Thursday, September 4, 2014

NOVEL LAGI

Hehehehe... dah mula dah buat tangkapan banyakk2.... sikit lagi boleh bkk kedai buku pulak. ape boleh buat hobi aku baca novel kan....kan..kan... bukan buat jenayah pun...hehehehehehe. ni yang terbaru dalam koleksi aku walaupun bukan novel terkini.....hampa faham dah ayat aku ni....hehehehe....

 baru mula baca...nnti kkasi review


ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-10




03 Julai 2014 genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Alhamdulillah telah Sedekad melayari kehidupan rumahtangga bersama suami tercinta. Dengan izin Allah kami berjaya mengharungi segala badai, onak duri dan pancaroba hingga saat ini, dan moga diizinkan selamanya hingga ke Syurga... Amin ya rabbal  alamin.

Aku bukan nak beleter banyak sbb klu nak dibandingkan dengan usia rumahtangga orang lain jauh BAGAI LANGIT DENGAN BUMI dari aku. Cuma sedikit perkongsian dari secebis pengalaman sedekad berkongsi hidup dengan insan bergelar suami. hehehehehe cam nak buat novel plak ek.

Bukan mudah sebenarnya kita nak lalui. Perkahwinan xsama yer zaman2 bercinta yer adik2 kakak yang dalam fasa bercintan cintun. Masa bercinta kita xder komitmen. jumpa pun mungkin sekejap. Jadi banyak perkara yang tersembunyi belum meledak....hehehehehe. Tapi bila kita dah kahwin banyak benda yang kita tempuh, belajar . Setiap hari adalah perkara baru. jeng..jengg..jeng. antaranya :-
  • BERKONGSI
  • MEMBERI DAN MENERIMA SEADANYA
  • TOLERANSI
  • MEMAHAMI
  • SATU RASA
  • RENDAHKAN EGO
  •  IKHLAS DALAM SEMUA PERKARA
  • TIADA RAHSIA
  • SABAR  
  • MEMAAFKAN
Banyak lagi kalau disenaraikan berkajang-kajang xhabis. Kalau digabungkan semua tu mungkin kapal kita akan berlabuh di pelabuhan yang kita nak tuju. In sha allah sama2 kita berdoa.

Untuk ABANG ( encik SUAMI) terima kasih atas segala-galanya,  yang sudi jadi tulang rusuk saya, menjadi peneman setia, tukang dengar leteran, menceceh,  sabarnya dengan perangai saya dan for everything dan paling best yang sudi sayang saya TO THE MOON AND BACK (pinjam kata2 cerita RINDU AWAK 200%)