Thursday, September 4, 2014

NOVEL LAGI

Hehehehe... dah mula dah buat tangkapan banyakk2.... sikit lagi boleh bkk kedai buku pulak. ape boleh buat hobi aku baca novel kan....kan..kan... bukan buat jenayah pun...hehehehehehe. ni yang terbaru dalam koleksi aku walaupun bukan novel terkini.....hampa faham dah ayat aku ni....hehehehe....

 baru mula baca...nnti kkasi review


ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-10




03 Julai 2014 genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Alhamdulillah telah Sedekad melayari kehidupan rumahtangga bersama suami tercinta. Dengan izin Allah kami berjaya mengharungi segala badai, onak duri dan pancaroba hingga saat ini, dan moga diizinkan selamanya hingga ke Syurga... Amin ya rabbal  alamin.

Aku bukan nak beleter banyak sbb klu nak dibandingkan dengan usia rumahtangga orang lain jauh BAGAI LANGIT DENGAN BUMI dari aku. Cuma sedikit perkongsian dari secebis pengalaman sedekad berkongsi hidup dengan insan bergelar suami. hehehehehe cam nak buat novel plak ek.

Bukan mudah sebenarnya kita nak lalui. Perkahwinan xsama yer zaman2 bercinta yer adik2 kakak yang dalam fasa bercintan cintun. Masa bercinta kita xder komitmen. jumpa pun mungkin sekejap. Jadi banyak perkara yang tersembunyi belum meledak....hehehehehe. Tapi bila kita dah kahwin banyak benda yang kita tempuh, belajar . Setiap hari adalah perkara baru. jeng..jengg..jeng. antaranya :-
  • BERKONGSI
  • MEMBERI DAN MENERIMA SEADANYA
  • TOLERANSI
  • MEMAHAMI
  • SATU RASA
  • RENDAHKAN EGO
  •  IKHLAS DALAM SEMUA PERKARA
  • TIADA RAHSIA
  • SABAR  
  • MEMAAFKAN
Banyak lagi kalau disenaraikan berkajang-kajang xhabis. Kalau digabungkan semua tu mungkin kapal kita akan berlabuh di pelabuhan yang kita nak tuju. In sha allah sama2 kita berdoa.

Untuk ABANG ( encik SUAMI) terima kasih atas segala-galanya,  yang sudi jadi tulang rusuk saya, menjadi peneman setia, tukang dengar leteran, menceceh,  sabarnya dengan perangai saya dan for everything dan paling best yang sudi sayang saya TO THE MOON AND BACK (pinjam kata2 cerita RINDU AWAK 200%)




Wednesday, August 27, 2014

tiada coretan lagiii rupanya

halllooooooooooooooo....... opppsssss Assalamualaikum wbkt n salam sejahtera... udah macam nak bagi ucapan le pulok...hehehehehehe
tetiba plak tersesat masuk blog sendirik....hehehehe. baru aku perasan weeiiiii... xdak langsiung coretan ka nukilan ka atau bebelan ka dalam tahun 2014. bohong sangattt aaihhhh klu xdak cerita tapi aku pun xdak jawapan sbb pa aku xtulih apa2 pun.

banyaakkkkkkk sangatttt ceritaaaaaaaa , tapi klu nak tulis kat entry maunya berkajang2...hehehehehe. takper pelan2 kita story mory ek. rasanya macam rajin nak menulis pulak skarang ni. maklumlah masa dan tika ini dan ruang yang diberi sangat2 lah aku suka.

korang nak tahu tak, since Mac 2014 dengan rasminya aku dah pindah opis baru...bukannnnn pindah tapi bertukar ke jabatan lain. terang sikit no. Selama hampir 9thn aku kat jpm.. mmg xperasan pejam celik dan bertahun2 rupernya. Mmg banyak sangt benda yang aku dapat belajar ..kengkawan pun ramai. silih berganti. huhuhuhu semua perasaan ade sedih, gembira, stress, kepuasan, debaran, temimpi2... hehehehe semua dah rojak. ALHAMDULILLAH aku berjaya tempuh hingga aku dapat surat pertukaran utk mulakan satu kerja baru. lapangan yang sama cuma sedikit berbeza.

