Tuesday, January 19, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN -BAGAN HAILAM SEAFOOD

lepas makan singgah kat tepi pantai sambil2 tengok kapal dan orang memancing


macam biasa tak sempat nak snap gambar makanan...dah habis tinggal bekas jer...

Malam sabtu lepas kebetulan adik aku rosli & wawa ada datang rumah dan ajak pg makan seafood. Jadi kitaorg bawalah diaorang pg makan kat Restoran Bagan Hailam Seafood di Port Klang. haaa ni baru betul-betul jakan-jalan cari makan. mana taknyer Putrajaya ke Port Klang lebih kurang 1 jam jgk la perjalanan. Kitaorang ajak abang aku yang duduk shah alam sekali tapi sia pada kak Ayu dia tak dapat nak ikut sbb masuk keje mlm.
Makanan leh tahan dan paling special ketam ketuk aaa..jangan terkejut klu order ketam dorang akan hantar dengan hammer sekali.he..he..he..he...he..

Friday, January 15, 2010

IMPIAN HAMPIR JADI NYATA

RUMAH CONTOH - TAMAN IXORA (LESTARI) - SALAK TINGGI


Alhamdulillah....akhirnya impian aku hampir menjadi nyata kerana aku pembelian rumah melalui Bahagian pinjaman perumahan telah diluluskan pada 12.01.2010. Sekarang ini sedang dalam proses penyediaan perjanjian dan cagaran. Aku sentiasa berdoa agar perjalanan urusan ku dipermudahkan oleh allah kerana selagi semuanya belum selesai dan nampak rumah dah siap kira belum betul2 jadi kenyataan.

sebenarnya penghujung tahun 2009 barulah aku dan hubby terbuka hati nak beli rumah sendiri. bukan sebelum ni takde keinginan tapi aku sentiasa ambil dan simpan klu ada Flyers atau iklan rumah . Tapi tulah kan hati belum didorong untuk kearah tu. Tapi perasaan tu timbul bila aku pindah ke presint 14 , rumah teres dua tingkat, yang membuatkan aku rasa tertarik nak beli rumah sendiri. Ye la kan selama mana nak tinggal kat kuarters jer. Lagipun aku slalu tgk kengkawan beli rumah..cantik2 belaka.

So....pada mulanye nak beli kat ipoh...tp banyk faktor yang membuatkan aku x jadi beli dan duit deposit pun burn.....tu lahhh sabor jelah. Tapi aku tak putus asa dan aku tekad untuk blaja selok belok dari orang yang ada pengalamn ttg beli rumah nih. Ramai kengkawan yang aku tanya dan orang yang selalu aku kacau adalah 'ALIN'. Anyway thank a lot. Entah camner aku secara tetiba2 ternampak rumah kat taman ixora...mula 2 aku tak suka gak sebab design nye straight jer cam xder seni. itu kata akula..tapi hubby aku suka sebba dia kata modern style mmg camtuh. luar nampak kecik tp dlm luas. Aku cam tak caya jer tp bila masuk dalam rumah mmg tergezuuttt , luas jugak sbb design modern xcuri ruang so digunakan sepenuhnya . actually aku kan faham sesangat kalau sebut pasal binaan, keluasan...he..he....slow sikit. bab2 ni aku serah kat hubby. dia kata luas sbb 1610 kaki persegi, sbb biasanya dalam 1300 jer. Cuma tanah pendek sikit aaaa.

Fikirnyer fikir dan riki tempat lain akhirnya sebulat suare pilih nak beli kat sini. So bermula la episod aku siapkan dokumen untuk nak ader rumah sendiri. Berpeluh jugaklah ulang alik, turun naik, telefon sana sini. haaa...hee..hee baru aku tahu pahit maung nak nak dapat pinjaman rumah nih...tu belum part kejar lawyer siapkan dokumen, pemaju hantar bil, housing wat payment...he..he...he. Mudahan 2 dipermudahkan oleh ALLAH.

Monday, January 11, 2010

hooreyyyyy..merdeka

hmmmm..barulah dapat bernafas dengan lancar ,aman dan sempurna...dah tak semput2 lagi dah. Sumer dah selesai pada 08hb hr tuh.....lega nyer rasa. Weekend hari tu barulah rasa nikamt cuti kat rumah...dah lama xrasa , mana taknyer dah berapa kali weekend asyik kena keje jer. Tuhan ajer yang tahu betapa letihnyer badan nih.Tapi nak wat camner tu sumer perjalanan hidup kita kat atas muka bumi ni kan. Pelbao rencam tapi kita kena tempuh dan tangani dengan bijaksana.

Cadang nak pergi bercuti
Oleh sebab aku dan hubby asyik sibuk memanjang so kitaorang plan nak spent masa berdua..nak pg holiday kat Langkawi pada 22-25/01/2009. hmmm mudahan perjalanan dari awal lancar dan suksess sampai balik .

Friday, January 1, 2010