Saturday, September 20, 2014

APAM BALIK HOMEMADE

Hehehehe citer pasal makan lagiii. apa nak buat dah masak ni salah satu hobi aku. menu yang aku cuba buat ni apam balik. walaupun kat org lain xder yang bestnya .... aku tetap rasa nak buat...hehehehe. rasa sangat mabeles, boleh letak jagung manis ikut suka.... klu beli kat pasar malam tebal sangat... 1keping pun xhabis. xyah menceceh byk2... jom kita tengok resepi. aku hr tu screencap dr blog mn ntah. dah tak ingat. apapun kredit la kat tuan blog dan tuan punya resepi tu yer sbb 1st attempt pun dah success... ewahhhhh.

                                                                  ni resepinyer 
 

                                              cara nak buat ikut jer kat resepi tu...hehehehe

bhn2 tak semua ada dlm gambar. ni ms nak masak dah.

aku guna satu senduk sbb senang. almaklumlah xder pan bulat.

masak atas pemanggang ajaib. saiz agak2 dengan satu senduk. klu besar nipis la. so buat sedang2 yer


tadaaaaa...dah siapppp dan boleh ngap. mmg ok jer xbesar pun...dan xtebal. jadinyer klu 2 cawan tepung dpt dlm 6-7 keping jeerrrrrrr.

slmt mencobaaaaaa ye korang2....

JOM SIHAT - KENA RAJIN2 SENAMAN

Asyik citer pasal makan je kan. skrg kiter citer pasal senaman lak..... lantakle klu org nak kata poyo ke, cam xcayer ker.... sbb aku gumuk...hehehehe. xperlah aku dah biasa pun org kata . yang xbiasa bila xkata ... hehehehehe. Kesedaran nak senam ni pun bkn macam org ajak nak pegi shoping , tengok wayang ke atau pergi makan yng kita secara tiba2 boleh bangun biler org ajak.. ye tak. aku faham sgt sbb nya ianya jadi kat aku. dah 11thn aku dilanda masalah ni... huhuhu lama giler. duluuuuu aku x besar camni ( nak citer jgk...hehehe) . dr mula dah dah senam kengkonon nak turunkan berat... tapi mmg sekejap2 je... biler dah tinggal maknanyer slmt jln romeo la. produk jangan citer mmg dah try macam2... tp xjadi. agaknyer sbb tebal sgt dah lelemak dlm badan ni kan. xperlah malas nak citer panjang xjadi aper jgk kan. so berbalik pada isu dan topik tadi.

Sejak November 2013 , alhamdulillah kesedaran tu datang dengan sendiri sbb tangan2 aku kebas2.... ooo takuttttt wooooo... terus fikir jantung...walhal xpegi juumpa doktor pun. nak positif nyer pasal aku rasa banyak sgt menaip kot......huhuhuhu. so dari situ terus aku bersenam palimg kurang 20 minit minimum 3kali seminggu. Alhamdulillah sampai hari ni dah jadi rutin. Berat ada penurunan sikit demi sikit... tp xketara pun baru sikit. Inci pun sama. xper jangan putus asa yang penting konsisten dan disiplin bersenam.. chaiyokk... chaiyokkk. senam aku lari atas treadmill dan mesin strider . itu biasa je kan.... bkn ade yang luar biasa pun kan.

yang aku nak share dengan korang ni aku dah tambah lagi aktiviti senam dengan 30 days challenge. aku pun baru mula jer.... jom kita ramai2 buat. sekurang2nya dapat kurang dan buang mana2 yang xpatut.mmg mula2 tu macam rabak jugaklah peha. tapi 3hari lps tu dah jadi biasa. JOM

ATAU PILIH YANG NI



Wednesday, September 10, 2014

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Taddaaaaaaaaaa.... ni lagi satu menu yang aku buat untuk dinner last week. dah lama punya citer pun. dtapi nak share jugak kat sini bagi . mmg sangat senang dan cepat. dulu kena bakar dalam oven kan. skrg ni ada option bila dah ade pemanggang ajaib . xsampai 20 minit pun dah siap.

BHN2 utk lapisan
1. 10 keping roti gardenia  ( terpulang nak yang putih atau wholemeal tu)
2. 5 keping keju
3. sedikit keju parut
4.2biji telur
5. 100ml susu segar @ susu cair


bhn2 inti daging
1. 1keping daging kisar ramly @ daging cincang sendiri
2. 1biji bawang besar dipotong dadu
3. 2biji bawang putih dipotong dadu
4. 1/2 biji tomato dipotong dadu
5. 1/2 biji cili benggala dipotong dadu
6. 2sudu sos tomato spageti
7. 1sudu rempah kari + sedikit air untuk bancuh
8. sedikit garam

cara2
1. tumis bwg putih dan bawang besar sampai kekuningan
2. masukkan serbuk kari  - tumis hingga rempah masak
3. masukkn sos tomato
4. masukkan daging- tumis sampai masak
5. masukkan tomato dan cili benggala
6. bila masak ketepikan
7. pukul telur + susu samapai kembang. celupkan roti
8.sapukan sedikit butter pada pan pemanggang
9. susun 5 keping roti
10. kemudian cheese, inti daging
11. kemudian lapiskan dgn baki roti
12. taburkan keju parut dan baki telur tuang atas roti.
13. bakar dlm api yg sgt kecil dalam 10-15 minit.

siappppppp utk dimakan..



