tahun 2005...ok , 2006 ok...tapi bila mula 2007 segala-galanya berubah seiring dengan top management. So bermula la era kualitas bagai...adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak tahu nak cerita camno. Bermula dengan BIL 14 HARI, Indeks akauntabiliti. KUALITI ISO, STAR RATING MAMPU. Dalam dah stabil dengan semua tuh tup-tup tahun 2010 datang pulak pensijilan 5S.....HUHUHUHUHU....dalam nak melaksanakana macam-macam rencah ader, sampai tumpuan kat opis lebih bayk dr rumah. sampai bunga kat umah xpernah lap tp akt opis terpaksa lap. Suami isteri bergaduh dan moncong sedepa...mana taknyer weekend klu tanya hr ni nak pergi mana , jawapnyer mesti " opis". tulah dia tu belum cerita kerja hakiki yang memang tanggungjawab kita perlu lunaskan sebab dibayar gaji kan. Sampingan-sampingan tu sebenarnya yang sakit. Tapi apakan daya sudah 'SYMP'.

aKU YANG BENORNYE NAK RELATED CITER AKU NI DENGAN statement xcolleague aku masa kat opis tahun 2002 tu yang kerja macam swasta. YES aku rasalah selama 3 tahun kebelakangan ni memang rasanyer kerja macam kat swasta. tapi taktahulah pendapat orang lain.

kerja cam aku ni hujung-hujung tahun kena tempuh penutupan akaun. itu satu lagi fasa dalam setiap tahun kena tempuh, bermula 01.12.2010 sampailah pertengahan JAnuari 2011. APa boleh buat bak kata mak aku dah nak sangat kerja..bila orang bagi kerja buat aje......hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....