Thursday, June 10, 2010

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Hmmmmm sungguh xsabar rasanyer nak balik kampung minggu ni...nak jumpa mak ayah dan family. Mesti meriah bb adik beradik berkumpul. Tapi yang sedihnya hubby aku xdpt ikut sbb dia nak study coz 14hb dan final exam. Mula2 tu berat hati gak nak tinggal dia sorg tp dia kata xper sbb klu xbalik aku plak yg tinggal sorag2 kat rumah ssb dia ader study group. Aku jarang balik kampung tanpa hubby aku ni. Rasa lain plak. tp xperlah kan...sekali sekala.

Wednesday, June 9, 2010

APA AKTIVITI YANG BEST UTK ISI MASA LAPANG

contoh gambar


Aku sekarang tgh fikir apa aktiviti aku nak buat untuk isi masa lapang aku kat rumah. Contohnya waktu malam la kan. Macam sekarang ni rasanyer sampai dah tahap bosan gilerrr dah aku sorang2 kat rumah. Yer lah kadang2 terdetik lah kan kat hati hari2 pas balik kerja pengisian waktu malam tu...boring lerrrr asyikkkkk tengok tv jer kan. Selalu aku baca novel tp dlm sebulan aku peruntukan 4 jer yg aku beli, so maknanyer dah habislah kenalah tunggu bulan depan pulak. Takkan hari2 nak beli buku gunung pun rata camtuh. Sebelum nih aku akan bersenam lps maghrib tp yg xbagusnyer aku akan mandi malam setiap hari. So xbaik juga utk paru-paru aku. So aku tukar senam petang , mandi pun sebelum maghrib kira ok le tu kan.

Rutin aku :-

Hari Kerja :-
6.30 ptg ----> sampai rumah. Siap sedia utk senam dan sauna
7.30 mlm----> mandi dan solat maghrib
8.00mlm----> mesin kain kotor sambil tu iron baju
8.30mlm----> lipat kain klu ada sambil tgk tv....itu jerrrrr...
11.30mlm---> solat dan tidooooo.......

itulah rutin aku hari2, ulang benda yg sama. MASAK xder dlm rutin sbb jarang2 . xder org nak makan. Kecuali hari cuti dan minggu jer. Bukan pemalas tapi pembaziran yang ketara klu aku masak..huhuhuhu. harap2 skill masak aku x pudar la . Korang rasa boring tak...cam boring jer kan. Walaupun boring tapi sebenarnya aku enjoy duduk rumah..cuma nak cari something yang aku suka buat. Hubby aku hari kerja ada kelas , makan plak kat kampus dia.

Aku rasa cam nak blaja wat baju. dapat jahit baju kurung pun jadilah kan. Maklumlah sekarang upah baju pun mahal. Kalau pandai jahit kan senang. Ini tak kainmenimbun dalam lemari tp berjahit..takde makne jugak..

So akn difikirkan dan perlu cari tempat untuk blaja menjahit, pastu mesin jahit . mmmm cam ok gak kan.

Wednesday, May 26, 2010

RINDU PADA AIMAN


Aiman masa 5 bulan ( gambar lama). gambar baru belum upload

Rinduuuuuunyerrr pada Aiman. 4 hari dengan Aiman mmg cukup buat aku dan hubby jadi nanar sekejap bila dia dah balik semalam. Ya Allah rasa rindu, syahdu, sedih, sayu, sebak sumer diadun dlm diri kitaorang. Menitik jugalah airmata ni semalam. Haru betuiiiiiii.

Alkisahnyer adik aku datang putrajaya hari jumaat sebab nak habiskan cuti dia . Seminggu juga dia cuti sebelum mulakan kerja kat tempat kerja baru. So diaorang pilih Putrajaya untuk bercuti dengan kitaorg. Dengar jer Aiman nak datang hubby aku lah org yg paling teruja sampai ponteng kelas lah dia. Sanggup balik awal sbb nak jumpa aiman.....hmmmmm.

So hari Sabtu kitaorg pg ke PD dan menginap di Kondo TNB, besar dan menyeramkam...hehehehe. Tapi once Aiman dapat tidur lena tuh kira ok lah kan. Teruja tengok dia sekarang sebab dah pandai jalan. Betapa dia teruja bila mandi kolam ...hmmmm bahagia betuiiii tengok. Hari Ahad dah check out. So mula2 diaorg cadang nak balik pagi isnin tp xjadi sbb aku mc sebab keracunan makanan. Alang2 aku dah ada kat rumah so org decide nak balik pagi selasa. haruuuuu lagi alam dengan Aiman lagi lah ssh hati nak pisah dgn dia.

