Friday, March 25, 2011

SEMAKIN PULIH DR SEREMMM

Alhamdulillah...start semalam perasaan takut dah mula hilang sikit demi sdikit.

Thursday, March 24, 2011

dalam sibuk sempat berblog

tulah ramai yg cakap org berblog orng yg xder kerje. bagi aku xsemestinyer sbb aku antara orang yang sibuk jgk tp sempat berblog sebb pada aku salah satu medium untuk luahkan atau berkongsi apa yg kita nak tulis. so terpulang pada pendapat masing2.

KISAH SERAM DATANG LAGI-SIRI 2

Ni pun aku sambung dari entri sebelum ni. Semalam aku citer dengan opismate aku apa yg aku rasa sekarang ni. Jadi dia bagi cadangan untuk save ayat2 ruqyah dan perdengarkan kat dlm rumah. Dengan semangat yang gigih aku save ayat-ayat ruqyah dalam pendrive kebetulan home theatre kat rumah leh pasang pd tuh. Nak dijadikan citer kebetulan hubby aku pun balik awal dan xder lah rasa takut sgt. Sambil aku nak nak apsang tuh hubby aku soh buat air aku kat dapur . Dalam dok kemas2 dapur dia ckp dia nak keluar sekejap kayuh beskal. So aku sambung balik lah nak pasang PD tuh, tetibe aku tgk plug tv, HT semua padam pattlah senyap. Aku dah mula cuak dah. Mungkin kebetulan kan tapi cam tahu2 aku nak pasang ayat ruqyah. Tapi kot mana pun aku masih menten ckp kebetulan kot. TApi aku nak g tgk kat stor dia punyer main switch , xdo makno do. Gasaklah sanggup tunggu hubby aku balik..lambat pulak tuh baliknyer. dkt 7.15 baru balik pastuh aku gtau dan rupenyer ape bende ntah xfokus masa hubby bgtau. TApi terus xjadi pasang. Last2 dalam rasa cuak dan takut naik jgk la sorg2 kat tingkat atas bkk lampu. huhuhuhuhuhuhu.....aku pun heran pesal la aku jadi penakut sgt nih. pas tu terus bkk radio kot2 time ngaji. Terus g mandi dan bila dah sudah sebelum semayang aku panggil la hubby dari atas igt dia xnaik lagi selalunya dia tertido. panggil nyer panggil terite aku dgr hubby aku menyahut so aku pun ckp lah "tertido ke ?, dah maghrib ni..tak baik" . So aku pun turun lah kat tangga nak panggil lagi sekali tgk2 xde pun hubby aku kat bawah. tergezut jgklah tp aku terus jerlah naik dan aku jenguklah kat bilik yg gelap tuh nmpklah lampu blik air nyala, so aku andaikan mmg hubby aku la yg nyahut td. Satu lagi dia klu mandi kat bilik depan mmg xsuker bukk lampu bilik. lps siap semayang aku tny lah dia nyahut dan dgr ke aku panggil. dia kata " xder pun". Aku diam jerlah xterkata apa terus amik QURAN baca smpi masuk isyak. Pas semayang hubby aku siap tny kenapa dgn aku skrg nmpk cam dlm ketakutan sgt. Sebelum ni xde apa pun. Aku ckp xleh nak citer camner cuma aku xselesa dan rasa takut. Kebtulan dia nak keluar kayuh basikal plak tuh. Maknanyer tinggal aku sensorang plak tuh. Ok lupa plak lps aku baca alquran baru lah aku rasa bilik tido aku cam cerah darp biasa. TApi sbb hubby aku xder so aku still xberani nak iron baju kat bilik iron. Aku cepat2 turun kat bwh amik laptop dan pasang surah al-baqarah. Dalam dok dgr bacaan xsedar entah biler aku tido sampai hubby aku balik dalm 1.30 pg jgklah. Tapi alhamdulillah hilang la skit perasaan takut tuh.

