Thursday, April 30, 2009

esok cuti - tak sabar rasanya

bestnyer..........xdpt nak gambarkan , aku nak rehat betul....sejak pindah ni hari minggu aku dipenuhi dgn mengemas...letih betul. Kali ni aku nak cuti betul2.........tp tu lah nak pg mana ek...sbb hubby ada test plak hari ahad nih.

Wednesday, April 29, 2009

wajah rumah baru




sbnrnya aku xabis touch up lagi rumah kami yag baru pindah tu, masih sepah lagi. Tapi aku aku amik gak gambar . Cuma tingkat atas aku lum amik gambar sbb mmg totally lum kemas. Cover kat tingkat bawah je. So cantik tak...layan......tp ala2 fotokopi jer dgn rumah lama...klu pasan aaarr









NAPER PETANG NI BORING DAN XDER MOOD

Ya Allah ....boringnya petang nih . Camni la klu hujung bln closing Account.....payment dah kurang. Camna ekk klu pindah kat trempat kerja yg xbyk keje....eeeeee xleh nak byg . Ini pun aku dah cam kucing nak beranak gelisah .

Sbnrnya ader benda nak wat tp aku xder mood aaarrrr....pleaseeeee help me

CUTI 3 HARI - APA NAK BUAT EK?

Yeahaaaa.....jumaat cuti hari buruh bestnyer so that means 3 hari ler cuti bila tambah cuti weekend. Sukanya aku, kali ni kitaorg xbalik kampung sbb hubby nak exam, pastuh nak pg berubat kat rumah Maklong. Sonoknya aku ada plan sikit

1. Nak pergi jalan2 ke SSF nak cari bunga untuk hiasan rumah.
2. Nak ajak hubby celebrate birthday kitaorg yg xsempat nak sambut sbb bz dgn urusan pindah rumah.( cuma xfikir nak celeb kat mana....hmmmmm mana yg best ek)
3. pastuh aktivitti tidooooo...rehat......makan.......huahuahua

Dah ok

Semalam aku balik rumah awal juga, ssampai jer keta abang dah xder, rupanya abg dah pg kelas. Ingatkan sempat kot la dia nak bwk Gen2. Tp xperlah sampai jer aku terus mandi sbb aku dah smyg kat opis. pastuh terus iron baju....kan aper kang lambat2 mata ni asyik ngantuk jer.

So far alhamdulillah semlm aku rasa dah xder apa2 yang seram. Agaknya perasaan aku je kot. Yerlah aku xnak la takut atau xselesa kat rumah sendiri. Kita kan nak duduk sehari dua jer.

Tuesday, April 28, 2009

JAMUAN PERPISAHAN

Hari ni pkl 3.30ptg ada jamuan perpisahan En. Kenny dan Encik Mohd Shah kerana bertukar ke tempatbaru. Masa mula2 aku atang en, kenny la tempat aku baut rujukan sbb dia mmg org lama yang penuh dgn pengamlaman dan ilmu yang luas berkaitan hal pentadbiran , servis dan kewangan. Rugi sebnrnya dorang xthn dia supaya xkuar dr sini. Apapun mmg dah tertulis yg dia akan kuar dari bhg ni. Anyway both of you, hopefully success at new department.

semalam yang agak seram

Sbnrnya aku bknle nak wat citer....tp setelah dah duduk seminggu baru smlm lah aku nyer perasaan ader lain mcm sikit . Seblum ni xder apapun, tp smlm aku mmg tinggal senssorang kat rumah..hubby pg class. Lps je smyg dan ngaji aku pun turun bawah..ingat nak iron baju tp xjadi sbb hubby soh masak nasi nanti klu2 dia mkn lps balik kelas.