AISKRIM VANILA SYRUP COKLAT

Kali ni nak share sikit menu yang aku buat. dah lama xupdate blog jadinyer byk la menu2 yang nak dikongsikan tinggal mimipi dalam mimpi jelah.


Dah lama senrnya nak buat aiskrim ni, tapi ntahlah br skrg terbuat sbb terajin...hehehehe. nasib baek susu dutch lady xluput tarikh lagi. Lps maghrib bkk gerobok kat dapur tgk ade satu tin susu pekat manis. ade esen vanila dan syrup coklat hershey. tp klu korang nak tahu original dari internet kena pakai coffemate dan ovalette. aku dua2 bahan tu oun xder. tp gegeh jgk nak buat kan. gasaklah belasah. tp ahlhamdulillah mmg jadi cuma kena blend bayak kali la. ok bhn2 yang aku guna dlm kegedikan nak buat jgk wlu xckp bahan

Bahan-bahan
1. 2 cawan susu full cream dutch lady
2. 1/2 cawan susu pekat manis
3. 1 sudu sesn vanila
4. syrup coklat hershey- ikut suka nak ltk byk mana

cara-cara
1. blend susu full cream dan susu pekat manis. klu byk gunlah mixer
2. dah rasa gebu masukkan esen vanila dan belnd lagi
3. masukkan dalam peti sejuk
4. lps 2jam keluarkan dan blend lagi sampai gebu ( aku xder ovalete tu sbb kena blend byk kali)
5. lps dah beku betul2 keluarkan lagi dan belnd sampai gebu dan halu. then letakan syrup coklat
6. bekukan sekali lgi...
7. lps tu dah boleh ngap

nota kaki : sbnrnya aku xjamin yang korang boleh blend byk kali sbbnyer silap2 xsempat blend dah licin...hehehehehe



Saturday, September 6, 2014

anneyeoung haseyo~~~~~~ drama korea best 2014

Ramai yang xcaya biler aku cakap aku pun layan citer korea...huhuhuhu. xder ruper kot...hehehehe. ok le tu. layan drama2 kat tb tu pun salah satu hobi aku jugak kan. mesti korang terfikir kan.. dia ni xder keja lain ke... selain dari baca novel, tengok tb, dengar lagu... sumer benda2 lagha.....je.... hahahahahaha . lantak ler ape org nak kata...yang penting  aku suka, aku enjoy buat semua tu. dan paling penting bkn buat jenayah (dah xder modall perkataan dah aku nak letak)...hehehehehe. Jom share sikit citer korea yang aku rasa best spjg 2014 yg aku dah layan. aku nak ingatkan lagi sekali tau... BEST PADA AKU... xsemestinya best pada orang lain... atau pada korang, dia, engkau dan sipolan. Bukan aper kalau aku xletk cam gitu karang ade yang marah dan siap cemuh lagi kata best padahal sendu..... kannnnn.

                                                                        Angels Eyes
Citer goo hye sun( ghs) yang berlakon sbb aku layan tgk. mengisahkan pasangan cinta monyet - cinta zaman remaja jumpa balik semula masa dewasa. Heroin masa remaja buta dan si hero  LEE sang yoon yang selalu tolong dia sampai dorang jatuh cinta. camner pun dorang terpisah dek sbbkan family. ghs buat pembedahan mata. bila dewasa dia kerja sebagai pasukan kecemasan 119 dan LSY adalah doktor. dorang jumpa balik lepas 12thn. tpi yg xbestnya ghs dah bertunang dengan doktor jgk kat tmpt keja yg sama. seb baek tunang dia xhensem...hehehehe. so kat sini mulanya babak selanjuutnya....hehehehehehe korang kena tengoklahhhh baru best...hehehehe



