Friday, August 28, 2009

DUGAAN DI BULAN RAMADHAN

Hujan xberhenti2 sejak bulan ramadhan nih........alahaiiiiiiii ... semalam aku balik dari opis, terkejut gak sbb tgk 2 poko tumbang depan rumah sani dengan rumah wan. Masa tuh dah terfikir dah selasmat ker tak pokok kat rumah aku nih. Klu tumbang kat atas jalan cam rumah dorang tu xngape ler...watnyer tumbang kat atas keter......hmmmmmmm lebur rrmmmm jawabnyer.

Di pagi yang hening lps sahur hujan turun lagik... dalam pukul 6.30 pg sambil hubby tgh bersuap2 nak pg kerje tetibee dgr bunti prakkkk.......ah sudah...entah2 pokok tumbang hempap keter. Berlari kitaorg kat tibgkap bilik depan.....huhuhuhu...mmg tepat sekali sangkaan hubby pokok tumbang timpa keta kancil. aduiiiii ....cepat2 kitorg turun bawah nak tgk pe jadi dgn keter. Hubby terus tukar baju aaaaa maklumlah nak tebang pokok..kang xleh kuar plak dah kawasan rumah sempit.

Kat rumah mana ader parang /kapak/gergaji yg ade hanhalah pisau besor..bayangkan lah hubby aku pootng pokok tuh dgn pisau jer...bila nak sudah. At last dia call zul (suami eliz) minta tolong ...aderlah dia bawak parang...pastuh nasib baik abg hassan bawak kapak. dah diaorg pootng dahan barulah ubah pokok dari keter. Nampak jer pokok kecik tp xlepas nak angkat sorang. Alhamdulillah lps angkat tu cermin keter xpecah cuma calar sikit..agaknyaer sbb pokok tumbang atas tembok tu yg selamat sikit keter tuh...klu x....penpaham jerlah.

Sampai pukul 7.30 gak lah ubah pokok tuh...aku tukang tgk ajer..he.he..... tp camner pun hubby still xbawak kancil hari nih sbb risau jgk luaran jer nampak ok kat dalam xtahu. Kebetulan kancil kat belakang klu gen2 mahu besar lagi kosnyer nak repair. apepun syukur walaupun teruji sikit kitaorg redha jerlah. Mungkin ader hikmahnya kejadian tuh. Lagi satu aku terharu dgn kejiranan baru aku nih yg mmg prihatin nak senang nak tolong menolong.

gambar xsempat snao sbb tgh panik

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah....syukur dah 4 hari kita umat islam berpuasa...maknanya berbaki 26 hari sahaja lagi bulan ramadhan. Aku sbnrnya suka dlam bulan ramadhan nih , bkn sajer poser tp byk perkara lah esp...kat tempat kejer...xderlah byk sgt meeting nyer..klu ader pun abis cepat .
Lepas tuh xyah nak masak beriya2....he...he... ni part yg aku suka sngt.

1st and 2nd poser hari tuh aku berposer dkt kampung......mmg besh aaaa pose kat sana tahu jerlah airtgn mak dn MIL aku....wallllaaaaaa mmg best giler. so tercapai la hasrat nak sambut poser dgn diaorg.

Terawihhh.....hmmmm aku terawih sorg2 kat rumah, sbb hubby ade kelas, pastuh surau jauh lak. Apsal lah rumah teres xdisediakan surau..hairan betul aku. Takut la plakk nak pg sorg2. Takperlah kat rumah pun yg penting ikhlas nak buat ibadat ... ye tak.....

Aku juga berharap ramadhan kali nih penuh dgn keberkatan dan dimurahkan segala rezeki...aminnnn. th lepas aku xdpt nak khatam sempat sampai juzuk 21 jer sbb poser pun 21 hr jer. Kali ni dpt xdpt kena rebut peluang juga peluang.

Friday, August 14, 2009

TAZKIRAH - 100 HARI SEBELUM KEMATIAN

MOGA DAPAT MEMBERI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA....


TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

"Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI"
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"TANDA 7 HARI"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI"
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI"
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"TANDA AKHIR"
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


BUAT RENUNGAN SEMUA

Wednesday, August 12, 2009

MY HUBBY - DEMAM

Menakutkan lah dgn wabak H1N1 sekarang nih...nauzibillah. Ya allah selamatkan kami dari jangkitan penyakit berjangkit ..amin.

