Dia telah telah menentukannya Kita bertemu dan bercinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta Pintu hatiku telah kau buka Tak mampu ku menafikannya Kejujuran diberi Kasih datang terhenti Ini bahagia yang ku cari Sayangi daku Peluklah daku Janji dengan ku Semai cinta nan satu Tuhan menguji Takkan berhenti Hanya ku pinta Sama setia menjaga Hingga ke alam syurga
Wednesday, June 9, 2010
APA AKTIVITI YANG BEST UTK ISI MASA LAPANG
Aku sekarang tgh fikir apa aktiviti aku nak buat untuk isi masa lapang aku kat rumah. Contohnya waktu malam la kan. Macam sekarang ni rasanyer sampai dah tahap bosan gilerrr dah aku sorang2 kat rumah. Yer lah kadang2 terdetik lah kan kat hati hari2 pas balik kerja pengisian waktu malam tu...boring lerrrr asyikkkkk tengok tv jer kan. Selalu aku baca novel tp dlm sebulan aku peruntukan 4 jer yg aku beli, so maknanyer dah habislah kenalah tunggu bulan depan pulak. Takkan hari2 nak beli buku gunung pun rata camtuh. Sebelum nih aku akan bersenam lps maghrib tp yg xbagusnyer aku akan mandi malam setiap hari. So xbaik juga utk paru-paru aku. So aku tukar senam petang , mandi pun sebelum maghrib kira ok le tu kan.
Rutin aku :-
Hari Kerja :-
6.30 ptg ----> sampai rumah. Siap sedia utk senam dan sauna
7.30 mlm----> mandi dan solat maghrib
8.00mlm----> mesin kain kotor sambil tu iron baju
8.30mlm----> lipat kain klu ada sambil tgk tv....itu jerrrrr...
11.30mlm---> solat dan tidooooo.......
itulah rutin aku hari2, ulang benda yg sama. MASAK xder dlm rutin sbb jarang2 . xder org nak makan. Kecuali hari cuti dan minggu jer. Bukan pemalas tapi pembaziran yang ketara klu aku masak..huhuhuhu. harap2 skill masak aku x pudar la . Korang rasa boring tak...cam boring jer kan. Walaupun boring tapi sebenarnya aku enjoy duduk rumah..cuma nak cari something yang aku suka buat. Hubby aku hari kerja ada kelas , makan plak kat kampus dia.
Aku rasa cam nak blaja wat baju. dapat jahit baju kurung pun jadilah kan. Maklumlah sekarang upah baju pun mahal. Kalau pandai jahit kan senang. Ini tak kainmenimbun dalam lemari tp berjahit..takde makne jugak..
So akn difikirkan dan perlu cari tempat untuk blaja menjahit, pastu mesin jahit . mmmm cam ok gak kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment