Wednesday, December 22, 2010

RUMAH DAH HAMPIR SIAP

Hari Ahad lepas (19.12.2010) pergi tengok rumah...dah hampir siap rupanya. tengok dari luar je tak masuk pun. Bila tenagok rumah macam tak sabar. bila bila ingat nak pindah keluar dari putrajaya cam sayang plak nak tinggal...haaaa camne tu.

rumah aku bukan corner lot, tapi baris tengah....hehehehe

Tuesday, December 21, 2010

BINTANG HATI MAKLANG

Hehehehehe...aku suka walaupun mungkin orang lain jemu atau boring untuk menatap gambar-gambar yang aku letak . Tapi aku memang suka sebab diaorang adalah bintang hati aku. Gambar Faiz dan haikal..rindu plak rasanyer dah lm tak jumpa. Tapi diaorang tengah seronok cuti kat kampung.


Ini gambar 'YAYANG' ( aiman)...bintang hati aku yang ketiga. Tengah buat aper la sekarang ni ek....mmmmm rindunyerrrrrr.

mmmmmm...ci comel NIA ni bintang hati yang keempat. gerammmm dengan pipi yang mooolatttt tuh.

Wednesday, December 15, 2010

UPDATE CITER SEMALAM

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA ALLAH
semalam telah berlangsung Pengauditan Amalan 5S dan kami telah berjaya dianugerahkan pensijilan tanpa syarat.....wallaaaa...boleh dah nak beri tumpuan pada penutupan akaun tahun 2010

NAK CITER LAGI
Dalam tak sedar hari ni adalah kali kedua aku naik pentas terima anugerah sempena perhimpunan bulan jabatan. aLHAMDULILLAH. bULAN LEPAS AKU sebagai Ketua Zon mewakili warga Zon Nilam emenrima anugerah Sudut 5S tERBAIK. hARI INI aku sekali aku ke pentas sebagai Penjawat Contoh bulanan bagi bulan Disember 2010.

Tuesday, December 14, 2010

KERJA...OOOOOO KERJA

Aku jarang nak menulis atau merungut pasal kerja aku selama ini. Tapi rasanya perlu juga aku luahkan segala yang terbeban kat blog aku ni , bukan apae sekurang-kurangnya meungkin kurang lelah dan letih yang aku tanggung. Atau bila orang terbaca orang akan cakap alaaaaa mcm dia sorang byk kerja. Bukan niat nak cakap aku sorang yang banyak kerja ..sekadar luahan. Bukan tidak puashati dengan mana-mana pihak tapi cuma sekadar keluhan.

Gini alkisahnya...kalau nak banding zaman aku mula kerja dulu di tahun 2002 dengan sekarang aku kerja di tahun 2010 banyak bezanya. sebab ape....hehehehe. Aku sebenarnya memang suka banyak kerja sebab masa aku berlalu tanpa tunggu. tup...tup dah boleh balik, semangat aku ni bukan sebab tahun pertama kerja tp mmg aku suka. Sampai ada sorang abang tu pernah cakap kat aku kerja macam org swasta. Sebenarnya aku tak faham masa dia cakap tu tapi lama-lama baru aku faham camner kerja org gomen dan kerja org swasta. Tapi aku still teruskan kerja aku sbb mmg perlu disiapkan.

Lepas tu setahun aku kat situ aku pindah kat Tanjong malim, kat sini jangan cakaplah pengurusan tak ramai. So everything kena buat A to Z. Tapi aku happy dengan kerja aku walaupun amat-amat sibuk. Still boleh balik on time..xperlu kerja lebih masa. Kalau aku lewat 10 minit siap ade yang remind lagi. hehehehehe. 2 1/2 jugaklah aku kat sini pastu aku pindah kat putrajaya..kat mana...rahasia.

Masa aku pindah dlm tahun 2005...ok , 2006 ok...tapi bila mula 2007 segala-galanya berubah seiring dengan top management. So bermula la era kualitas bagai...adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak tahu nak cerita camno. Bermula dengan BIL 14 HARI, Indeks akauntabiliti. KUALITI ISO, STAR RATING MAMPU. Dalam dah stabil dengan semua tuh tup-tup tahun 2010 datang pulak pensijilan 5S.....HUHUHUHUHU....dalam nak melaksanakana macam-macam rencah ader, sampai tumpuan kat opis lebih bayk dr rumah. sampai bunga kat umah xpernah lap tp akt opis terpaksa lap. Suami isteri bergaduh dan moncong sedepa...mana taknyer weekend klu tanya hr ni nak pergi mana , jawapnyer mesti " opis". tulah dia tu belum cerita kerja hakiki yang memang tanggungjawab kita perlu lunaskan sebab dibayar gaji kan. Sampingan-sampingan tu sebenarnya yang sakit. Tapi apakan daya sudah 'SYMP'.

aKU YANG BENORNYE NAK RELATED CITER AKU NI DENGAN statement xcolleague aku masa kat opis tahun 2002 tu yang kerja macam swasta. YES aku rasalah selama 3 tahun kebelakangan ni memang rasanyer kerja macam kat swasta. tapi taktahulah pendapat orang lain.