                                                          CUNNING SINGLE LADY 
citer ni paling aku suka...hehehehehe. heroin yang comey lee min jung dgn hero yang good looking joo sang wook. Dorang ni bekas pasangan somi isteri masa zmn remaja. masa tu jsw tgh belajar dan selalu mkn kat kedai lmj. dr situ dorang couple dan kawen. Malangnya ekonomi jsw baru nak mula jadinya xbrp nak byk duit dan lmj rasa kena tipu bagai la sbb kena berhuitang segala. dr saat tu dorang berpisah. nak dijadikan citer masa jsw tgh sedih sgt sbb bercerai, bisnes xjadi , ade sorg pakcik ni slmtkan dia dr bunuh diri ke camtulah. then dr situ smpi dia jd ceo syarikat. Masa ni mmg charming giler la kan. tp dia jd ego, dan arrogant jgklah mybe sbb sejarah hidup dia la. 1st dorg jumpa balik masa kat balai polis. lmj mmg terkejut tgk xhusband dia mmg kaya dan hensem. dr situ mula mcam2 babak dia nak tackle laki dia. dah sampai sini korang kena tengokkkk... citer ni mmg sweeetttttt, romantikkkk gilerrr.

                                                                 HOTEL KING
Pelakon Lee Dong Wook dan Lee Da Hae... kalau korang suker citer My girl... ni kire gandingan ulangan balik la ni. Episod awal2 agak sedih lah sbb LDW ni kire anak jalanan yang xder rumah, cuma tinggal dengan bebrp kwn2 la. dorg ni rasanya dibela sindiket mita sedekah camtulah. smpi satu hari LDW dah bunuh slh sorg sindiket sbb pukul kwn dia jong wan. entahnya camner dtg sorg tua ni amik dia dan bela jdkan dia gm kat sebuah hotel. hotel ni pulak bapa ldh yang punyer sharre dgn bapa angkat ldw tu. so misi dorang mmg nak rampas hotel ni sbb dah bagi dakyah kata bapa ldh tu bapa yg tinggalkan ldw. so mmg dia dendam dgn bapa dia kononnya. ms jumpa ldh pun mmg dia org yang xder perasaan. tp ldh ni nakal selalu usik2 dia smpi satu hari sbnrnya dia mmg jatuh cinta kat ldh tp xboleh sbb dia tahu ldh adik dia. mula dr tu byk la babak tragis, sedey dan sweet antara dorang. kena tengok jgk citer....

                                                                             14 DAYS
ni citer penyiasatan. slh satu genre citer yang aku suker. sapa2 yg xsuker citer berat mmg xleh layan citer2 macam ni. 14 hari ni mengisahkan berundur pada 14 hari sebelum anak dia kena bunuh dengan perogol bersiri. dalam tempoh 14 hari lee boo young mak yng kematian anak ni mula berhati2 supaya anak dia xmati semula. maksudnya sebelum anak dia mati anak dia balik sekolah sendiri. jadinya dia kan pantaiu setiap pergerakkan anak dia supaya xdiculik dan xdibunuh. lebey kurang camtulah. so yg suker citer cam ni boleh layan...aku xnak citer sampai ending...hehehehe

                                                                           3 days
ni pun siri penyiasatan lagi. tapi mmg best . Park yoo chun sorang bodyguard pada presiden. satu hari bapa dia mati tp sbb tugas dia dia xdpt nak tgk. tp sbnrnya bapa dia kena bunuh dgn komplot besar yg nak jatuhkan presiden dan jual negara. dr situ dia mula menyiasat. dlm nak settlekan kes ni byk nyawa yang mati. so korang tgk jgk.... . Dalam citer kurang babak cinta cintun.... adelah sikit2 dgn babak yoo chun dgn park ha sun.


cukup dulu nanti aku sambung lagi dkt entri seterusnya tau....


Friday, September 5, 2014

PERKONGSIAN ILMU - RAHSIA SOLAT 5 WAKTU

Hari ni nak share pasal rahsia solat 5 waktu - amik dari fb

# jom kita usaha jangan lewatkan waktu sembahyang#



Rahsia Solat 5 waktu Sehari Semalam



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...

Thursday, September 4, 2014

NOVEL LAGI

Hehehehe... dah mula dah buat tangkapan banyakk2.... sikit lagi boleh bkk kedai buku pulak. ape boleh buat hobi aku baca novel kan....kan..kan... bukan buat jenayah pun...hehehehehehe. ni yang terbaru dalam koleksi aku walaupun bukan novel terkini.....hampa faham dah ayat aku ni....hehehehe....

 baru mula baca...nnti kkasi review


ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-10




03 Julai 2014 genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Alhamdulillah telah Sedekad melayari kehidupan rumahtangga bersama suami tercinta. Dengan izin Allah kami berjaya mengharungi segala badai, onak duri dan pancaroba hingga saat ini, dan moga diizinkan selamanya hingga ke Syurga... Amin ya rabbal  alamin.

Aku bukan nak beleter banyak sbb klu nak dibandingkan dengan usia rumahtangga orang lain jauh BAGAI LANGIT DENGAN BUMI dari aku. Cuma sedikit perkongsian dari secebis pengalaman sedekad berkongsi hidup dengan insan bergelar suami. hehehehehe cam nak buat novel plak ek.

