# jom kita usaha jangan lewatkan waktu sembahyang#
Rahsia Solat 5 waktu Sehari Semalam
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna
alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka
yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di
sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &
dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang
sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu
masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad
dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur?
Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di
luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin
dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib
dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan
warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan
frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna
alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan
inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti
taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh...