Monday, July 19, 2010

TERHARUNYA AKU

Takde sebab ape cuma tapi bila baca paper

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus
.


huhuhuhu...manalah tahu kan aku juga macam ni....