Thursday, April 29, 2010

MINI GATHERING @ KOTA KERIANGAN


Ya Allah Ya tuhanku Dengan Namamu Ya Allah , Yang Maha Pemurah lagi maha megetahui. Engkau berkatilah perjalanan kami untuk mini perjumpaan bersama kawan-kawan. Lindungilah kami dari segala mara bahaya dan kesulitan, permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik ke pangkuan keluarga.....amin..amin..ya rabbal alamin...

Seperti yang dirancang aku, alin, nani dan maz insyaallah akan naik genting esok pagi dan bermalam kat sana. Ini mini gathering yang pertama kali kat luar dari putrajaya. Sebenarnya sepatutnya ahli ade 6 org tapi memandangkan komitmen eliz dan lenny so tinggal kitaorg berempat jer yang akan meneruskan perjalanan ni. Mungkin lain kali dorg dapat join kot.

Perasaan excited tu mmg lah kan sbb dah lama nak bergembira dengan kwan2...tapi cam sedih gak aaa sebb tinggal hubby aku sorg 2 kat rumah...hmmmm sian kat dia. tp xperlah satu hari jer...kan.

So mudahan perjalanan kami selamat pergi dan balik da dilindungi Allah sentiasa...aminnnn. so gambar akan di upload lps balik nanti....

Tuesday, April 27, 2010

BARU BALIK CUTI DARI KAMPUNG

Hmmmm.....aku sebenarnya xplan pun nak balik kampung, tapi tetiba jer hubby aku ajak masa ptg khamis. Terkejut gak aku...hehehe..kan aper yerlah wpun kampung aku xlah jauh sangat tp aku klu balik kampung suka amik cuti leh lama sikit kat kampung. Aku ade rasa cuak sikit la sbb aku baru cuti dua hari demam pastuh isnin nak cuti lagi , jummaat nak cuti lagi. hehehehe last aku gamble jer minta dgn boss, seb aku baik aaa dia xder halanngan. so aku pun boleh 3 hari.

Dalam pukul 1.20 pgi kitaorg sampai ipoh, dan ckp2 dua tiga patah aku pun terus terlelep kat atas sofa sampai pagi. Elokla aku kat sofa depan hubby aku sofa belakang. Nasib baik dah sakit pinggang aku. Kat rumah MIL xbyk aktiviti yang boleh aku buat sebb kat ipoh pun bandar , ner ader istilah balik kampung kan...Cuma petang tuh aku keluar dgn mil dan fil pergi jln2 ke Green Town Mall. Saje hubby aku nak cari kasut kat fil sbb kaki dia sekarang dah xkuat sangt nak pijak kasut keras. Dalam dorg dok kat kedai kasut aku pi jln2 kat kedai baju dan tudung. Hehehehe aci tak menantu dia pi tempat lain...hehehehe..kira aci la kan.

Pagi Ahad dah gerak ke kampung aku....dalam pukul 10.00 pg dah sampai. Kebetulan pulak adik2 aku kat rumah. Lupa plak sebelum tuh abang aku xleh balik sebb dia baru lepas operate kaki dia sbb jangjkitan kuman. so doC bg mc seminggu aaa. Kebetulan pulak ramai kat rumah mak aku so meriah ler sangat. Anak buah aku Aiman pun dah pandai jalan..kelalkar tgk gelagat baby yg br pandai jalan tp kekuda lum kuat lagi....asyik tumbang jer...hehehehe. Kebetulan keluarga adik ipor aku ader datang plak pagi tuh. So bertambah2 lah ramainyer.

Tetiba ptg tuh cam teringin jer jer nak pg waterfall kat kampung.....hmmmm best dan nyaman betulll, rasda bertahun2 gakler aku xjejak kaki kat sana. lam jgk la kitaorg mandi manda. best betuiiiii....

gambar cam biasa ade kat kamera...itulah rahsia aku mlasa nak amik dgn kamera...malas nak upload. klu dgn hp senang sikit.....so bila2 senang aku masukkan

Monday, April 19, 2010

SAJE - SAJE CUBA

hehehehehe....ni bukan aper saje nak cuba 2 letak gambar cam org len....hehehehe...percubaan pertama




Monday, April 12, 2010

SELAMAT DATANG KE ANGKA 3

Hehehehehe.......alhamdulillah....syukur pada ALLAH yg masih mengizinkan aku menghirup udaranya dan mencapai kebahagiaan di dunianya ini.

Semalam genap usia ku 30 tahun....selamat tinggal angka 2....Aku menginjak lagi ke satu tahun dan permulaan di angka 3.huhuhuhu...betapa cepat masa berlalu...walhal baru saja rasanya aku menjadi kanak-kanak riang, melalui zaman sekolah yang penuh dengan warna warni, zaman dara di waktu pengajian tinggi. hmmmmm semua tuh kekal menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.

Apapun di usia ini aku tidaklah ghairah untuk membuat sambutan hari jadi. Tetapi sebenarnya dlm keluarga pun sememangnya dr kecil kami tidak pernah didedahkan dengan sambutan sebegini. Bila di zaman sekolah( asrama) barulah aku tahu nak ucapkan selamat harijadi , memberi dan menerima hadiah.

Berbalik pada hari ulangtahun kelahiran aku, aku rasa gembira sangat kerana terlalu ramai kengkawan yang mendoakan aku panjang umur, sejahtera, murah rezeki dan bahagia sentiasa. Alangkah bertuahnya aku rasa dan inilah hadiah yang paling bermakna kerana aku menerima doa dari keluarga dan kawan2. Mudahan doa kalian semua dimakbulkan oleh Allah.

Buat suamiku yang terchenta terima kasih atas segalanya...............terima kasih...terima kasih..terima kasih...

Friday, April 9, 2010

SAJE NAK CERITA UNTUK PENUHKAN COLUMN

Sebenarnya dah lama nak tulis tp hari ni baru berkesempatan nak tulis. Baru2 ni kita dikejutkan dengan berita perginya arwah Meor Ahmad Fuad aka Din Beramboi. Sebenarnya bukan apa sebb dia artis@selebriti tu sbb keluar paper. klu org biasa yg bukan org glamer yg masuk paper bila eksiden atau jenayah ....
berbalik kisah arwah tadi... aku act bukanlah peminat fanatik dia. cuma lately ni aku suka tgk program lawak dia mANDI, wUHAI bERAMBOI dan telematch YG ade dubbing sore dia tuh. mmg lawak giler...sampai sakit perut dibuatnyer. Lepas tuh kuar citer budak yang kutuk dia giler2 nyer kat laman facebook. Kalau yer pun xsuka xpayah lah nak kutuk sampai camtuh sekali. org tuh dah arwah dah.....manusia ni kan macam2 perangai....huhuhuhu.
Tetiba aku terfikir camner la perasaan kwn yg hari2 dok dgn dia, dgr lawak dia . tentunya PakNil LA KAN. mesti sedih giler dan terbayang2 org tu ader kat sebelah dia. Tapi tulah sumer tu dan ditentukan oleh Allah. Yang hidup pasti mati..seminit pun tidak akan kurang.