kerja cam aku ni hujung-hujung tahun kena tempuh penutupan akaun. itu satu lagi fasa dalam setiap tahun kena tempuh, bermula 01.12.2010 sampailah pertengahan JAnuari 2011. APa boleh buat bak kata mak aku dah nak sangat kerja..bila orang bagi kerja buat aje......hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

Wednesday, December 8, 2010

SALAM TAHUN BARU HIJRAH

Salam tahun baru Hijrah kepada semua umat islam. Sedar tak sedar tahun berganti lagi , rasanye penghijrahan masih belum sempurna daripada tak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Tapi macammanapun sebagai hambanya kita harus berusaha untuk berhijrah menjadi lebih baik ,,,dan lebih.....

Tuesday, November 16, 2010

ALAMAKKKKKKKKKKKKK

Fuhhhh....fuhhhh......hisyyyyy...lama nyer xsapu sawang sampai spider dah buat rumah. iskhhhh...ikhsshhh pe nak jadi ni. Berapa lama sudah umha ni xdijengah. Seb baik tuan tanah klu menyewa camner, harus dihalau 24 jam tnp banyak soal



Buat Kesekian kalinyer kesibukan melanda sampai xder masa nak wat entry. Kalau ade masa pun dah xkoser nak layan pc...sakit mate. Kesudahannya nilah dierrr rumah berabuk dan bersawang cam xder penghuni.huhuhuhuu



memang terlalu bannyak story mory yang nak dikongsi tp semenjak dua menjak ni ada penyakit M yang menganggu tahap kerajinan aku. Agak tergugat jugaklah



Friday, October 1, 2010

WAJAH BARU SOFA



ni pun story lama jugak dah basi berbulan-bulan. Memandangkan hari ini ada kesempatan nak menulis sikit jadi aku pun merajinkan jari jemari ini menekan keyboard nih. Bukan aper kebetulan hubby aku nih jenis yang rajin menyusun2 hiasna kat rumah aku. Kebetulan sofa aku nampak cam dah xberapa cantik maklumlah stok lama...daripada beli baru dan menyesakkan rumah kitaorg fikir lebih baik tambah dengan kusyen kecil yang berwarna. So hasilnyer ade kelainan lah.. Nampak perubahan dan view baru

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Tahun ni giliran aku raya kat umah mak kat Lawin. Kitaorg 3 beradik jer , abg sulung aku ( ahli tetap), aku dan adik aku rosli. Abg aku yg no.2 dan adik bongsu raya kat umah mentua. Walaupun xcukup kat umah tetap meriah cuma klu ade sumer lagi best. Lagipun budak2 pun xder. Sbb lan 10 ni baru kuar lagi sorg..heheheheh insyallah gegurl.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah...syukur dengan kurniaan dari NYA, masih dapat bertemu lagi dengan RAMADHAN AL MUBHARAK.

SALAM RAMADHAN PADA SEMUA
SEMOGA IBADAH KITA PADA KALI INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS...AMIN

Tuesday, August 3, 2010

TERLALU NAK CANTIK-AMBIKKK

Huhuhuhuhu....sekarang blog cam ader problem...bila bkk jer kuar skript cakap berat dan mybe ganggu pc...huhuhuhu..tu la ambikkkkk suka sangat tkr backgroud.Alkisahnyer hr tuh aku nak tkr template yg latest. tula nak sgt make up xtentu hala trus jadi camni. Alih2 delete backgroud. pkailah jerlah template sedia ada....huhuhuhu

Wednesday, July 28, 2010

BALIK KAMPUNG

Kan per sajer nak cerita la, hujung minggu lepas aku ngan hubby plan nak balik kampung tp memasing xleh nak amik cuti sbb musabab yg xleh nak elak. Alkisahnyer malam jumaat lps hubby habis kelas , rehat sekejap pas mandi , smyg lebey kurg kul 11.00 mlm kitaorg gerak dr rumah. Baygkan dgn hubby xrehat2 dari pg terus travel jejauh plak. cuak jgk lah tp dia kata ok. Sepnjang jalan rasanyer 2 kali kitaorg berenti sbb hubby ngantuk sgt. Aku drive....hehehehehe mmg saje lah kan. Aku xpernah lg drive kat hgway...tula sian hubby, tp dia jgk xpernah nak offer aku bwk keta...hehehehe. Dalam pukul 4.pg br sampai kat kpg aku @ Felda Lawin Utara. Sunyi jer rasa jalan maklumlah org tgh sedap tido lagi. Bygkan sampai2 terus igt nak bentang tilam jer....ade lagi 2 jam...sayang tidooooo......hehehehe.Yerlah kan aper krg mlm nak gerak balik ipoh lak.....sedih tul...