Wednesday, March 23, 2011

KISAH SERAM DATANG LAGI

Aku ni kadang2 malas nak layan perasaan takut aku ni. Tapi tulah kadang2 xleh nak buang. Ni rentetan citer aku kena hempap tulah. Klau korang perasan entri aku sebelum inilah. Sejak mlm tu aku dah rasa tak selesa bila duduk kat rumah sorang2. Especially bila mlam dan dalam ruang yang gelap. Dulu masa mula2 pindah jer ade rasa cam tuh. Sekarang tiba2 ade balik. Aku bukan nak cakap pe la kan , kita ni ade satu perasaan tau yang kita leh rasa bila berada kat sesuatu tempat. Contohnya cam rumah aku skrg sejak aku kena hempap hari tu, aku dah xleh nak duduk kat bilik iron sorang2, kat living hall, kat bilik tido aku lagilah...rasa semacam jer. Entahlah orang ckp klu igt dia mmg lah dia suka. Tapi tulah sshlah nak describe camner....aku ade bgtau kat hubby dia kata xde apae tu. Dia siap ckp lps ni xnak ajak aku tgk citer hantu lgi. Yerlah maklumlah hr tuh lyn citer khurafat. Masalahnyer bkn sbb aku tgk citer tuh...tp lps kena hempap hari tuh. Yelah sblum ni xde bende pun, rilek je aku dok sorang2 kat rumah sbb dah biasa hubby aku balik lmbt sbb pg kelas, dlm pkl 11.00mlm br balik. TApi klu dia ade aktiviti berbasikal ke game bola lagilah kdg2 1-2 pgi baru balik. Aku cam biasalah dah terbungkang dah tido. Tapi masalahnyer skrg ni....kenapeeeeee yeerrrrr. Dulu kan xder lah dgr org dok ubah perabot @ bebudak dok main kat dinding sebelah. Memula2 igt anak abang sebelah...xperlah kan. Tapi lastweek cuti sekolah..abang tu balik kampung satu family...haaaa sape nak jawabbbb. yg tuh aku leh abaikan lagi..yg kes serem dalam rumah sendiri ni...pe kes kan klu xcomfort kat rumah sendiri. Nak jadikan citer masa balik kampung aku gi ngurut kat Cik Zah sbb tgn sebelah kiri aku cam terkehel. So aku citer laa skrg aku tiap2 sabtu g berenang tu yg terkehel tuh. SABO JERLAH. Sambil2 dia ngurut dia siap tny berenang kat mana, tmpt tuh mmg tmpt mandi@biasa tak org mandi. Pas aku pasan soklan dia tanya lah naper..dia jawab per tau, aku nyer sakit terkehel tuh bkn sbb terkehel sendi. Dia kata dia ngurut dia tahu org terkehel sendi camner, sbb aku nyer sakit time dia urut tu lari2. Heeeeeeheeeee leh lak camtuh. Aku balik rumah citer dgn mak aku. Pastu mak aku siap marah2 sbb dia tahu aku mmg suka baca citer2 serem , pastuh siap g kolam memalam lagi. Yelah sblum xde pe pun aki ni mmg suke membaca xkisah citer pa pun. Pas balik dr kampung aku terus pasang radio IKIM kat dlm rumah..sbb dorg ade ngaji sumer kan. Skrg aku xleh nak ngaji jadi radio la tolong ngjai utk aku.Maklumlah rumah kosong 4 hari. Alhamdulillah dah dua hari aku dapat tidur dgn lena. Kat opis tu skrg aku dok pasang ngaji quran jer nak bagi semangat aku pulih balik. Mudahan lah perasaan seremmmm aku akan hilang. Sbbnyer hubby aku mmg sentiasa balik lmbat ..habis klu nak lyn pasaan camtuh camner kan.....xleh....rimas lak rase. Insyaallah ALLAHUAKBAR.

Sekali lagi sebagai penerima APC

Alhamdulillah rezeki dari Allah. Sekali lagi aku menerima APC 2010. Semalam berlangsUng majlis kat PICC.

GAMBAR CAM BIASA AKU YG MALAS NAK BERGAMBAR NI...HEHEHEHE

Friday, March 18, 2011

CUTI KAT KAMPUNG

hari ni sampai isnin aku berehat kat kampung. hmmmm bestnyer dapat lari sekejap dr kerja yg xpernah habis.

***** ++ aku bagi kat 4 hari aku cuti. Sebab ape bila cuti balik kampung mmg paling best dari segala percutian yg ade...hehehe sebb dapat dok manja2 dgn mak dan ayah dan tak luper mentua aku. Hehehehehe teruk betui tau skrg ni balik mentua aku leh sambung tido sampai kul 9. hehehehhe agaknyer mil aku pun malaehhh nak bebel kot. kih..kihh...kih.

hari Jumaat ade kat ipoh cam biasa xbyk aktiviti sbb dok kat bndr bkn kat kpg. Nak tolong wat keje luar pun xder sampah/ daun2 kering nak sapu sbb umah taman. So setakat sapu sampah dlm rumah , kemas2 rumah brp lamae la sgt. ptg lps mkn kitaorg membuterrrr sampai kul 5ptg. ambikkk....pas bangun fil ajak g mkn mee goreng mamak. Pas pekena mee goreng pi la bertandang umah kwn fil kat kat Klebang putra. Dalam dok kenyang ni jamah lah jugk makan yg dhidang..almaklumla udang besauuu goreng tepung tuh. Tapi sbb perut dah kenyang mkn satu je. Kang tak pasal2 muntah lak.