So pagi selasa masa Aiman tidur aku kacau dia sungguh....hehehehe. walaupun sedih tgk lambaian dia terpaksa redha la. huhuhuhu ptg masa balik kerja rasa sunyi dan kosong sangat. huhuhuhuhu....akhirnya berderai jgk airmata aku nih......tabahlah duhai hati.

Tuesday, May 25, 2010

ALALALA- LAMANYER TAK UPDATE

HUHUHUU.....pejam celik pejam celik dah nak habis bulan mEI 2010. HMMMMM rumah nih pun dah lm tak jengah..sawang pun dah banyak

Monday, May 17, 2010

PUTRAJAYA YG MERIAH - HARI BELIA DAN JOMHEBOH

Sebenarnya aku xder entry ataupun gambo pun nak share kat sini tapi nak story pasal pengalaman aku yang 1st atau mungkin yg last ( mungkin shj)..ke karnival atau program seangkatan dengannyer. Mungkin persepsi orang pada aku adalah jenis yg tidak memberi sokongan atau jenis yg tidak peduli apa org nak buat. Tak Kisah la kan

Aku ni sebenarnya bukannye jenis yang suka pergi ketempat yang perlu bersesak2, berasak2 dgn terlalu padat dgn org. feniinnnn. Contohnyerr konsert, jom heboh, karnival dan pendek kata yang seangkatan dengannya. Tapi tempat yang ramai orang dan perlu bersesak ader satu yg aku suka..pasar malam....haaa yg ni aku suka lah.

Nak dijadikan cerita 14-15 Mei 2010 ada sambutan Hari belia dan Jom hEBOH kHAS so ade booth pameran yg byk termasuklah lah jualan2. So aku mmg tak terfikir pun nak pergi just nak memerap kat rumah atau pergi mana2 selain dr pergi tempat tuh. Tp kita hanya merancang dan Allah yang menentukan,nak dijadikan cerita sepupu hubby aku dtang rumah dah nak pergi karnival. Jadi nak tak nak aku kena merajinkan diri aku yang malas nih meredah lautan manusia yg ramai tuh.

So ptg tuh aku pergi tonton pertandingan FUTSAL 60jam tnp henti..( pertandingan tuh ye ). Ok jugak tgk org main futsal. tp sekejap jer pastuh magrib balik umah. Kebetulan pagi sabtu abang aku hnatar Faiz dan haikal sbb pengasuh dorg balik kampung. So meriah de vazz ler rumah aku, anak2 buah aku bila dah ramai kwn diaorang jadi Drama King ler.

Pagi Ahad sumer dah ready nak mengharung lautan manusia..heheheh, so keter kena park dkt Park n ride, pastuh naik bas dan sampai masjid naik coaster plak sampai ke tapak karnival...adoiiiiii. Bayaangkan bebudak sekarang yg celik2 mata jer terus naik keter kan xpernah hayat rasa naik bas. Betapa fanatiknyer dpt naik bas...heeee klu kita mmg xnak lah kan naik bas...ini naik bas macam naik ferrari seronoknyer.....hahahahaha kesian.

So dah sampai berjalan jauh gak masa tuh pkl 11.00 pagi ...huiii matahari dah atas kepala dan penaszzznyer toksah citer aaa. Booth pertama kitaorg pergi signature utk pemuliharan alam...kan main semangat anak buah aku tulis nama dier kat atas kain rentang tuh...nama penuh ok, dgn sabar org tuh tunggu almaklumla bdk 5thn tulis nama..hehehehe....bangga aku semaangat.

pastuh nampak plak topi payung..benti lagi..oklah kan dpt satu sorg sbb panazzz. pastuh kitaorg pegi kat booth Buletin Utama nmpk Pang Chin Pei kat situ..baru la tahu sbb per cantik kat tv, meka up yg tebal. Tp dia mmg cantik lah kan. Patuh sbb dah letih jalan bebduak sampai kat booth Aduan Rajyat terus melekat sbb byk soklan yg ada hadiah klu jawab. aku dah macam cacing kepanasan dah. sabar2.....dlm 15 minit gak lah dorg kat situ. AKu dan2 ajak laki aku balik dah.

Jalan2 lagi nmpka lak layang2...so korg fhm2 jerlah kan. pastuh aku dah mmg xlarat , tp naseb baik haikal kata dah xlarat so peluang lah aku nak balik....hehehehe....sepupu laki aku pun cakap dah xlarat...so terus amik coaster balik...

kesimpulannya.....pegi macam xpergi sbb jalan laju2 nak lari dari panazzzz.... klu tny pe yg ader pun xleh nk jwb sbb xfokus. serik nyer rasa sampai cam xnak pegi dah