Pagi tuh, sarapan nasi gorang...walaaaaaa mmg sedap klu mak aku masak.....dah nama airtangan mak kan..sumer anak2 akan ckp masakan mak dia lah paling sedap kan. Lps sarapan dlm kul 10 pg aku ngan hubby aku bantai tido lagi sampai kul 1.00 tgh, ngantuk nyer pasal. Ptg sikit bru leh buka mata betul2 tu pun sbb bunyi mak aku jeritkan si Aiman yang tak reti dok diam tuh...heheheheheh. Tengahari lak...mak aku masak ayam kampung masak lemak cili api...waaaaa sodap tuh. ambikkkkk makan tido la jawbyer. Petang tu lak mak aku wat cempedak goreng plak...hhehehehe....nampak nor asikk mak aku yg masak. xperlah nak rasa mak masak ( ayat slalu guna)...walhal mmg dasar pemalas yang hadooo.

Malam2 tu aku berkemas nak balik, pastuh tgk laki hakooo wat donno jer...aikkk xnak balik ker. dlm dok berkira2 tuh dia ckp kita balik esok lah...pastu senin cuti. Aku memula xpuashati la...sbb aku ade meeting hari senin. Tp dlm xpuashati aku suka jgklah. tp aku ckp dgn dia aku xnak cuti,.....hehehehe..... Last2 fikir2 nyer fkir2 balik ipoh subuh2 , ptg dah gerak balik ke putrajaya. Aku klu xder hal mmg aku cuti jer. ni mmg xlehnak cuti. Pkl 12.30 mlm baru sampai...klu nak citer badan penat...tak terkata lah. tp nak wat camner.....ade ker wat kerje giler ...hehehehe bknnyer dekat2 kpg aku tuh. Tapi tulah klu xwat camtuh mmg lambat lg la nak balik kpg.

Monday, July 19, 2010

TERHARUNYA AKU

Takde sebab ape cuma tapi bila baca paper

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus
.


huhuhuhu...manalah tahu kan aku juga macam ni....

Monday, July 5, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-6

Alhamdulillah pada sabtu lepas 03.07.2010 genap 6thn usia perkahwinan aku dan suami terchenta .

Buat Abang....Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa dan mudahan senantiasa dilimpahi kasih sayang dan keberkatan, dikurniakan zuriat dan rezeki ...aminnnnn.

sambut katner ?
Hehehehe...entahlah kali ni kitaorg dua2 wat keputusan sambut cam biasa2 , takde kek bagai. sbbnyer klu ade kek bkn nak makan sagt membazir jer. So decide nak makan2 sambil tgk game Argentina vs Jerman. Kali ni kitaorg pg makan dekat Restoran Arab kat Precint Diplomatik "MR KABAB & BRIYANI". Aku pun xberapa sure tp lebey kurang camtu la nama restoran tuh. So bila masuk tuh kat dalam tak rama sgt so boleh pilih tempatyang selesa. tp masa melangkah masuk tuh pun aku dah rasa selesa sangat. mmm masa jalan nak cari port sempat lg aku menjeling2 makanan kat atas meja pengunjung kain. wahhhhh macam meriah jer tgk makanan dorg tuh. So pilih nyer pilih last pilih yg dkt sikit dgn tv...hehehehe. kitaorg telek nyer telek menu last2 pilih set menu yang bukan nasi. Sbb waktu ni pun dah nak dekat kul 10 kang mkn nasi pa cerita kan. Hubby pilih menu pe ntah aku pun xigt nama dier. tp rasanyer mixed grilled kot, sbb ade roti nan, ayam, daging, kambing , ikan, kentang goreng....pastuh sos.... itu aje. Oklah rasa makanan dier. tp korang jgn taktahu aku dgn hubby aku yg berlagak xnak mkn nasi nih mmg terliur giler tgk org sebelah makan nasi arab...tahan ajerlah. hehehehe xkan nak order lg kot yg sedia ade tuh pun xhabis nak mkn, banyakkk siot. So kitaorg kat situ layan bola sampai separuh masa pertama je. malas nak tunggu lelama...lepak kat umah lg bagussss.

gambar cam biasa nnti 2 aku upload tp xbyk pun. hehehehehe dah mmg musim bola anniversary pun makan sambil layan bola. mmg betul2 demam nih.

Saturday, July 3, 2010

BRAZIL DAH KALAH

huhuhuhu....walapupun sebenarnya aku bukanlah peminat tegar bola sepak tp sejak WORLD CUP ni aku join lah tengok. So Brazil , Portugal dan Argentina adalah team yg aku suka tengok. Tapi dalam tiga2 team paling aku suka tentulah BRAZIL. Tapi semalam cam sedih gaklah sbb Brazil dah kalah. AKu nak kata pandai taklah tapi aku rasa banyak sangat la lakonan dan babak jatuh berguling nih. Tapi apa pun mmg bukan rezeki dorang lah kot. Entah- entah Uruguay dan Paraguay yang masuk final......

