Friday, March 18, 2011

CUTI KAT KAMPUNG

hari ni sampai isnin aku berehat kat kampung. hmmmm bestnyer dapat lari sekejap dr kerja yg xpernah habis.

***** ++ aku bagi kat 4 hari aku cuti. Sebab ape bila cuti balik kampung mmg paling best dari segala percutian yg ade...hehehe sebb dapat dok manja2 dgn mak dan ayah dan tak luper mentua aku. Hehehehehe teruk betui tau skrg ni balik mentua aku leh sambung tido sampai kul 9. hehehehhe agaknyer mil aku pun malaehhh nak bebel kot. kih..kihh...kih.

hari Jumaat ade kat ipoh cam biasa xbyk aktiviti sbb dok kat bndr bkn kat kpg. Nak tolong wat keje luar pun xder sampah/ daun2 kering nak sapu sbb umah taman. So setakat sapu sampah dlm rumah , kemas2 rumah brp lamae la sgt. ptg lps mkn kitaorg membuterrrr sampai kul 5ptg. ambikkk....pas bangun fil ajak g mkn mee goreng mamak. Pas pekena mee goreng pi la bertandang umah kwn fil kat kat Klebang putra. Dalam dok kenyang ni jamah lah jugk makan yg dhidang..almaklumla udang besauuu goreng tepung tuh. Tapi sbb perut dah kenyang mkn satu je. Kang tak pasal2 muntah lak.

Mlm tu kitaorg ronggeng kat JUSCO IPOH , tgk HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PKL 10.00MLM. Pas dpt tiket dlm 9 lebih...dah taktau nak wat ape2 , nak pegi window shoping mlassssss yg amat. Kebetulan ade pusat game kat situ..pelagi ngabihkan duit main game sampai 9.45. hehehehehe ntah hape2 kan....tapi layanssss. Ok berbalik pada citer HMMW....AKU KASI **** bintang sebb pada pendapat aku la, citer epik yg tak boring pastu agak mirip cam citer luar, wpun xsama mcm citer luar tapi aku bangga wat anak tempatan leh buat citer camtu. Tapi aku rasa dalam citer ni watak paling menyerlah ialah khir rahman sbg KAMAWAS dan YING-YING ( tak tahu nm sbnr) sbb dorang berdua ni yg menghidupkan watak dan ceriakan suasana.

Hari kedua kitaorg bergegas ke setiawan sbb Bapa sedare hubby aku dimasukkan ke wad sbb pendarahn dalm perut. Lps melawat singgah kat rumah Mak Yang dan kebetulan depan rumah ade orang jual buah durian ..pelagi hubby aku beli 5 biji mkn kat situ. Durian mmg sedap tapi azab sbb perut kembung dan sebu sampai mlm. Sampai kat ipoh pkl 5.30 dan dalm pkl 6.30 kitaorg grak balik ke Gerik...mn lagi klu bukan kampungku. sampai dalm pkl 7.45 mlm. sampai2 terus tny mak mask aper...ade ka ptt. hehehehehe. musim hujan xbyk aktiviti luar. Kebetulan semua balik kecuali abg aku kat shah alam tuh. Pagi pergi mengurut badan2 yg sakit kat cik Zah. ADOOOOiiii punyerla sakit tapi tahan jugklah ssb dah terseliuh tgn. Malm kitaorg wat bbq. petang tuh siapkan sos perap dulu. Bhn2 perap2 tak ssh nak cari amik je belakang rumah. Kalu kat umah aku tetibe plan nak wat bbq sumer bende nak kena kuar beli. SELESAI sumer daging/kambing/ ayam panggang.....sekali letak.....jer..licinnnn....

Pagi dah xbyk aktiviti sbb sumer dah kemas2 siap nak balik k=rumah masing2. saje balik awal supaya leh sampai awal kat rumah.

gambar xde sbb aku malasssssss nak snap

Wednesday, March 16, 2011

SABOR JELAH

Hari ini ade sikit lah orang spoil mood aku......tercabar jugklah kesabaran aku nih. Citer nyer camni ade lah sorg pegawai xpuashati pasal tuntutan dia kena kuiri sebab tak lengkap. So dia xpuashati dan datang jumpa aku. Yerlah lps tu xder mukadimah pasal ape terus ckp aku suka-suka kuiri bende-bende kecik , kononnya menysahkan keadaan. Yang aku tak faham klu nak marah sekalipun xbolehke bg mukadimahdulu ttg ape, ingt sumer bende dlm kepala aku ker dan yg penting xleh nak berhemah ker. Dah terang-trang sesuatu yang ditulis tangan perlu ade pengesahan dari bos kita kan. Bila aku nak explain baik2 dia kata dia tahu...so...salah aku lagi ker. Aku faham sangat lah perasaan orang yang buat tuntutan , takkan lah aku ni kejam tak berhati perut suka suki jer nak tolak atau xnak bayr. Siapa aku kan. Bila dah ditolak tentu ade sebab. sabaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...dan paling kena igt setiap sen kita nak claim mesti kena pengesahan....bukan duit kitaaaaaaaaa laaaaaa. Aku ni menjalankan tugas jgk ...sbb dia ckp kat aku" xfikir ker orang letih2 keja sabtu ahad". yerlah awak sorang jelah yg keje kan. Apa pun klu leh xnak ingat dahhhh.