Mlm tu kitaorg ronggeng kat JUSCO IPOH , tgk HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PKL 10.00MLM. Pas dpt tiket dlm 9 lebih...dah taktau nak wat ape2 , nak pegi window shoping mlassssss yg amat. Kebetulan ade pusat game kat situ..pelagi ngabihkan duit main game sampai 9.45. hehehehehe ntah hape2 kan....tapi layanssss. Ok berbalik pada citer HMMW....AKU KASI **** bintang sebb pada pendapat aku la, citer epik yg tak boring pastu agak mirip cam citer luar, wpun xsama mcm citer luar tapi aku bangga wat anak tempatan leh buat citer camtu. Tapi aku rasa dalam citer ni watak paling menyerlah ialah khir rahman sbg KAMAWAS dan YING-YING ( tak tahu nm sbnr) sbb dorang berdua ni yg menghidupkan watak dan ceriakan suasana.

Hari kedua kitaorg bergegas ke setiawan sbb Bapa sedare hubby aku dimasukkan ke wad sbb pendarahn dalm perut. Lps melawat singgah kat rumah Mak Yang dan kebetulan depan rumah ade orang jual buah durian ..pelagi hubby aku beli 5 biji mkn kat situ. Durian mmg sedap tapi azab sbb perut kembung dan sebu sampai mlm. Sampai kat ipoh pkl 5.30 dan dalm pkl 6.30 kitaorg grak balik ke Gerik...mn lagi klu bukan kampungku. sampai dalm pkl 7.45 mlm. sampai2 terus tny mak mask aper...ade ka ptt. hehehehehe. musim hujan xbyk aktiviti luar. Kebetulan semua balik kecuali abg aku kat shah alam tuh. Pagi pergi mengurut badan2 yg sakit kat cik Zah. ADOOOOiiii punyerla sakit tapi tahan jugklah ssb dah terseliuh tgn. Malm kitaorg wat bbq. petang tuh siapkan sos perap dulu. Bhn2 perap2 tak ssh nak cari amik je belakang rumah. Kalu kat umah aku tetibe plan nak wat bbq sumer bende nak kena kuar beli. SELESAI sumer daging/kambing/ ayam panggang.....sekali letak.....jer..licinnnn....

Pagi dah xbyk aktiviti sbb sumer dah kemas2 siap nak balik k=rumah masing2. saje balik awal supaya leh sampai awal kat rumah.

gambar xde sbb aku malasssssss nak snap

Wednesday, March 16, 2011

SABOR JELAH

Hari ini ade sikit lah orang spoil mood aku......tercabar jugklah kesabaran aku nih. Citer nyer camni ade lah sorg pegawai xpuashati pasal tuntutan dia kena kuiri sebab tak lengkap. So dia xpuashati dan datang jumpa aku. Yerlah lps tu xder mukadimah pasal ape terus ckp aku suka-suka kuiri bende-bende kecik , kononnya menysahkan keadaan. Yang aku tak faham klu nak marah sekalipun xbolehke bg mukadimahdulu ttg ape, ingt sumer bende dlm kepala aku ker dan yg penting xleh nak berhemah ker. Dah terang-trang sesuatu yang ditulis tangan perlu ade pengesahan dari bos kita kan. Bila aku nak explain baik2 dia kata dia tahu...so...salah aku lagi ker. Aku faham sangat lah perasaan orang yang buat tuntutan , takkan lah aku ni kejam tak berhati perut suka suki jer nak tolak atau xnak bayr. Siapa aku kan. Bila dah ditolak tentu ade sebab. sabaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...dan paling kena igt setiap sen kita nak claim mesti kena pengesahan....bukan duit kitaaaaaaaaa laaaaaa. Aku ni menjalankan tugas jgk ...sbb dia ckp kat aku" xfikir ker orang letih2 keja sabtu ahad". yerlah awak sorang jelah yg keje kan. Apa pun klu leh xnak ingat dahhhh.