Thursday, July 1, 2010

ASMA UL HUSNA- VERSI DR ARY GINANJAR

Sangat syahdu dan hiba hati bila dgr asma ul husna ni. Sbnrnya dah lama dah aku cari tp baru sekarang jumpa. Kan aper selalu dgr kat Astro Oasis tp xder koleksi. Kebetulan smlm sebelum azan mahgrib aku bkk oasis. Rezeki aku dapat dgr asma ul husna ni. dpt lah aku tgk nama . Paastu hari ni terus aku cari kat youtube. Alhamdulillah aku jumpa pastu siap embed kat blog lagi. hmmmm sekurang-kurang klu korang bkk blog aku sambil2 baca tulisan aku klik lah kat video, mn tahu klu niat kita ikhlas dapat jgk saham kan...insyaallah.

Monday, June 28, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-6 BAKAL MENJENGAH

Begitu cepat dan pantas masa berlalu, minggu depan 3.7.2010 bakal menjengah dan makin bertambah dalam kiraan usia rumahtangga aku dengan suami terchintaaa aku aka genap 6 tahun. Masih berdua diusia perkahwinan 6 tahun .

Tuesday, June 22, 2010

DEMAM BOLA- MUSIM PIALA DUNIA

kaka
messi
ronaldo
Sekarang kat mana2 pun klu tengok kat rumah, kat kedai makan..lagi2 kedai mamak kan, kat pasaraya mesti ader siaran pasal perlawanan bola sepak ni.
Alkisahnyer aku bukanlah nak ulas pasal perlawanan piala dunia ni tp nak story mory pasal aku. Sebelum ni aku heran pun idak dengan bola sepak. klu ader game yang aku suka tgk pun badminton , bola tampar atau bola keranjang.

Tapi entah camner sejak piala dunia ni aku leh lak tercongok kat depan tv tuh leka tengok perlawanan . Hishhh cam tak caya plak, selalunyer klu teman hubby tgk sekejap pastuh lebuh aku mesti belayar kemana2. hehehehe. KalAU hubby xtgk aku plak yang beria2 tgk . tapi layan yg pkl 7.30 dgn kul 10.00 jer. Game pukul 2.30 pg idoklah teman nak beria2 tgk ulangan jerlah.

Tapi tulah aku dapat rasa aku jdi cam minat plak tgk perlawanan dr satu perlawanan ke satu perlawanan. Terutama semalam masa portugal lawn Korea tuh.Dulu haram aku kisah nama2 pemain, sekarang dah boleh berborak dgn hubby nama2 tu. tp xderlah aku tahu pun sumer just yg gah dan glamer2 jerlah. So semlm 1st time aku tgk dengan fokusnyer ronaldo yg senyumannya mmg menawam...ecececeeeee. Pastuh aku suka tgk messi dengan kaka.....hehehehe wat masa ni baru 3 jer yg aku amik kesah..yg lelain tuh tgh nak fokus....hehehehe

Thursday, June 17, 2010

MIMPI YANG MENGARUT2 + MENAKUTKAN

Korang pernah tak mimpi yang ntah hape ntah. Aku sepanjang hidup ni dan sepanjang tidur aku xkita lah tido waktu malam atau siang, mesti mimpi. Orang cakap sebelum tidur basuh kaki, amik air sembahyang, baca doa dan ayat2 al quran untuk elakkan perkara tak elok kan. Tapi masalahnyer sumer tuh aku dah buat, tapi still lagi aku mimpi. Mungkin dah rezeki mimpi kot..hehehehehe.
Tapi sejak kebelakangan nih aku selalu mimpi yang mengarut - ngarut dan menakutkan. kadang-kadang tuh lepas terjaga aku sambung tidur mimpi tu pun bersambung lagi. Contoh malam semalam aku mimpi aku pergi berubat atau mengurut kan sorang pakcik ni ( org kampung aku, lokasi dia kat umah atok aku , tp rumah zaman aku budak2. heheheheh kat sini pun nmpk xlogiknyer. pastu ader la hubby aku tp sepatah pun hubby aku xbercakap. Masa dia urut tuh aku dapat rasa belakang aku sakit sangt sampai aku menjerit - jerit pastuh aku terjaga. Sedar2 darah dah banyak keluar dari hidung aku. hmmm nasib baiklah terjaga klu tak taktahulah camner.
minggu sebelum nih aku mimpi aku pergi satu tempat taktahu kat mana lokasi pastuh ada cam satu upacara nak musnahkan hantu. hehehehe lebey kurang camtuhlah. Padtu aku dengan beraninyer pun tumpang sekaki siap baca ayat qursi dan 3kul untuk halau antu tu. malangnya hantu tetap lawan dan ejek2 aku...siap cakap baca pun xbetul camner aku nak terbakar. KOrang bayangkan lah heeeee..naik sereemmm pun ader. last2 aku dah tak tahan aku siap leh cakap letihlah mudahan2 ni mimpi. hehehehe...ntah hape2 kan bila dah jaga terus aku seremmmm xleh tido dah.
hmmmmm tulah klau nak story pasal mimpi aku satu jilid pun xhabis nih..... Tetiba rasa nak story pasal mimpi sebab byk mimpi bila terjaga hidung mesti berdarah. itulahnyer mungkin jgk kebetulan kot.
Apa korang rasa cer komen sikit