Dua hari aku EL...mana taknya pagi isnin hubby aku tetiba diserang demam...batuk dan selesema. Aku pun dah jadi kalut sbb dia mmg xlarat bangun dan panas badan. So cuak jgk at last aku msg boss aku lewat masuk nak bawa hubby pg klinik. korang caya tak aku mmg selama nih xpernah pg klinik putrajaya tuh sbb klu aku dmm aku rela soh hubby aku klinik panel sbb aku xlarat menunggu.

Tapi sbb kan takut jgk so aku bawa hubby pg klinik putrajaya.....masyallah...oraaaaangggg punyer le ramai....pastu masa ambik nombor aku dapat no 2447 MS TUH patient yg doktor jumpa no 2089. huiiiiilkkkkkk pkl brapa leh jumpa doktor. Aku tgk hubby dah xlarat sangat dah. ini yg demam tambah demam yg xdemam pun leh demam nih.

So fikir nyer fikir aku ckp kat hubby kat mana lagi klinik panel. so kitaprg pg kat Pusat rawatan islam azzahrah bangi. Mak aiiiii kat sini kena tunggu dalam 200 org lbih kurang 3-4 jam. nurse tu ckp skrg nih pgi klinik mana2 pun sama. Ya Allah mudahkan lah urusan ku Ya Allah. xperlah aku dah xder pilihan, kena tunggu jgk.

Aku sian kat hubby sbbnya tempat duduk dah xder. aku faham sangt kita klu demam nak baring jer. tp alhmadulillah masa saringan temperature xsuspek h1n1. dalam 3 jam jgk baru dapat duduk kat sofa...elok xpanas bontot dah panggil nama. lega..dalam 2minit dah kuar.....aiseyyyyy tunggu 3 jam lebih....check up 2 minit jer...xperlah. xhilang lelah aku .

So dah amik ubat dalm pukul 3 lebih br balik. Ya allah yg menunggu pun rasa dah nak demam ...xlarat dah aku nak masauk opis aku bgtau aku amik cuti dan esok pun sama klu demam xkebah lagi.

Alhamdulillah ptg selasa dia dah laarat sikit nak bangun, so pagi td dia kata laarat nak pg opis. so maknanya dah sihat lah tuh.

Wednesday, August 5, 2009

Novel baru lagi


daaa.....ni koleksi yg terbaru yang aku beli...so far lum abis baca lagi. Kesibukan melanda so xboleh nak bersantai2 sambil baca novel. apapun aku enjoyyyyy

Tuesday, August 4, 2009

CUTI BALIK KAMPUNG

ni last weekend cam biasa dah lama xamik dorang, so hr sabtu aku dan hubby amik dorang kat rumah dan petang tuh dia ajak aku pg main kat taman. korang pun dah boleh agak pergerakan yg terlalu pantas yg susah aku nak tangkap gambar. at last itu jelah yg aku dapat snap.


daaaaa.....ni aiman lah...dia dah besar ...dah 2bln +++. Kebetulan masa aku balik kampung dorang pun balik gak dapat lah aku jumpa anak buah aku yg sorang lagi nih...geeerammmm aku tegkkk pipi dia tuh. tembammmm betul

inilah rumah baru yang sedang dalam pembinaan.....jangkaan raya nih boleh lah duduk ..he...he... xkan nak bersempit kot....


Tarik nafas dalam 2, maklumlah dah lama xupdate cerita. Sebnrnya minggu lepas aku mmg sibuk d' giles dgn keje yg mmg nak menjerut leher jer . Masakan tidak, sampai the whole weekend , maknanya kerja 7 hari seminggu tanpa henti. heeeeeeee tolonglah ingt aku ni robot ker..yg xder perasaan penat. Tp robot tuh pun tahu penat dan letih gak..sbb mmg dia xckp tp bila dia penat samada dia berhenti beroperasi atau rosak.


Atas sbb aku nih penat sangat aku minta cuti dari hari khamis walaupun aku nak balik kampung pagi jumaat. Padan muka dorang...ambikkkkk korang. sekarang kat kampung tgh musim buah2an....wallaaaaaaa......bestnyer...tp bila dah sampai bwh pokok idok ker beriya nak makan nyer.

Masa balik hr tuh kitaorg terpaksa bersempit kat ruang dapur sbbnya rumah separuh dan rumah felda totally telah diruntuhkan oleh adik aku....he...he..., maknanya dia buat rumah baru la kat mak ngan ayah aku. so xderlah lagi rupa rumah felda yang asal. lg satu dah relevan takut runtuh plak nanti maklumlah dah 21 thn usia rumah tuh. tp yg benornye sbb dia nak kawin ujung tahun nih tuh sbb wat rumah baru..he...he....