Wednesday, April 8, 2009

DAH TENGOK RUMAH

Semalam petang hubby ajak tgk rumah sbb alang2 dah dapat kunci kan. Skrg ni nampak hubby lebih excited sbnrnya drpd aku. he..he... jengg...jeng sampai jerk kat rumah amik masa pilih kunci yg mana, banyak sangat kunci.

Pandangan pertama...bag aku rumah ni mmg oklah ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Cuma bukan lah xpuas hati tp dapur agak sempit klu nak banding rumah apartmet. Bayangkan petak jubin yg aku kira lebih kurang 7 atau 8 jerk. rumah lama xsilap aku dlm 15 petak.

Aku ni klu boleh xnak masak atas kabinet sbb aku ader almari utk dapur gas sbb xcantik lah dan kotor rasanya masak atas tuh. Klu aku letak almari dapr pastu terpaksa share lagi dgn mesin basuh. Pasal mesin basuh pun kena letak kat dapur gak ssbb kat luar xder bumbung . Klu dah letak dua2 ni rasanya tinggal dlm 4 ptak lagi kot ruang anatara rak dapur , mesin basuh dengan kabinet dapur sedia ada. adoiiiii.....ni sah2 xleh ramai2 kat dapur. Sbnrnya rumah ni mmg direncanakan supaya org masak atas kitchen kabinet guna gas melalui saluran dan bukan pakai tong gas.Apa pun aku kena positif, xkan kerana dapur aku nak tolak rumah ni sedangkan dah masuk 4 thn aku tunggu rumah teres.

Bilik tidur...semuanya ok...aku xder bantahan.Bilk air pun ok sbb ada 3. So klu family aku dtg ramai2 pun xder masalah. Cuma bilik air kat bawah syer dgn guess room dan ruang tamu. Kebetulan ruang tamu betul2 kat situ ...tgh berborak ke apaer kuar bau yg xnak plak nanti. sentiasa kena wangi dan bersihlah maklumlah......
tapi aku rasa rumah baru ok kot.

Paling aku suka ada balkoni dan ruang menonton kat tingkat atas. So tv lagi satu leh lah kitaorg letak kat situ. Klu ank buah aku tgk astro aku kena lari naik atas lah tgk tv...he...he..........

Hubby aku ajak pindah dgn sesegera yg mungkin. aku sbnrnya mmg lah nak...tp xsempat nak kemas. balik keje dah penat. Aku bkn boleh bali, sharp cam org lain, dekat maghrib baru sampai rumah. letih. Jadi hari cuti baru dapat mengamas. Aku cadang 17.04.09 baru nak pindah. Ade seminggu lagi nak kemas rumah.