Thursday, June 10, 2010

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Hmmmmm sungguh xsabar rasanyer nak balik kampung minggu ni...nak jumpa mak ayah dan family. Mesti meriah bb adik beradik berkumpul. Tapi yang sedihnya hubby aku xdpt ikut sbb dia nak study coz 14hb dan final exam. Mula2 tu berat hati gak nak tinggal dia sorg tp dia kata xper sbb klu xbalik aku plak yg tinggal sorag2 kat rumah ssb dia ader study group. Aku jarang balik kampung tanpa hubby aku ni. Rasa lain plak. tp xperlah kan...sekali sekala.

Wednesday, June 9, 2010

APA AKTIVITI YANG BEST UTK ISI MASA LAPANG

contoh gambar


Aku sekarang tgh fikir apa aktiviti aku nak buat untuk isi masa lapang aku kat rumah. Contohnya waktu malam la kan. Macam sekarang ni rasanyer sampai dah tahap bosan gilerrr dah aku sorang2 kat rumah. Yer lah kadang2 terdetik lah kan kat hati hari2 pas balik kerja pengisian waktu malam tu...boring lerrrr asyikkkkk tengok tv jer kan. Selalu aku baca novel tp dlm sebulan aku peruntukan 4 jer yg aku beli, so maknanyer dah habislah kenalah tunggu bulan depan pulak. Takkan hari2 nak beli buku gunung pun rata camtuh. Sebelum nih aku akan bersenam lps maghrib tp yg xbagusnyer aku akan mandi malam setiap hari. So xbaik juga utk paru-paru aku. So aku tukar senam petang , mandi pun sebelum maghrib kira ok le tu kan.

Rutin aku :-

Hari Kerja :-
6.30 ptg ----> sampai rumah. Siap sedia utk senam dan sauna
7.30 mlm----> mandi dan solat maghrib
8.00mlm----> mesin kain kotor sambil tu iron baju
8.30mlm----> lipat kain klu ada sambil tgk tv....itu jerrrrr...
11.30mlm---> solat dan tidooooo.......

itulah rutin aku hari2, ulang benda yg sama. MASAK xder dlm rutin sbb jarang2 . xder org nak makan. Kecuali hari cuti dan minggu jer. Bukan pemalas tapi pembaziran yang ketara klu aku masak..huhuhuhu. harap2 skill masak aku x pudar la . Korang rasa boring tak...cam boring jer kan. Walaupun boring tapi sebenarnya aku enjoy duduk rumah..cuma nak cari something yang aku suka buat. Hubby aku hari kerja ada kelas , makan plak kat kampus dia.

Aku rasa cam nak blaja wat baju. dapat jahit baju kurung pun jadilah kan. Maklumlah sekarang upah baju pun mahal. Kalau pandai jahit kan senang. Ini tak kainmenimbun dalam lemari tp berjahit..takde makne jugak..

So akn difikirkan dan perlu cari tempat untuk blaja menjahit, pastu mesin jahit . mmmm cam ok gak kan.

Wednesday, May 26, 2010

RINDU PADA AIMAN


Aiman masa 5 bulan ( gambar lama). gambar baru belum upload

Rinduuuuuunyerrr pada Aiman. 4 hari dengan Aiman mmg cukup buat aku dan hubby jadi nanar sekejap bila dia dah balik semalam. Ya Allah rasa rindu, syahdu, sedih, sayu, sebak sumer diadun dlm diri kitaorang. Menitik jugalah airmata ni semalam. Haru betuiiiiiii.

Alkisahnyer adik aku datang putrajaya hari jumaat sebab nak habiskan cuti dia . Seminggu juga dia cuti sebelum mulakan kerja kat tempat kerja baru. So diaorang pilih Putrajaya untuk bercuti dengan kitaorg. Dengar jer Aiman nak datang hubby aku lah org yg paling teruja sampai ponteng kelas lah dia. Sanggup balik awal sbb nak jumpa aiman.....hmmmmm.

So hari Sabtu kitaorg pg ke PD dan menginap di Kondo TNB, besar dan menyeramkam...hehehehe. Tapi once Aiman dapat tidur lena tuh kira ok lah kan. Teruja tengok dia sekarang sebab dah pandai jalan. Betapa dia teruja bila mandi kolam ...hmmmm bahagia betuiiii tengok. Hari Ahad dah check out. So mula2 diaorg cadang nak balik pagi isnin tp xjadi sbb aku mc sebab keracunan makanan. Alang2 aku dah ada kat rumah so org decide nak balik pagi selasa. haruuuuu lagi alam dengan Aiman lagi lah ssh hati nak pisah dgn dia.

So pagi selasa masa Aiman tidur aku kacau dia sungguh....hehehehe. walaupun sedih tgk lambaian dia terpaksa redha la. huhuhuhu ptg masa balik kerja rasa sunyi dan kosong sangat. huhuhuhuhu....akhirnya berderai jgk airmata aku nih......tabahlah duhai hati.