Masa kuar bilik pun dah rasa lain je..tp aku stilll kuatkan semangat, pas dah siap basuh periuk yg hubby masak spageti dan dapur pun dah clear ..ingat nak iron baju, tp cam rasa lain terus xjadi. So aku tgk tv kat ruang bawah....nanti nak tido br iron baju kat bilik atas. Masa tgh tgk tv aku tetiba terdgr bunyi camna nak citer ek....lebih kurang klu pintu atau papan dihempas ke lantai cam tuh. Terkejut aku pastu wat xtahu dan still leh ckp agaknya wan( jiran sebelah aku) sbb dia baru pasang aircond. Tapi dlm aku dok tenangkan diri leh dgr plak bunyi hentakan kaki org berjalan kat tingkat atas. Takkanlah kot...aku dok imagine anak Kak LA jiran sebelah kiri kot tgh dok main kat atas. Oklah tetiba aku teringat plak yg ayah aku ckp dinding rumah dorang wat double so maknyanya kita xkan dgr bunyi dari rumah jiran sebelah kecuali yg kuat sangat lah. Ya Allah kuatkan semangat aku....aku kan aper risau klu ader org masuk ikut syiling rumah ker.....mcm2 aku fikir nih. Insyaallah xder ape kot sbb pintu tingkap sumer aku dah kunci dgn mangga. lps tuh aku fikir lagik klu makhluk tu plak...aku siap pikir sama2 makhluk Allah jadi allah lebih berkuasa atas segalanya. Siap doa kat Allah jauhkan aku dr segala gangguan syaitan dan iblis dan segala kejahatan manusia.

Dalam pada aku tgk tv tetiba mata nih ngantuk la plak....sambil terlelap tuh aku dok tunggu lah hubby aku balik , dah pkl 10 agaknya hubby br abis test atau dah on the way. Dlm dok mamai tuh tetiba dgr bunyi kunci dibuka. Terus aku bangun dan buka pintu......fuhhhh elga hubby dah balik...tp aku xckp pun dgn hubby pe yg aku alami. Aku klu ader hubby walaupun dia kat bawah aku kat tingkat atas...aku boleh thn lagi. Tapi aku harap lps xder lagilah perasaan cam tu timbul. ku nak tenang, berani dan selesa kat rumah sendiri.

Citer pasal lain la plak..smlm CC Nazilah der kasi aku sepasang baju pasang....cantik kaler dia. Present org baru balik dari bandung. Fesyen pe la kau nak wat..teringin nak wat kebaya tp xconfident sbb bdn pun cam tong drum...hua..hua

Monday, April 27, 2009

Yeah-teruja jumoa kawan lama

Shima.....kawan aku dr sklg lagi...finallly aku jumpa gak...cam xcaya dapat email drp dia. Tp dia lum bls lagi cuma yg aku tahu dia skang tinggal kat medan ikut hubby dia.

isnin - cam biasa 'mONDAY bLUES'

hE......HE.......sumer org tahu....

Ahad - kemas lagi

Pagi
Hari ni pun sama2 pepagi lg aku dah bangun dan wat breakfast..hari ni aku masak Garlic Bread, Sup Cendawan dan telur hancur. Pas bf hubby sambung study sbb Isnin dan Selasa ader test. Aku sambung kemas rumah sampai pukl 1.30. Hubby pun tolong sbb dia kat xleh nak study. Penatnya tp puas hati sbb rumah dah lawa. CUma tinggal brg2 dlm store jer. Xpoerlah yg tuh pelan2 tgk kotak .

Petang
Bayangkan kitaorg kemas rumah sampai petang , aku aper pun xmasak lagi utk tghhari. Adoooiiii letihnya. Lps mandi wlupun letih aku ttp masak tuk hubby tp satu menu jerlah ayam measak merah. Lagipun bhn2 dah siap tinggal nak masak jer. Dalm pkl 2.30 dah siap dan kitaorg sbnrnya penat pelagi lelap lah sekejap. Bukan leh tido pun...dalam pkl 4.30 dah jag balik...aku br terasa lapo dan join hubby mkn. lps tuh sambung lipat kain baju. Aku ajak hubby basuh keta. Semangt yuuuuuu. Seumur hidup aku dan sejak aku ader keta mana pernah aku basuh keta. Semlm tuh kira dlm sejarah gak lah. Tapi just pegang getah paip jer...yag cuci ttp hubby tersayang.

