Wednesday, August 12, 2009

MY HUBBY - DEMAM

Menakutkan lah dgn wabak H1N1 sekarang nih...nauzibillah. Ya allah selamatkan kami dari jangkitan penyakit berjangkit ..amin.

Dua hari aku EL...mana taknya pagi isnin hubby aku tetiba diserang demam...batuk dan selesema. Aku pun dah jadi kalut sbb dia mmg xlarat bangun dan panas badan. So cuak jgk at last aku msg boss aku lewat masuk nak bawa hubby pg klinik. korang caya tak aku mmg selama nih xpernah pg klinik putrajaya tuh sbb klu aku dmm aku rela soh hubby aku klinik panel sbb aku xlarat menunggu.

Tapi sbb kan takut jgk so aku bawa hubby pg klinik putrajaya.....masyallah...oraaaaangggg punyer le ramai....pastu masa ambik nombor aku dapat no 2447 MS TUH patient yg doktor jumpa no 2089. huiiiiilkkkkkk pkl brapa leh jumpa doktor. Aku tgk hubby dah xlarat sangat dah. ini yg demam tambah demam yg xdemam pun leh demam nih.

So fikir nyer fikir aku ckp kat hubby kat mana lagi klinik panel. so kitaprg pg kat Pusat rawatan islam azzahrah bangi. Mak aiiiii kat sini kena tunggu dalam 200 org lbih kurang 3-4 jam. nurse tu ckp skrg nih pgi klinik mana2 pun sama. Ya Allah mudahkan lah urusan ku Ya Allah. xperlah aku dah xder pilihan, kena tunggu jgk.

Aku sian kat hubby sbbnya tempat duduk dah xder. aku faham sangt kita klu demam nak baring jer. tp alhmadulillah masa saringan temperature xsuspek h1n1. dalam 3 jam jgk baru dapat duduk kat sofa...elok xpanas bontot dah panggil nama. lega..dalam 2minit dah kuar.....aiseyyyyy tunggu 3 jam lebih....check up 2 minit jer...xperlah. xhilang lelah aku .

So dah amik ubat dalm pukul 3 lebih br balik. Ya allah yg menunggu pun rasa dah nak demam ...xlarat dah aku nak masauk opis aku bgtau aku amik cuti dan esok pun sama klu demam xkebah lagi.

Alhamdulillah ptg selasa dia dah laarat sikit nak bangun, so pagi td dia kata laarat nak pg opis. so maknanya dah sihat lah tuh.