Tuesday, May 25, 2010

ALALALA- LAMANYER TAK UPDATE

HUHUHUU.....pejam celik pejam celik dah nak habis bulan mEI 2010. HMMMMM rumah nih pun dah lm tak jengah..sawang pun dah banyak

Monday, May 17, 2010

PUTRAJAYA YG MERIAH - HARI BELIA DAN JOMHEBOH

Sebenarnya aku xder entry ataupun gambo pun nak share kat sini tapi nak story pasal pengalaman aku yang 1st atau mungkin yg last ( mungkin shj)..ke karnival atau program seangkatan dengannyer. Mungkin persepsi orang pada aku adalah jenis yg tidak memberi sokongan atau jenis yg tidak peduli apa org nak buat. Tak Kisah la kan

Aku ni sebenarnya bukannye jenis yang suka pergi ketempat yang perlu bersesak2, berasak2 dgn terlalu padat dgn org. feniinnnn. Contohnyerr konsert, jom heboh, karnival dan pendek kata yang seangkatan dengannya. Tapi tempat yang ramai orang dan perlu bersesak ader satu yg aku suka..pasar malam....haaa yg ni aku suka lah.

Nak dijadikan cerita 14-15 Mei 2010 ada sambutan Hari belia dan Jom hEBOH kHAS so ade booth pameran yg byk termasuklah lah jualan2. So aku mmg tak terfikir pun nak pergi just nak memerap kat rumah atau pergi mana2 selain dr pergi tempat tuh. Tp kita hanya merancang dan Allah yang menentukan,nak dijadikan cerita sepupu hubby aku dtang rumah dah nak pergi karnival. Jadi nak tak nak aku kena merajinkan diri aku yang malas nih meredah lautan manusia yg ramai tuh.

So ptg tuh aku pergi tonton pertandingan FUTSAL 60jam tnp henti..( pertandingan tuh ye ). Ok jugak tgk org main futsal. tp sekejap jer pastuh magrib balik umah. Kebetulan pagi sabtu abang aku hnatar Faiz dan haikal sbb pengasuh dorg balik kampung. So meriah de vazz ler rumah aku, anak2 buah aku bila dah ramai kwn diaorang jadi Drama King ler.

Pagi Ahad sumer dah ready nak mengharung lautan manusia..heheheh, so keter kena park dkt Park n ride, pastuh naik bas dan sampai masjid naik coaster plak sampai ke tapak karnival...adoiiiiii. Bayaangkan bebudak sekarang yg celik2 mata jer terus naik keter kan xpernah hayat rasa naik bas. Betapa fanatiknyer dpt naik bas...heeee klu kita mmg xnak lah kan naik bas...ini naik bas macam naik ferrari seronoknyer.....hahahahaha kesian.

So dah sampai berjalan jauh gak masa tuh pkl 11.00 pagi ...huiii matahari dah atas kepala dan penaszzznyer toksah citer aaa. Booth pertama kitaorg pergi signature utk pemuliharan alam...kan main semangat anak buah aku tulis nama dier kat atas kain rentang tuh...nama penuh ok, dgn sabar org tuh tunggu almaklumla bdk 5thn tulis nama..hehehehe....bangga aku semaangat.

pastuh nampak plak topi payung..benti lagi..oklah kan dpt satu sorg sbb panazzz. pastuh kitaorg pegi kat booth Buletin Utama nmpk Pang Chin Pei kat situ..baru la tahu sbb per cantik kat tv, meka up yg tebal. Tp dia mmg cantik lah kan. Patuh sbb dah letih jalan bebduak sampai kat booth Aduan Rajyat terus melekat sbb byk soklan yg ada hadiah klu jawab. aku dah macam cacing kepanasan dah. sabar2.....dlm 15 minit gak lah dorg kat situ. AKu dan2 ajak laki aku balik dah.

Jalan2 lagi nmpka lak layang2...so korg fhm2 jerlah kan. pastuh aku dah mmg xlarat , tp naseb baik haikal kata dah xlarat so peluang lah aku nak balik....hehehehe....sepupu laki aku pun cakap dah xlarat...so terus amik coaster balik...

kesimpulannya.....pegi macam xpergi sbb jalan laju2 nak lari dari panazzzz.... klu tny pe yg ader pun xleh nk jwb sbb xfokus. serik nyer rasa sampai cam xnak pegi dah

Friday, May 7, 2010

KERETA KU BERCALAR - ROBEK HATI & POKET

Hhuhuhuhu.....kerana kecuaian ku, hari rabu lepas kereta bercalar dan kemek pada pintu belakang tempat penumpang..... aku rasa confident jer lepas rupanya.....bergesel dengan tiang parking...adooooiiiiiiiii......habislah keta.....

MINI GATHERING @ KOTA KERIANGAN-PART 4








MINI GATHERING @ KOTA KERIANGAN-PART 3



Thursday, May 6, 2010

MINI GATHERING @ KOTA KERIANGAN-PART 2

hehehehehe.....best ler sesengat bila dah jumpa kwn2.......