Malam
Lps mandi aku terus iron baju...kang dah lewat aku malas plak. Sambil tgk tv tetiba ku teringat something... YA ALLAH YA TUHANKU.....hari ni Hari jadi abang. Aku xpernah lupa tp dek kerana penat terus tak ingat. Smmlm hphone dah beep kan reminder pasal bitrhday abang. Aku terus minta maaf sbb xucp pun. Rupanya dia pun senyum sbb dia sendiri pun xingat. Kitaorg sama2 ketawa. Xperlah minggu depan cuti 3 hari kitaorg celebrate. hr tu birthday aku pun lum celebrate lahgi...eelok lah wat sekali.

My Beloved Hubby
Selamat Hari lahir, Moga dipanjangkan usia, dirahmati Oleh Allah sentias, dimurahkan rezeki dan kekal kasih sayang kita hingga akhir hayat.

PENAT PINDAH MASIH ADA

Aku skang xleh nak update blog pd hari cuti sbb Telekom kena masa nak pasang streamyx kat rumah baru. xperlah, so citer wekend kena rangkum pd hari isnin lah. Mcm biasalah hari cuti minggu aku dah siap plan nak habiskan kemas barang2 yang dalam 2 bilik depan tuh, ruang kat tingkat atas. Bayangkan rumah nyer luas tapai sbb barg2 x dikemas dgn betul nampak la sempit dan seleraknya.

Hari Sabtu
Pagi2 lagi aku dah bangun wpun sbnrnya aku klu ikutkan dgn akan sambung tido lps sbyg suboh. Tapi lately dan sejak pindah rumah baru semangat plak aku bngun awal. Mungkin sbb tuh org ckp hijrah itu perlu dan mungkin ini hikmah aku pindah rumah baru wluon letih dan penat. Sementara tunggu hubby mandi dan bersiap aku sempat kemas bilik sebelan kiri dan xsangka dah siap. sbnrnya xbyk barg pun bantal dan toto jer. Hubby hari ni ader exam muet kat Presint 8. Itu yg dia bangun awal gak. Lpas dah siap diri aku antar hubby kat depan pintu dan lps aku kyutip baju2 dan kain2 yang perlu dicuci. Hubby pesan soh g pasar wal2 sementara masih pagi. SAmbil aku masukkan kain dlm mesin basuh aku pun naik atas bersiap. Dalam pkl 8.00pg aku kuar g pasar, dasat tuh jalan pun lengang lagi. Aku kena pg awal dan balim awal sbb hari ni aku tunggu Pos Laju( bungkusan) dan Mr Piew(Kontraktor) nak repair sbb syiling bili air bawah ader watermark..maybe bocor atau apa kau xtahu. Dalam kul 8.45 pagi aku dah sampai rumah...sekejap jer aku pg. Hari ni aku bali ayam separuh, udang. sotong dan ikan keli. Cukuplah untuk dua tiga hari kot.

Aku breakfast sambil baca paper and sambung lagi kemas apa yg patut. Dalam kul 9.45pg bungkusan pun dah tima, pastuh Mr Piew sampai dan check kerosakan ...dia ckp xleh wat sbb dia kena bawak mesin(aku pun xtahu nak sebut), so dia janji santu depan dia akan datang repair. So appoinment dan settle. Aku cadang nak masak awal hari ni. tup2 kebetulan hubby aku tpon kata kawn2 dia nak datang utk diskus assignment. Aku pikir2 nyer pikir pe nak masak. Last2 dapat idea masak kari udang + kacang panjang , ikan keli goreng dan ulaman+budu. Ok tak....Dalan pukul 12.30tgh abang dan kwn dia sampai masa ni aku tgh susun kasut kat rak. Lpes tuh terrus hidag utk makn tghhari. Habis mkn aku terus naik utk mandi dan sambung lagi kemas bilik sebelan kanan. Sampai kul 3 jer aku berthn lps aku ngantukkkkkkk sangat dannn.....zzzzzzzzzzzzz kat bilik aku....nyamannyaer dgn angin yg kuat , best betul . Sampai kul 5ptg aku tido...tu hubby yg kejut klu tak...sendiri mau ingat lah. Aku dah lama xrasa tido petang sejak sibuk pindah nih.

