Dia telah telah menentukannya Kita bertemu dan bercinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta Pintu hatiku telah kau buka Tak mampu ku menafikannya Kejujuran diberi Kasih datang terhenti Ini bahagia yang ku cari Sayangi daku Peluklah daku Janji dengan ku Semai cinta nan satu Tuhan menguji Takkan berhenti Hanya ku pinta Sama setia menjaga Hingga ke alam syurga
Friday, January 15, 2010
IMPIAN HAMPIR JADI NYATA
Alhamdulillah....akhirnya impian aku hampir menjadi nyata kerana aku pembelian rumah melalui Bahagian pinjaman perumahan telah diluluskan pada 12.01.2010. Sekarang ini sedang dalam proses penyediaan perjanjian dan cagaran. Aku sentiasa berdoa agar perjalanan urusan ku dipermudahkan oleh allah kerana selagi semuanya belum selesai dan nampak rumah dah siap kira belum betul2 jadi kenyataan.
sebenarnya penghujung tahun 2009 barulah aku dan hubby terbuka hati nak beli rumah sendiri. bukan sebelum ni takde keinginan tapi aku sentiasa ambil dan simpan klu ada Flyers atau iklan rumah . Tapi tulah kan hati belum didorong untuk kearah tu. Tapi perasaan tu timbul bila aku pindah ke presint 14 , rumah teres dua tingkat, yang membuatkan aku rasa tertarik nak beli rumah sendiri. Ye la kan selama mana nak tinggal kat kuarters jer. Lagipun aku slalu tgk kengkawan beli rumah..cantik2 belaka.
So....pada mulanye nak beli kat ipoh...tp banyk faktor yang membuatkan aku x jadi beli dan duit deposit pun burn.....tu lahhh sabor jelah. Tapi aku tak putus asa dan aku tekad untuk blaja selok belok dari orang yang ada pengalamn ttg beli rumah nih. Ramai kengkawan yang aku tanya dan orang yang selalu aku kacau adalah 'ALIN'. Anyway thank a lot. Entah camner aku secara tetiba2 ternampak rumah kat taman ixora...mula 2 aku tak suka gak sebab design nye straight jer cam xder seni. itu kata akula..tapi hubby aku suka sebba dia kata modern style mmg camtuh. luar nampak kecik tp dlm luas. Aku cam tak caya jer tp bila masuk dalam rumah mmg tergezuuttt , luas jugak sbb design modern xcuri ruang so digunakan sepenuhnya . actually aku kan faham sesangat kalau sebut pasal binaan, keluasan...he..he....slow sikit. bab2 ni aku serah kat hubby. dia kata luas sbb 1610 kaki persegi, sbb biasanya dalam 1300 jer. Cuma tanah pendek sikit aaaa.
Fikirnyer fikir dan riki tempat lain akhirnya sebulat suare pilih nak beli kat sini. So bermula la episod aku siapkan dokumen untuk nak ader rumah sendiri. Berpeluh jugaklah ulang alik, turun naik, telefon sana sini. haaa...hee..hee baru aku tahu pahit maung nak nak dapat pinjaman rumah nih...tu belum part kejar lawyer siapkan dokumen, pemaju hantar bil, housing wat payment...he..he...he. Mudahan 2 dipermudahkan oleh ALLAH.
Monday, January 11, 2010
hooreyyyyy..merdeka
hmmmm..barulah dapat bernafas dengan lancar ,aman dan sempurna...dah tak semput2 lagi dah. Sumer dah selesai pada 08hb hr tuh.....lega nyer rasa. Weekend hari tu barulah rasa nikamt cuti kat rumah...dah lama xrasa , mana taknyer dah berapa kali weekend asyik kena keje jer. Tuhan ajer yang tahu betapa letihnyer badan nih.Tapi nak wat camner tu sumer perjalanan hidup kita kat atas muka bumi ni kan. Pelbao rencam tapi kita kena tempuh dan tangani dengan bijaksana.
Cadang nak pergi bercuti
Oleh sebab aku dan hubby asyik sibuk memanjang so kitaorang plan nak spent masa berdua..nak pg holiday kat Langkawi pada 22-25/01/2009. hmmm mudahan perjalanan dari awal lancar dan suksess sampai balik .
Cadang nak pergi bercuti
Oleh sebab aku dan hubby asyik sibuk memanjang so kitaorang plan nak spent masa berdua..nak pg holiday kat Langkawi pada 22-25/01/2009. hmmm mudahan perjalanan dari awal lancar dan suksess sampai balik .
Friday, January 1, 2010
Thursday, December 31, 2009
SAYONARA~~~~~~~~~~~~2009
Sayonara~~~~sayonara tahun 2009....hmmmm hari ni hari terakhir di tahun 2009 , sekarang ini terlalu pantas masa bergerak.setahun rasa sebulan , sebulan rasa seminggu , seminggu rasa sehari....dannnnn.....
Rasanya banyak perkara yang berlaku pada tahun 2009 dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang hamba allah, seorang anak, seorang isteri , seorang kawan dan seorang pekerja mahupun bos pada anak2 buah aku. Tapi sebabkan terlalu banyak dan terlalu pantas bersilih ganti menjadikan aku susah nak ingat semua peristiwa yang berlaku..he...he...he...
Namun yang pasti segala yang telah berlaku yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan. Semoga tahun 2010 dan di tahun 1432 Hijrah akan menjadikan esok lebih baik dari hari ini .
Thursday, December 24, 2009
AKHIRNYA -REDA BUAT SEMENTARA WAKTU
"cerita aku sebenarnya takde kaitan dengan gambar ni. saja jer masukkan gambar yang menunjukkan family yang tengah enjoy dengan masa bersama"fuhhh...telah sekian lama aku tidak menjengah blog aku ni. Bukan aper tempoh kesibukan tahap gaban akan datang setiap hujung tahun. So pada awaL until semalam (23.12.2009), reda sekejap untuk bulan Disember. So mulai hari ini sampai 31hb aku just jadi macam biasa taklah jadi workaholic .
Tapi nafas aku akan kembali semput dan jantung akan berdegup melebihi kiraan pada satu saat mulai 01.01.2010 sehingga 08.01.2010. huhuhuhu.....penutupan akaun tahun 2009 telah kembali , aku rasa baru jer settle penutupan akaun tahun 2008 dan 2009 jengah pulak. letih sangat situasi macam ni, tapi apa boleh buat sumer tu kan pilihan aku....so terima jerlah....jangan komplen ok.
Impian sepanjang minggu depaan nak balik awal , klu boleh tepat jam 5.00 petang. Nak juga rasa tgk matahari petang ini asyik nampak bulan jer...he..he... Tapi ada satu perkara lagilah yang buat aku sedih , bila aku xsibuk hubby aku pulak yang sibuk giler babas....hmmmm itulah life kitaorang sekarang ni. Kadang-kadang cemburu tengok orang lain , life dorang xsibuk...ada masa untuk bersantai-santai, paling best waktu petang untuk beriadah. huhuhuhuhu.....bukan sesal tapi sekadar meluah rasa.
Tapi macam manapun ALHAMDULILLAH kitaorg faham antara satu sama lain dan pandai curi ruang waktu untuk Spent quality time together.
Subscribe to:
Posts (Atom)