Kat tempat kerja baru pun dah hampir 5 bulan. Aku dah mula sesuaikan dengan kerja, persekitan, kawan2, bos dan sumer la. Kerja aku bukan lagi operasi tapi audit... aku semak kerja org pulak. hehehehehehe. Alhamdulillah aku dah dapat rentak kerja kat sini, so aku enjoy walaupun outstation banyak. tapi xperlah nak buat camner kan. point yang penting aku nak bgtau korang ..... aku listkan satu2 ek :
  1. telefon aku jarang2 berdering- AKU SUKA
  2. masuk keje pkl 8, balik pkl 5 - LAGI AKU SUKA
  3. keja pikir kat opis jer, bila balik umah xpikir dah- SUKA, SUKA, SUKA
  4. NO STRESS, NO PRESSURE, NO ANGRY BIRD, NO MOODY, - pendek kata segala2 yang buruk mmg NO. aku macam dah reborn lak... jumpa exstaff pun dorang ckp muka lain.. freshhh giler. ape ke teruk benorrrr muker aku sebelum ni...huhuhuhuhu
  5. CUTI senang jer asal bkn dlm jadual audit- NI PALING AKU SUKA
  6. outing - hehehe dah mula belajor. Korang aku dulu mn pernah nak buat tu sumerrr....hehehehehe
Jadinyer apa yang aku listkan kat atas tu br sikit . Moral of the story klu kita tenang , gembira dan sntiasa senyum secara semulajadi diri kita mmg akan nampak segar, sihat dan berseri2. Ini bukan nak buat iklan tapi apa yang jadi kat aku...So kalu nak muda sentiasa... hati , jiwa kena tenang dan sentiasa senyummmm sokmo.



Monday, December 16, 2013

masa yang pantas berlalu

korang rase tak ape yang aku rasa sekarang. terutamanya pasal masa. CEPAT BERLALU...kan. sebulan pun rasae sekejap, seminggu pun singkat apatah lagi sehari. mACAM tu jugaklah tahun 2013 ni dah tinggal 15 hari je lagi sebelum menjengah 2014. Usia naik lagi satu angka. Apa yang dah dapat dan buat dalam usia ni.....huhuhuhuhuhu. tapi sebenarnya aku dah bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ni walau belum/tanpa kehadiran permata hati ...ALHAMDULILLAH. Walaupun pada mata orang lain kurang tapi cukuplah kalau kami bahagia, ayah dan mak kedua-duanya ( mertua juga) masih ada itu lagi bernilai dari segala-gala yang ada dalam dunia ni.tak terbanding rasanyer dengan segunung emas pun.huhuhuhu mak&ayah, mak&abah. Ya allah pajgkanlah usia mereka, berilah kesihatan pada mereka. tak puas rasanya lagi nak bermanja dan berkasih sayang dengan mereka.

Tuesday, November 12, 2013

SETAHUN BERLALU

Assalamualaikum , salam sejahtera buat sumer.....
sekian lama jari jemari aku tak menari atas papan kekunci untuk menulis kat blog ni. TAPI hari2 jari senaman kat lantai papan kekunci masa kat opis. nakkk jugakkk bgtau kan

sedar tak sedar setahun dah jarak aku xmengisi atau menulis sebarang entri dalam blog kengkononnya. tu la org nak berblog ko pun nak, cita2 tinggi tapi pencapaian sedeyyyyy.....hahahahaha kemain lagi ngutuk diri sendiri. ok lah kan daripada aku kutuk org baik aku ngata diri aku. hahahahaha

banyak sebenarnya nak dikongsi tapi masa terluang sangat terbatas ( propa lagi macam sibuk bebeno) HAHAHAHA maklumlah sibuk ngalahkan ketua kampung. kihkihkih. apae pun hari 12.11.2013 adalah sejarah lembaran baru ( kononnya!!!!!!) aku akan selalu melawat kawasan dan xkan ade sawang atau sampah yang melekat kat lantai, dinding dan syiling. hahahahaha korang faham tak... lantaklah aku jer yag faham...