Lepas tuh hubby ajak kuar g econsave cheras cari brg rumah. Seingat aku lah dah lama kitaorg xberli brg. Nak jadi cerita nilah peristiwa yg aku xsangka dan xpernah jd pun kat aku. Tapi nak wat camner.....org tua2 dah ckp sediakan payung sblm hujan. Citer dia camnih....masa on the way tuh aku dah ingatkan hubby yg kena kuarkan duit sbb cash kat tgn xcukup rasanya.tp hubby ckp xyah kita pkai kad jerlah. Nak jadi cerita masa kat kaunter bil dalam RM286.60 ...kitaorg xpernah beli sampai camtuh paling tinggi dalam RM 160.00.tAPI KALI NIH SBB campur dgn brg 2 untuk rumah baru, tu yg cecah 2x ganda. Aku pun hulurkan lah kad....alamak kad xeh guna mesin tak terima...hubby aku pun bg kad dia pun sama...last2 aku tanya hunbby casah dia adser 200 akau lah 50....mana cukup. Tanya kat cashier tuh kat mana ATM... aku pun pg...arggggghhhhhhhhhhhhh wat pasal dah atm pun kehabisan duit....geraammmm nyer aku. Aku dahy naik malu org dah ramai mesyi dorang pikir xder duit tp nak belanja........( dlm hati ckp aku ader duit lah). Last 2 dekat satu jam kitaorg kat kaunter alih2 tolak satu brg baru leh byr pakai cash. ishkkkkkk lain kali ingat nak bernelanja mesti kan kuar duit dulu xleh harap Kad....kan nyer betul chip atas kad xsumer mesin leh baca. Adooooiiiiii akan aku ingat sampai bila2.

Sampai rumah dalam pkl 8.30mlm. terus masak nasi sbb lauk ader lagik..hubby pun lapo. Cadang nyer nak mkn kat kuar tp sbb pintu xtutup cuma Grill jer yang kitaorg kunci sbb ingat balik awal. Dah lps mandi aku susun brg2 tuh. Sambung tgk tv sampai pkl 12.00tgh mlm

Friday, April 24, 2009

TERINGAT ZAMAN MUDA-MUDA

Hari ni buka FB , nampak lak Kak Jed Tagged gamba masa zamn sekolah. Rasa cam Form 1@2 jer. Kurus betul aku masa nih....klu nak banding dgn zaman skang. Nanti kalu ader amsa nak scan gambar masa zaman budak2.

Jumaat yang tenang dan damai

Hari ni aku rasa tenang dan damai sikit selepas bbrp hari yang amat huru hara...mungkin inilah hikmah hari jumaat bagi penghulu segala hari. Mudahan akan tenang dan damai hingga ke petang.....insyaallah.

Aku ingat nak sambung sikit cerita yg bbrp hari aku xsempat nak update. Hari sabtu lepas pada 18.04.2009 secara rasminya aku selesai berpindah dan mula tinggal kat rumah baru di Presint 14 tuh. Masa malam tuh tidur pun kurang selesa sikit sbb tempat baru dan berubah tempat dan yang tak tahannya panassss sanagt. Mak dan ayah sampai turun kat bawah tidur, dorang xleh nak tido kat atas. Hubby pelagi ckp xleh jadi mesti kena pasang air cond jugak.