** : first time rasanye aku tulis citer cam ni. sbnrnye aku xsuke sbb dah kategori xbaik.

Tuesday, March 15, 2011

BENCANA TSUNAMI-JEPUN

Allahuakbar........tiada kata terucap bila tengok tsunami melanda Jepun. Mudahan Allah meringankan dan menghentikan bencana tersebut. Teringat Tsunami 2004 yang menyapu bersih Acheh.
Bersabarlah wahai mereka yang ditimpa bencana dan mudahan Allah mendengar doa kita semua. Aminnnn.

Monday, March 14, 2011

Gangguan Ditindih@dihempap ketika tidur

Aku taktahulah nak mula camner , tapi apa yg berlaku semlm dalm pkl 2.30 pagi membuatkan aku nak tulis kat sini. Korang pernah tak dapat gangguan camni. TApi byk artikel yang mengatakan perkata ini sebenarnya lumpuh semantara ketika tidur. Etahlah aku pun tak tahu nak cakp camner. Tapi klu baca artikel perubatan islam @alternatif , ditindih@dihempap ketika tidur tidur adalah gangguan makhluk halus. Tapi camner pun aku tetap nak tulis apa yang berlaku kat aku.

Sebelum umur aku 20 thn dan selama duduk kat sekolah asrama selama 7 thn xpernah lak aku dpt gangguan ni masa tidur. Kesah ni mula masa aku belajar kat POLIMAS. Masa tuh kawan aku selalu cakap pasal dia asyik kena tindih. Aku dengan rasa ingin tahu asyik tny dia camner rase kena tindih sbb aku xder pengalaman. So dia cerita lah macam ada benda besar hempap dan takleh nak gerak dan paling buruk lagi sampai xleh nafas. Masa aku mula2 dapat gangguan ni masa aku tidur petang dan kat tepi dinding kat bilik rumah sewa aku. Masa aku terjaga tetibe aku nmpk ade benda bulat hitam kat atas kepala aku, pastuh tahu-tahu aku dah xleh gerak . Jenuh jgklah aku bertarung utk lepaskan diri. Bila dah dpt lpskan diri rasa cam letih sgt. Pastuh terus aku citer dgn roomate aku dan dia ckp itulah die camner perasaan yg ko nak tahu sgt. selama 3 thn dlm bilik tuh aku mmg selalu kena hempap . Kadang2 siap ubah tempat kitaorag pun xjadik lagi. Cuma bezanya aku xlemas cam kawan aku kena.

sambung lagi...aku rasa paling teruk aku kena masa aku tertidur kat sudut sebelah almari. Masa ini letih sgt baru lps exam. So lps balik dari kelas, pening kepala terus tidur. Masa ini aku siap kena tindih + kena sepak bertubi2. Entah apa yg dia marah sgt kat aku pun aku tak igt dah. TApi mmg peritlah maklumlah kena sepak. TApi bila jaga xderlah sakit bengkak pipi aku tuh.

Ok tutup citer masa tuh. Masa aku mula2 kerja dan tinggal sorg kat Slim River , alhamdulillah xdrlah plak kena tindih cuma gangguan lain jer. Tapi xyahlah citer kan. Rumah kat presit 9 pun Alhamdulillah. Tapi sejak aku pindah kat Presint 14 ni gangguan tu dtg lagi. Walaupun xsekerap masa kat Jitra dulu. Smlm aku kebetulan xboleh lena lps smyg isyak...lebey kurang dalm 12.30 mlm la. So bila aku pehamkan mata aku rasa lemas, pusing kiri..pusing kanan pun tak terlelap jugak. Aku klu perasaan cam ni cam dah dpt agak la kan. Tapi xper sambil aku doa aku dok ubah bantal..org tua2 pesan klu ssh nak tidur terbalikkan bantal sampai boleh lena. So aku tgk jam dah 2.15 pg , tp mata xmahu tidur gak. Hubby aku dah kemana dah hanyut. Pastu aku tgk jm lagi 2.27 dan dlm xsangka aku terasa mengantuk. Tetibe masa aku dah terlayang tuh rasa cam ade 'bende' jatuh kat atas aku. taPI sempat lagi aku cakap dia buat dah..dlm masa aku nak capai hubby aku aku terpegang sesuatu mcm kepala baby. Sabo jelah..aku cuba ayat terakhir ' kursi' dan hembus kuat2 terasa mcm bende tu terpelanting. oklah tpi ade satu lagi bende besar kat belakang aku...sabooooo jelah. Lama jugaklah aku dok bertarung last2 aku mals nak layan aku ingat Allah berkuasa atas segala-galanya aku sebut Allahuakbar. Alhamdulillah baru dia lepas. Baru aku rasa aku lapang dan lps tuh aku tidur dengan lena.....

