Monday, April 12, 2010

SELAMAT DATANG KE ANGKA 3

Hehehehehe.......alhamdulillah....syukur pada ALLAH yg masih mengizinkan aku menghirup udaranya dan mencapai kebahagiaan di dunianya ini.

Semalam genap usia ku 30 tahun....selamat tinggal angka 2....Aku menginjak lagi ke satu tahun dan permulaan di angka 3.huhuhuhu...betapa cepat masa berlalu...walhal baru saja rasanya aku menjadi kanak-kanak riang, melalui zaman sekolah yang penuh dengan warna warni, zaman dara di waktu pengajian tinggi. hmmmmm semua tuh kekal menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.

Apapun di usia ini aku tidaklah ghairah untuk membuat sambutan hari jadi. Tetapi sebenarnya dlm keluarga pun sememangnya dr kecil kami tidak pernah didedahkan dengan sambutan sebegini. Bila di zaman sekolah( asrama) barulah aku tahu nak ucapkan selamat harijadi , memberi dan menerima hadiah.

Berbalik pada hari ulangtahun kelahiran aku, aku rasa gembira sangat kerana terlalu ramai kengkawan yang mendoakan aku panjang umur, sejahtera, murah rezeki dan bahagia sentiasa. Alangkah bertuahnya aku rasa dan inilah hadiah yang paling bermakna kerana aku menerima doa dari keluarga dan kawan2. Mudahan doa kalian semua dimakbulkan oleh Allah.

Buat suamiku yang terchenta terima kasih atas segalanya...............terima kasih...terima kasih..terima kasih...