Thursday, April 29, 2010

MINI GATHERING @ KOTA KERIANGAN


Ya Allah Ya tuhanku Dengan Namamu Ya Allah , Yang Maha Pemurah lagi maha megetahui. Engkau berkatilah perjalanan kami untuk mini perjumpaan bersama kawan-kawan. Lindungilah kami dari segala mara bahaya dan kesulitan, permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik ke pangkuan keluarga.....amin..amin..ya rabbal alamin...

Seperti yang dirancang aku, alin, nani dan maz insyaallah akan naik genting esok pagi dan bermalam kat sana. Ini mini gathering yang pertama kali kat luar dari putrajaya. Sebenarnya sepatutnya ahli ade 6 org tapi memandangkan komitmen eliz dan lenny so tinggal kitaorg berempat jer yang akan meneruskan perjalanan ni. Mungkin lain kali dorg dapat join kot.

Perasaan excited tu mmg lah kan sbb dah lama nak bergembira dengan kwan2...tapi cam sedih gak aaa sebb tinggal hubby aku sorg 2 kat rumah...hmmmm sian kat dia. tp xperlah satu hari jer...kan.

So mudahan perjalanan kami selamat pergi dan balik da dilindungi Allah sentiasa...aminnnn. so gambar akan di upload lps balik nanti....

Tuesday, April 27, 2010

BARU BALIK CUTI DARI KAMPUNG

Hmmmm.....aku sebenarnya xplan pun nak balik kampung, tapi tetiba jer hubby aku ajak masa ptg khamis. Terkejut gak aku...hehehe..kan aper yerlah wpun kampung aku xlah jauh sangat tp aku klu balik kampung suka amik cuti leh lama sikit kat kampung. Aku ade rasa cuak sikit la sbb aku baru cuti dua hari demam pastuh isnin nak cuti lagi , jummaat nak cuti lagi. hehehehe last aku gamble jer minta dgn boss, seb aku baik aaa dia xder halanngan. so aku pun boleh 3 hari.

Dalam pukul 1.20 pgi kitaorg sampai ipoh, dan ckp2 dua tiga patah aku pun terus terlelep kat atas sofa sampai pagi. Elokla aku kat sofa depan hubby aku sofa belakang. Nasib baik dah sakit pinggang aku. Kat rumah MIL xbyk aktiviti yang boleh aku buat sebb kat ipoh pun bandar , ner ader istilah balik kampung kan...Cuma petang tuh aku keluar dgn mil dan fil pergi jln2 ke Green Town Mall. Saje hubby aku nak cari kasut kat fil sbb kaki dia sekarang dah xkuat sangt nak pijak kasut keras. Dalam dorg dok kat kedai kasut aku pi jln2 kat kedai baju dan tudung. Hehehehe aci tak menantu dia pi tempat lain...hehehehe..kira aci la kan.

Pagi Ahad dah gerak ke kampung aku....dalam pukul 10.00 pg dah sampai. Kebetulan pulak adik2 aku kat rumah. Lupa plak sebelum tuh abang aku xleh balik sebb dia baru lepas operate kaki dia sbb jangjkitan kuman. so doC bg mc seminggu aaa. Kebetulan pulak ramai kat rumah mak aku so meriah ler sangat. Anak buah aku Aiman pun dah pandai jalan..kelalkar tgk gelagat baby yg br pandai jalan tp kekuda lum kuat lagi....asyik tumbang jer...hehehehe. Kebetulan keluarga adik ipor aku ader datang plak pagi tuh. So bertambah2 lah ramainyer.

Tetiba ptg tuh cam teringin jer jer nak pg waterfall kat kampung.....hmmmm best dan nyaman betulll, rasda bertahun2 gakler aku xjejak kaki kat sana. lam jgk la kitaorg mandi manda. best betuiiiii....

gambar cam biasa ade kat kamera...itulah rahsia aku mlasa nak amik dgn kamera...malas nak upload. klu dgn hp senang sikit.....so bila2 senang aku masukkan

Monday, April 19, 2010

SAJE - SAJE CUBA

hehehehehe....ni bukan aper saje nak cuba 2 letak gambar cam org len....hehehehe...percubaan pertama




Monday, April 12, 2010

SELAMAT DATANG KE ANGKA 3

Hehehehehe.......alhamdulillah....syukur pada ALLAH yg masih mengizinkan aku menghirup udaranya dan mencapai kebahagiaan di dunianya ini.

Semalam genap usia ku 30 tahun....selamat tinggal angka 2....Aku menginjak lagi ke satu tahun dan permulaan di angka 3.huhuhuhu...betapa cepat masa berlalu...walhal baru saja rasanya aku menjadi kanak-kanak riang, melalui zaman sekolah yang penuh dengan warna warni, zaman dara di waktu pengajian tinggi. hmmmmm semua tuh kekal menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.

