Monday, July 19, 2010

TERHARUNYA AKU

Takde sebab ape cuma tapi bila baca paper

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus
.


huhuhuhu...manalah tahu kan aku juga macam ni....

Monday, July 5, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-6

Alhamdulillah pada sabtu lepas 03.07.2010 genap 6thn usia perkahwinan aku dan suami terchenta .

Buat Abang....Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa dan mudahan senantiasa dilimpahi kasih sayang dan keberkatan, dikurniakan zuriat dan rezeki ...aminnnnn.

sambut katner ?
Hehehehe...entahlah kali ni kitaorg dua2 wat keputusan sambut cam biasa2 , takde kek bagai. sbbnyer klu ade kek bkn nak makan sagt membazir jer. So decide nak makan2 sambil tgk game Argentina vs Jerman. Kali ni kitaorg pg makan dekat Restoran Arab kat Precint Diplomatik "MR KABAB & BRIYANI". Aku pun xberapa sure tp lebey kurang camtu la nama restoran tuh. So bila masuk tuh kat dalam tak rama sgt so boleh pilih tempatyang selesa. tp masa melangkah masuk tuh pun aku dah rasa selesa sangat. mmm masa jalan nak cari port sempat lg aku menjeling2 makanan kat atas meja pengunjung kain. wahhhhh macam meriah jer tgk makanan dorg tuh. So pilih nyer pilih last pilih yg dkt sikit dgn tv...hehehehe. kitaorg telek nyer telek menu last2 pilih set menu yang bukan nasi. Sbb waktu ni pun dah nak dekat kul 10 kang mkn nasi pa cerita kan. Hubby pilih menu pe ntah aku pun xigt nama dier. tp rasanyer mixed grilled kot, sbb ade roti nan, ayam, daging, kambing , ikan, kentang goreng....pastuh sos.... itu aje. Oklah rasa makanan dier. tp korang jgn taktahu aku dgn hubby aku yg berlagak xnak mkn nasi nih mmg terliur giler tgk org sebelah makan nasi arab...tahan ajerlah. hehehehe xkan nak order lg kot yg sedia ade tuh pun xhabis nak mkn, banyakkk siot. So kitaorg kat situ layan bola sampai separuh masa pertama je. malas nak tunggu lelama...lepak kat umah lg bagussss.

gambar cam biasa nnti 2 aku upload tp xbyk pun. hehehehehe dah mmg musim bola anniversary pun makan sambil layan bola. mmg betul2 demam nih.

Saturday, July 3, 2010

BRAZIL DAH KALAH

huhuhuhu....walapupun sebenarnya aku bukanlah peminat tegar bola sepak tp sejak WORLD CUP ni aku join lah tengok. So Brazil , Portugal dan Argentina adalah team yg aku suka tengok. Tapi dalam tiga2 team paling aku suka tentulah BRAZIL. Tapi semalam cam sedih gaklah sbb Brazil dah kalah. AKu nak kata pandai taklah tapi aku rasa banyak sangat la lakonan dan babak jatuh berguling nih. Tapi apa pun mmg bukan rezeki dorang lah kot. Entah- entah Uruguay dan Paraguay yang masuk final......

Thursday, July 1, 2010

ASMA UL HUSNA- VERSI DR ARY GINANJAR

Sangat syahdu dan hiba hati bila dgr asma ul husna ni. Sbnrnya dah lama dah aku cari tp baru sekarang jumpa. Kan aper selalu dgr kat Astro Oasis tp xder koleksi. Kebetulan smlm sebelum azan mahgrib aku bkk oasis. Rezeki aku dapat dgr asma ul husna ni. dpt lah aku tgk nama . Paastu hari ni terus aku cari kat youtube. Alhamdulillah aku jumpa pastu siap embed kat blog lagi. hmmmm sekurang-kurang klu korang bkk blog aku sambil2 baca tulisan aku klik lah kat video, mn tahu klu niat kita ikhlas dapat jgk saham kan...insyaallah.

Monday, June 28, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-6 BAKAL MENJENGAH

Begitu cepat dan pantas masa berlalu, minggu depan 3.7.2010 bakal menjengah dan makin bertambah dalam kiraan usia rumahtangga aku dengan suami terchintaaa aku aka genap 6 tahun. Masih berdua diusia perkahwinan 6 tahun .