** : first time rasanye aku tulis citer cam ni. sbnrnye aku xsuke sbb dah kategori xbaik.

Tuesday, March 15, 2011

BENCANA TSUNAMI-JEPUN

Allahuakbar........tiada kata terucap bila tengok tsunami melanda Jepun. Mudahan Allah meringankan dan menghentikan bencana tersebut. Teringat Tsunami 2004 yang menyapu bersih Acheh.
Bersabarlah wahai mereka yang ditimpa bencana dan mudahan Allah mendengar doa kita semua. Aminnnn.

Monday, March 14, 2011

Gangguan Ditindih@dihempap ketika tidur

Aku taktahulah nak mula camner , tapi apa yg berlaku semlm dalm pkl 2.30 pagi membuatkan aku nak tulis kat sini. Korang pernah tak dapat gangguan camni. TApi byk artikel yang mengatakan perkata ini sebenarnya lumpuh semantara ketika tidur. Etahlah aku pun tak tahu nak cakp camner. Tapi klu baca artikel perubatan islam @alternatif , ditindih@dihempap ketika tidur tidur adalah gangguan makhluk halus. Tapi camner pun aku tetap nak tulis apa yang berlaku kat aku.

Sebelum umur aku 20 thn dan selama duduk kat sekolah asrama selama 7 thn xpernah lak aku dpt gangguan ni masa tidur. Kesah ni mula masa aku belajar kat POLIMAS. Masa tuh kawan aku selalu cakap pasal dia asyik kena tindih. Aku dengan rasa ingin tahu asyik tny dia camner rase kena tindih sbb aku xder pengalaman. So dia cerita lah macam ada benda besar hempap dan takleh nak gerak dan paling buruk lagi sampai xleh nafas. Masa aku mula2 dapat gangguan ni masa aku tidur petang dan kat tepi dinding kat bilik rumah sewa aku. Masa aku terjaga tetibe aku nmpk ade benda bulat hitam kat atas kepala aku, pastuh tahu-tahu aku dah xleh gerak . Jenuh jgklah aku bertarung utk lepaskan diri. Bila dah dpt lpskan diri rasa cam letih sgt. Pastuh terus aku citer dgn roomate aku dan dia ckp itulah die camner perasaan yg ko nak tahu sgt. selama 3 thn dlm bilik tuh aku mmg selalu kena hempap . Kadang2 siap ubah tempat kitaorag pun xjadik lagi. Cuma bezanya aku xlemas cam kawan aku kena.

sambung lagi...aku rasa paling teruk aku kena masa aku tertidur kat sudut sebelah almari. Masa ini letih sgt baru lps exam. So lps balik dari kelas, pening kepala terus tidur. Masa ini aku siap kena tindih + kena sepak bertubi2. Entah apa yg dia marah sgt kat aku pun aku tak igt dah. TApi mmg peritlah maklumlah kena sepak. TApi bila jaga xderlah sakit bengkak pipi aku tuh.

Ok tutup citer masa tuh. Masa aku mula2 kerja dan tinggal sorg kat Slim River , alhamdulillah xdrlah plak kena tindih cuma gangguan lain jer. Tapi xyahlah citer kan. Rumah kat presit 9 pun Alhamdulillah. Tapi sejak aku pindah kat Presint 14 ni gangguan tu dtg lagi. Walaupun xsekerap masa kat Jitra dulu. Smlm aku kebetulan xboleh lena lps smyg isyak...lebey kurang dalm 12.30 mlm la. So bila aku pehamkan mata aku rasa lemas, pusing kiri..pusing kanan pun tak terlelap jugak. Aku klu perasaan cam ni cam dah dpt agak la kan. Tapi xper sambil aku doa aku dok ubah bantal..org tua2 pesan klu ssh nak tidur terbalikkan bantal sampai boleh lena. So aku tgk jam dah 2.15 pg , tp mata xmahu tidur gak. Hubby aku dah kemana dah hanyut. Pastu aku tgk jm lagi 2.27 dan dlm xsangka aku terasa mengantuk. Tetibe masa aku dah terlayang tuh rasa cam ade 'bende' jatuh kat atas aku. taPI sempat lagi aku cakap dia buat dah..dlm masa aku nak capai hubby aku aku terpegang sesuatu mcm kepala baby. Sabo jelah..aku cuba ayat terakhir ' kursi' dan hembus kuat2 terasa mcm bende tu terpelanting. oklah tpi ade satu lagi bende besar kat belakang aku...sabooooo jelah. Lama jugaklah aku dok bertarung last2 aku mals nak layan aku ingat Allah berkuasa atas segala-galanya aku sebut Allahuakbar. Alhamdulillah baru dia lepas. Baru aku rasa aku lapang dan lps tuh aku tidur dengan lena.....

TApi tulah terpulang koramh nak percaya ke tak. HAnya yg pernah mellauinya akan setuju dan yang penting kita kena igt walauapapun Allah berkuasa atas segala-galanya. Semua tu ujian pada aku sbb Mungkin aku xcukup kusyuk dalam berwudhuk, solat dan mengaji.

Friday, March 11, 2011

Just nak share

Saje nak kongsi lirik lagu ni...layannnnnnnnnnnzzzzzzdan jugan lupa untuk muhasabah diri