TApi tulah terpulang koramh nak percaya ke tak. HAnya yg pernah mellauinya akan setuju dan yang penting kita kena igt walauapapun Allah berkuasa atas segala-galanya. Semua tu ujian pada aku sbb Mungkin aku xcukup kusyuk dalam berwudhuk, solat dan mengaji.

Friday, March 11, 2011

Just nak share

Saje nak kongsi lirik lagu ni...layannnnnnnnnnnzzzzzzdan jugan lupa untuk muhasabah diri

Thursday, March 10, 2011

BYK PERKARA NAK TULIS

Yang pastinya banyak benda dalam kepala aku yang aku nak terjemahkn dalam bentuk tulisan sbb apeeeeeee.................aku rasa aku dah sampai tak larat nak simpan lama2.
1. Pasal kerja aku ( pada korang yang baca please yer jgn ade perkataan "mcm dia sorang je byk kerje")
Sbb aku rase sekarang aku dah sampai thp nak meletup dah. Tapi hari2 aku cuba untuk tak stress kan diri aku ni dan malas nak layan pening kepala. huhuhuhuhu dah overloaded dah.........pastu bila balik umah dah lewat dah tak larat nak buat kerja rumah.
2. Bila kerja rumah terabai so umah aku dah macam tongkang pecah, dengan kain tak berlipat menimbun-nimbun. Biasanyer bila kita penat dari kerja balik umah cam duduk kat kapal pecah lagilah tension dan sakit kepala. So inilah yg jadi kat aku " musti korang ckp kan alaaaaa budak2 xder pun xkan bersepah jugak". mmg xde budak nak sepahkan tp bersepah pada persepsi akulah. Habuk pun xsempat nak sapu kat lantai. Leh bayangkan tak rumah kau camner...huhuhuhuhuhuhu.
3. Aktiviti hari minggu mmg terbantut lah sebab kena bereskan rumah yang seminggu xdikemas. rasanyer mcm dah lama xjalan tambahan plak husband aku asyik busy, nak2 plak sem akhir dia ni ade kelas hari ahad lagi la ..................
4. BAlik kampung jumpa mak ayah pun terbantut sebb jadual kelas hubby aku hari ahad...alaaaaa sshnye. Aku dah lama sangat tak balik kampung. HAri masa CNY singgah kejap je xsempat nak amik mood kat umah mak...........................uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
**** byk lagi tp xlarat nak tulis.............

Monday, March 7, 2011

HOBI BARU

Sejak 07.02.2011 aku telah ada hobi baru ......jeng.....jeng...jeng..., nak tahu apa dia..hehehe, berenang. Setiap Rabu, Sabtu atau ahad aku akan pergi renang kat kolam renang pRESINT 5 atau Presint 16. Ada dua orang opismate aku yg tgh giler jugak dgn hobi termasuklah En. Hubby aku. Selalunya kalau hari sabtu kitaorang akan pergi kat Prsint 5 sebb kolam indoor, dasyat tak dasyat sampai bunyi wisel br kitaorg naik. Kiranya berenang sampai 2 jam lah. So xderlah terbaka dek panas matahari. Klu mlm baru pergi presint 16.

Thursday, March 3, 2011

ngantuk gilerrrrrrrrrrrrr

adoyaiiiiiiiiiiiiii mata ni macam nak tertutup jer.....kesahnya mlm semalam lps balik dari berenang terus tetidor sampai pukul 1.00 pagi depan tv. TAknak naik bilik sbb IJA (sepupu ) aku kata nak singgah. Tunggu punyer tunggu sampai terlena xjuga dia sampai. Tetibe dlm pkl 1.00 aku rasa cam dalam mimpi orang dok ketuk pintu rumah...sampai aku terkejut. heheheh rupenyer dah lama dorang dok senaman tangan ketuk pintu.....tulah saper soh sampai lewat sangat.

Borak nyer borak sampai 2 pagi la baru tido balik tu yg rasa pening dan ngantuk sangat2 nih.....toolonnnnnnnnnnnnnnnnn