Apapun di usia ini aku tidaklah ghairah untuk membuat sambutan hari jadi. Tetapi sebenarnya dlm keluarga pun sememangnya dr kecil kami tidak pernah didedahkan dengan sambutan sebegini. Bila di zaman sekolah( asrama) barulah aku tahu nak ucapkan selamat harijadi , memberi dan menerima hadiah.

Berbalik pada hari ulangtahun kelahiran aku, aku rasa gembira sangat kerana terlalu ramai kengkawan yang mendoakan aku panjang umur, sejahtera, murah rezeki dan bahagia sentiasa. Alangkah bertuahnya aku rasa dan inilah hadiah yang paling bermakna kerana aku menerima doa dari keluarga dan kawan2. Mudahan doa kalian semua dimakbulkan oleh Allah.

Buat suamiku yang terchenta terima kasih atas segalanya...............terima kasih...terima kasih..terima kasih...

Friday, April 9, 2010

SAJE NAK CERITA UNTUK PENUHKAN COLUMN

Sebenarnya dah lama nak tulis tp hari ni baru berkesempatan nak tulis. Baru2 ni kita dikejutkan dengan berita perginya arwah Meor Ahmad Fuad aka Din Beramboi. Sebenarnya bukan apa sebb dia artis@selebriti tu sbb keluar paper. klu org biasa yg bukan org glamer yg masuk paper bila eksiden atau jenayah ....
berbalik kisah arwah tadi... aku act bukanlah peminat fanatik dia. cuma lately ni aku suka tgk program lawak dia mANDI, wUHAI bERAMBOI dan telematch YG ade dubbing sore dia tuh. mmg lawak giler...sampai sakit perut dibuatnyer. Lepas tuh kuar citer budak yang kutuk dia giler2 nyer kat laman facebook. Kalau yer pun xsuka xpayah lah nak kutuk sampai camtuh sekali. org tuh dah arwah dah.....manusia ni kan macam2 perangai....huhuhuhu.
Tetiba aku terfikir camner la perasaan kwn yg hari2 dok dgn dia, dgr lawak dia . tentunya PakNil LA KAN. mesti sedih giler dan terbayang2 org tu ader kat sebelah dia. Tapi tulah sumer tu dan ditentukan oleh Allah. Yang hidup pasti mati..seminit pun tidak akan kurang.

Saturday, March 27, 2010

HUJUNG MINGGU DGN FAIZ & HAIKAL

Sekian lama dah xhabiskan masa dengan Faiz dan Haikal. So minggu ni hubby aku amik dorang ptg jumaat. Penat memaglah penat melayan budak2 yg punya enjin Boeing 747 ni..hehehe..xpandai nak benti rehat. apapun layannnnzzzzz
Aktiviti hari Sabtu -
Kanak-kanak memang xboleh dipisahkan dengan kartun. termasuk lah hubby aku, tgk betapa khusyuknyer jd penontom. xder can aa aku nak tgk citer peberet aku..
Pagi Ahad kitaorg bawa pergi Pusat Rekreasi Air Presint 6. Tp malangnya penuh. Dalam xsengaja ternampak org mandi kat luar. rupanya kat luar sebelah Hotel PULLMAN ada kolam kecil untuk mandi..siap ade pokok kelapa dan pasir. ala2 tepi pantai gitu.
Macam tepi pantai, cantik dan sesuai jgklah nak berkelah..hehehe

kadabooommmm.....pelagi terjun aa, hati tu mmg dah gian nak mandi..nasib tak ramai orang...rupanya xcukup pagi, petang tu bebudak ajak lagi kitaorg pegi. sekali lagi kadabooommmm sampai pukl 7.00mlm.hehehe
Dah sudah bersih badan, time utk posing plak....hehehe...gambar adik ader satu jer..punyer la susah nak pujuk. last2 gamba org len yg enterframe..hehehehe


Tuesday, March 23, 2010

RINDU KEHADIRAN

Hari ni mmg lah kena sampuk dek ape ...aku xtahu...jadi malas lah sangat..last2 aku layan blog...daaa...
tetiba aku ternampak la plak gambar baby comel ni.....hmmmm

IMPIAN - RUMAH SENDIRI

Minggu lepas aku pergi tgk rumah yang aku beli tu. Alhamdulillah kerja pertama dalam jadual dah siap. cuma xboleh nak snap gambar jer sbb penutup kawasan tinggii sangat..hehehe
tapi untuk lepaskan keinginan kitaorg masuklah rumah contoh dan snap ruang2 kat rumah tu...hehehe..puas hati. sambil snap sambil berangan2 sebenarnya. boleh tahan jugaklah besar ruang rumah ni cuma tanah belakang pendek sikit.
Semua ruang sempat snap tp terlupa nak snap ruang tangga dan bilik tidur 4.
bilik tidur3

bilik tidur 2


hall tingkat atas

ruang- master bedroom

ruang- master bedroom

master bedroom

dapur

ruang makan

ruang tamu

ruang tamu

ruang tamu - pintu masuk