Friday, January 15, 2010

IMPIAN HAMPIR JADI NYATA

RUMAH CONTOH - TAMAN IXORA (LESTARI) - SALAK TINGGI


Alhamdulillah....akhirnya impian aku hampir menjadi nyata kerana aku pembelian rumah melalui Bahagian pinjaman perumahan telah diluluskan pada 12.01.2010. Sekarang ini sedang dalam proses penyediaan perjanjian dan cagaran. Aku sentiasa berdoa agar perjalanan urusan ku dipermudahkan oleh allah kerana selagi semuanya belum selesai dan nampak rumah dah siap kira belum betul2 jadi kenyataan.

sebenarnya penghujung tahun 2009 barulah aku dan hubby terbuka hati nak beli rumah sendiri. bukan sebelum ni takde keinginan tapi aku sentiasa ambil dan simpan klu ada Flyers atau iklan rumah . Tapi tulah kan hati belum didorong untuk kearah tu. Tapi perasaan tu timbul bila aku pindah ke presint 14 , rumah teres dua tingkat, yang membuatkan aku rasa tertarik nak beli rumah sendiri. Ye la kan selama mana nak tinggal kat kuarters jer. Lagipun aku slalu tgk kengkawan beli rumah..cantik2 belaka.

So....pada mulanye nak beli kat ipoh...tp banyk faktor yang membuatkan aku x jadi beli dan duit deposit pun burn.....tu lahhh sabor jelah. Tapi aku tak putus asa dan aku tekad untuk blaja selok belok dari orang yang ada pengalamn ttg beli rumah nih. Ramai kengkawan yang aku tanya dan orang yang selalu aku kacau adalah 'ALIN'. Anyway thank a lot. Entah camner aku secara tetiba2 ternampak rumah kat taman ixora...mula 2 aku tak suka gak sebab design nye straight jer cam xder seni. itu kata akula..tapi hubby aku suka sebba dia kata modern style mmg camtuh. luar nampak kecik tp dlm luas. Aku cam tak caya jer tp bila masuk dalam rumah mmg tergezuuttt , luas jugak sbb design modern xcuri ruang so digunakan sepenuhnya . actually aku kan faham sesangat kalau sebut pasal binaan, keluasan...he..he....slow sikit. bab2 ni aku serah kat hubby. dia kata luas sbb 1610 kaki persegi, sbb biasanya dalam 1300 jer. Cuma tanah pendek sikit aaaa.

Fikirnyer fikir dan riki tempat lain akhirnya sebulat suare pilih nak beli kat sini. So bermula la episod aku siapkan dokumen untuk nak ader rumah sendiri. Berpeluh jugaklah ulang alik, turun naik, telefon sana sini. haaa...hee..hee baru aku tahu pahit maung nak nak dapat pinjaman rumah nih...tu belum part kejar lawyer siapkan dokumen, pemaju hantar bil, housing wat payment...he..he...he. Mudahan 2 dipermudahkan oleh ALLAH.