Thursday, December 31, 2009

SAYONARA~~~~~~~~~~~~2009

Sayonara~~~~sayonara tahun 2009....hmmmm hari ni hari terakhir di tahun 2009 , sekarang ini terlalu pantas masa bergerak.setahun rasa sebulan , sebulan rasa seminggu , seminggu rasa sehari....dannnnn.....

Rasanya banyak perkara yang berlaku pada tahun 2009 dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang hamba allah, seorang anak, seorang isteri , seorang kawan dan seorang pekerja mahupun bos pada anak2 buah aku. Tapi sebabkan terlalu banyak dan terlalu pantas bersilih ganti menjadikan aku susah nak ingat semua peristiwa yang berlaku..he...he...he...

Namun yang pasti segala yang telah berlaku yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan. Semoga tahun 2010 dan di tahun 1432 Hijrah akan menjadikan esok lebih baik dari hari ini .

Thursday, December 24, 2009

AKHIRNYA -REDA BUAT SEMENTARA WAKTU

"cerita aku sebenarnya takde kaitan dengan gambar ni. saja jer masukkan gambar yang menunjukkan family yang tengah enjoy dengan masa bersama"

fuhhh...telah sekian lama aku tidak menjengah blog aku ni. Bukan aper tempoh kesibukan tahap gaban akan datang setiap hujung tahun. So pada awaL until semalam (23.12.2009), reda sekejap untuk bulan Disember. So mulai hari ini sampai 31hb aku just jadi macam biasa taklah jadi workaholic .

Tapi nafas aku akan kembali semput dan jantung akan berdegup melebihi kiraan pada satu saat mulai 01.01.2010 sehingga 08.01.2010. huhuhuhu.....penutupan akaun tahun 2009 telah kembali , aku rasa baru jer settle penutupan akaun tahun 2008 dan 2009 jengah pulak. letih sangat situasi macam ni, tapi apa boleh buat sumer tu kan pilihan aku....so terima jerlah....jangan komplen ok.

Impian sepanjang minggu depaan nak balik awal , klu boleh tepat jam 5.00 petang. Nak juga rasa tgk matahari petang ini asyik nampak bulan jer...he..he... Tapi ada satu perkara lagilah yang buat aku sedih , bila aku xsibuk hubby aku pulak yang sibuk giler babas....hmmmm itulah life kitaorang sekarang ni. Kadang-kadang cemburu tengok orang lain , life dorang xsibuk...ada masa untuk bersantai-santai, paling best waktu petang untuk beriadah. huhuhuhuhu.....bukan sesal tapi sekadar meluah rasa.

Tapi macam manapun ALHAMDULILLAH kitaorg faham antara satu sama lain dan pandai curi ruang waktu untuk Spent quality time together.

Tuesday, December 8, 2009

TRAGEDI RAGUT - TERINGAT LA PULAK

BERITA HARI NI KAT UTUSAN PASAL RAGUT LAGI
tak habis2 senang betui diaorang cari duit, rezeki atas kesengsaraan orang lain. bukan setakat sengsara tapi berdepan dengan MAUT. Kesian kan.

emosi betul aku he..he......yerlahhhh aku dulu pernah gak dalam situasi nih kat Gombak Setia dalam tahun 2002. Tergolek gak lah aku , habis sebelah badan cedera...dek kerana nak menyelamatkan beg aku. he..he... ambikkkk nak tunjuk heroinnnn sangat kan....seminggu aku MC. Parut kat tgn sebelah kanan samapai sekarg xhilang lagi dek terseret kat atas jalan. citernyer cam nih:-

Aku cam biasa dengan besfren aku nih ( nama dirahsiakan atas sebab2 tertentu..he..he)..masa tuh keje kat Fine Mist , pastuh aku tinggal kat rumah kakak dia. Opis masa tuh jalan kaki jer dr rumah ...hari2 rutin yg sama dan laluan yg sama, pergi keje dan balik keje. mana la org tak aim kan. klu nak ikut byk duit...mana ader masa tuh yg ade dlm beg aku harta2 penting jer.
Tapi masa tengah aku dengan melenggang kangkung terasa cam ader moto menghimpit , dlm hati sempat lgi cakap "pehal lak moto nih..himpit2 lak punyer ler besor jlan". Belum sempat abis fikir aku sebenarnya dah terbang atas jalan sebab dok lawan tarik beg aku. Sebnrnya xder niat pun nak melawan tp sebb tindakan reflek..tu yg jadi Tun Teja tuh..hihihi.