Bukan mudah sebenarnya kita nak lalui. Perkahwinan xsama yer zaman2 bercinta yer adik2 kakak yang dalam fasa bercintan cintun. Masa bercinta kita xder komitmen. jumpa pun mungkin sekejap. Jadi banyak perkara yang tersembunyi belum meledak....hehehehehe. Tapi bila kita dah kahwin banyak benda yang kita tempuh, belajar . Setiap hari adalah perkara baru. jeng..jengg..jeng. antaranya :-
  • BERKONGSI
  • MEMBERI DAN MENERIMA SEADANYA
  • TOLERANSI
  • MEMAHAMI
  • SATU RASA
  • RENDAHKAN EGO
  •  IKHLAS DALAM SEMUA PERKARA
  • TIADA RAHSIA
  • SABAR  
  • MEMAAFKAN
Banyak lagi kalau disenaraikan berkajang-kajang xhabis. Kalau digabungkan semua tu mungkin kapal kita akan berlabuh di pelabuhan yang kita nak tuju. In sha allah sama2 kita berdoa.

Untuk ABANG ( encik SUAMI) terima kasih atas segala-galanya,  yang sudi jadi tulang rusuk saya, menjadi peneman setia, tukang dengar leteran, menceceh,  sabarnya dengan perangai saya dan for everything dan paling best yang sudi sayang saya TO THE MOON AND BACK (pinjam kata2 cerita RINDU AWAK 200%)




Wednesday, August 27, 2014

tiada coretan lagiii rupanya

halllooooooooooooooo....... opppsssss Assalamualaikum wbkt n salam sejahtera... udah macam nak bagi ucapan le pulok...hehehehehehe
tetiba plak tersesat masuk blog sendirik....hehehehe. baru aku perasan weeiiiii... xdak langsiung coretan ka nukilan ka atau bebelan ka dalam tahun 2014. bohong sangattt aaihhhh klu xdak cerita tapi aku pun xdak jawapan sbb pa aku xtulih apa2 pun.

banyaakkkkkkk sangatttt ceritaaaaaaaa , tapi klu nak tulis kat entry maunya berkajang2...hehehehehe. takper pelan2 kita story mory ek. rasanya macam rajin nak menulis pulak skarang ni. maklumlah masa dan tika ini dan ruang yang diberi sangat2 lah aku suka.

korang nak tahu tak, since Mac 2014 dengan rasminya aku dah pindah opis baru...bukannnnn pindah tapi bertukar ke jabatan lain. terang sikit no. Selama hampir 9thn aku kat jpm.. mmg xperasan pejam celik dan bertahun2 rupernya. Mmg banyak sangt benda yang aku dapat belajar ..kengkawan pun ramai. silih berganti. huhuhuhu semua perasaan ade sedih, gembira, stress, kepuasan, debaran, temimpi2... hehehehe semua dah rojak. ALHAMDULILLAH aku berjaya tempuh hingga aku dapat surat pertukaran utk mulakan satu kerja baru. lapangan yang sama cuma sedikit berbeza.

Kat tempat kerja baru pun dah hampir 5 bulan. Aku dah mula sesuaikan dengan kerja, persekitan, kawan2, bos dan sumer la. Kerja aku bukan lagi operasi tapi audit... aku semak kerja org pulak. hehehehehehe. Alhamdulillah aku dah dapat rentak kerja kat sini, so aku enjoy walaupun outstation banyak. tapi xperlah nak buat camner kan. point yang penting aku nak bgtau korang ..... aku listkan satu2 ek :
  1. telefon aku jarang2 berdering- AKU SUKA
  2. masuk keje pkl 8, balik pkl 5 - LAGI AKU SUKA
  3. keja pikir kat opis jer, bila balik umah xpikir dah- SUKA, SUKA, SUKA
  4. NO STRESS, NO PRESSURE, NO ANGRY BIRD, NO MOODY, - pendek kata segala2 yang buruk mmg NO. aku macam dah reborn lak... jumpa exstaff pun dorang ckp muka lain.. freshhh giler. ape ke teruk benorrrr muker aku sebelum ni...huhuhuhuhu
  5. CUTI senang jer asal bkn dlm jadual audit- NI PALING AKU SUKA
  6. outing - hehehe dah mula belajor. Korang aku dulu mn pernah nak buat tu sumerrr....hehehehehe
Jadinyer apa yang aku listkan kat atas tu br sikit . Moral of the story klu kita tenang , gembira dan sntiasa senyum secara semulajadi diri kita mmg akan nampak segar, sihat dan berseri2. Ini bukan nak buat iklan tapi apa yang jadi kat aku...So kalu nak muda sentiasa... hati , jiwa kena tenang dan sentiasa senyummmm sokmo.