Bila aku sedar jer aku dah tersembam dan siap cium jalan lagi, sempat lg aku tgk tempat kwn aku berdiri dengan tempat aku bergolek punyer le jauh moto tuh seret aku . Korang bayangkan lah dah lah hr tuh aku pakai baju kurung....tp yg anehnya baju tak terkoyak sikit pun....yg koyak cuma kulit aku.....waaaaaaaaaa....adesssss baru rasa azab terseret camner...

Pastuh yang kawan aku ni plak lama jgk aaa dia terkaku tgk pe yg jadi...tgh pikio gamaknyer ni pilem ker, drama ker atau mimpi.....he..he...he... sabor jerlah sore dia pun langsung xkuar . Tp yg sedihnya kat sana klu jd apa2 org susah nak tolong walhal aku tergolek kat depan rumah ker ms tuh. Tp ader sorang makcik tuh yg tolong aku ...kelam kabut jgk aaa siap soh cepat masuk keta takut peragut tuh patah balik sbb diaorang xdpat apa2.

Kecoh gak aaaa kat opis ms tuh....tergezutt diaorg tgk...aku.... Masa nih airmata berjuraian sedih sbb per tau..aku sendiri pun taktau agaknyer sbb umur aku panjang lagi kot (ALHAMDULILLAH). Kalau ikut jalan tuh sibuk jgk , cuba korang bygkan masa aku tergolek tuh keta berderet lenyek aku .....hmmmmm xkeh nak bayangkan. mas tuh klu xsilap cuti sekolah tu yg jalan lengang.

Kebetulan opis dkt dengan balai polis pg wat report, polis ckp kat situ mmg biasa tempat ragut sbb aku xder barg hilang so xderlah statement diambil ms tuh. klu tidak mesti Front Page kan...he..he...he....

Sunday, December 6, 2009

TAHAJJUD CINTA

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

hmmmmm...menusuk kalbu betul dengar lagu nih...paling menyentuh jiwa lirik akhir "Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud"

Wednesday, December 2, 2009

BALIK KAMPUNG

ni gambar masa suasan pagi dalam pukul 6.45 pagi. cantik kan...damai jer suasana dia. ni kat kampung Lekir, Setiawan kampung Mak Mentua aku.

Masa raya kedua aku balik kampung sebelah Hubby kat Setiawan dgn mak dan abah sekali. Sebelum tuh kitaorg nak jenjalan kat Lumut. Tapi xder rezeki sbb parking xder dan org terlalu ramai sampai xde tempat langsung nak park. Cadang2 nak lepak kat tepi laut.hmmmm hampa gak ler. Dapat snap gambar yg kat atas tu jer.

Hari tu aku snap dalam rumah kali nih aku snap gambar dari luar. Aku pun ader impian gak nak dapat rumah macam nih...hihihi xtahu ler bila. Tp happy mak ayah dapat duduk rumah yang cantik cam nih.


Anak2 buah aku, termasuk lah bapak budak dan si suami sama naik dengan anak2 main bot/ sampan kertas. Tengahari raya hujan turun sampai petang. last2 ni lah aktiviti diaorang. Habis2 pun lepas penat makan juadah raya.

Ni masa sebelum pergi sembahyang raya, sebab asyik sangat jadi jurufoto sampai lupa nak tangkap gambar sendiri dan perasan tak gambar pompuan sumer xder. Raya Haji kali ni xramai Mak , ayah , abang yang sulung, yg no.2 &family dan semestinya aku dan hubby je yg raya kat Lawin. Adik aku Rosli raya kat Kuala dan Wan raya kat Penang.

walaupun ahli xcukup tp tetap meriah cuma xde sape yg rajin amik gambar..ha..ha..ha..alkaedahnya ni jer yg ader.

juadah raya pun kitaorg buat mee goreng dan mihun goreng ..xlupa ketupat palas dan rendang.