Aku pulak cam tido 2 ayam jer sbb masih ader rasa takutlah sbb teringat cerita jiran sebelah yang bbrp hari sblum kitaorg pindah rumah kat baris kitaorg kena pecah masuk 3 org jahat. Itu yg wat aku xlena tido..pelagi pikir semua pintu dan gril xbeli selak dan mangga lagi. Ya Allah tuhan jer yang tahu perasaan hati waktu ni. Tapi aku doa banyak2 mudahan allah lindungi kami sekeluarga dari segala kejahatan manusia dan gangguna syaitan dan iblis.

Masuk hari ahad....pagi2 dalam pukul 4 pagi aku dah jaga...tulah rasa cam xtido jer. Kalau ikut penat dan letih mesti tido lena xhengat dunia tp aku xmahu tido plak. xperlah hari ni pelagi aktiviti mengemas dan cari barang2 yag patut..dapur yang kena kemas dulu sbb nak masak. Semalam sian dorang tido langsir jarang sbb aku xpasang langsir yg warna coklat tuh. Hari ni mesti kena bagi sempat jugak pasang langsir tu, biar gelap sikit.

Aku happy sbb mak dan ayah datang nak tolong aku pindah dan kemas barang...terharu sbb dorang sanggup berkampung 5 hari kat rumah aku. Amat dan anak2 buah aku yan cumil2 tuh semangat gak. maklumklah dorang senang main2 kat luar klu tidak tgk melaui tingkap jer.

Hari ni dah masuk seminggu dah aku tinggal kat situ dan aku dah mula rasa selesa duduk rumah tuh. Tido pun dah lena ..ha..lupa nak ckp kami pun dah pasang air cond ...hari rabu . So skang tido dalam bilik yang nyaman sangat. Tap sendiri mau ingat bil elekrtik lps nih. Tp psg masa tido jer.

Thursday, April 23, 2009

HURU HARA

entahlah susah nak ckp aku kannyer nak campur adukkan hal peribadi dgn keje tp aku btl 2 xsangka skrg ni lg dasyat drpd dulu punyer tekanan. yelah aku pun penat pindah xhilang lagi ...tp xleh nak nafi hal peribadi xleh bawa ke tem;at kerja. Sampat kat tempat keje jer dahlah kena buat benda yang dokumen lum lengkap...ya allah ya tuhanku...aku betul2 xfaham. mana pgnya slogan integriti, akauntabiliti porses cepat tanpa mengabaikan prosedur. sumer tuh utk level2 aku je kot. apa yg dorang nak kejar sbnrnya. cubalah keje spst flow yg sebnr. bknnya kita xbuat ...dah keje kita kita tahu xpernah lambat pun. YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSAKU YA ALLAH, SEJUKKAN HATIKU YG SEDANG MARAH INI DAN BUKAKANLAH PINTU HATI MEREKA KEARAH KEBENARAN.

Tuesday, April 21, 2009

PENAT NYA PINDAH RUMAH

Aduhhhh....sakit betul badan2 nih....tu pun xabis lagi angkat dan kemas brg2. Semalam mak, ayah, ang man dan uli dah balik tp pg rumah amat, pagi ni baru gerak ke Grik.

Dah lama rasanya aku tinggal blog nih....waalupun br 4 hari jer aku xupdate cam dah lama sangat, Lepas ni lagi ler. Sbb hubby br pg telekom utk tamat stremyx kat rumah lama dan br nak instll kat rumah baru. Berzaman ler jawabnya xder internet kat rumah.

aku act tgh bz sgt nih ...nak cerita panjanggggg sangat tp xsempat lah sbb nak siapkan unjuran bajet dan ptg nih ade meeting exit audit plak. nanti aku sambung lagi ek

Wednesday, April 15, 2009

rasa nak cuti jer

Aku klu ikut nak jer aku redah cuti dr hari ni. Tp aku ni pun kategori staff yg btagunjwb jgk, fikir gak psl kerja byk dan xder org nak cover kejer aku. En. Kenny pun hr ni last, besok dia dah lapor diri kje jpa. Sian aku batch alam sumer dah tukar kecuali aku. Boss xnak bg aku tukor. " saya baru dan perlukan org lama". Sampai bila lah agaknya dorang nak simpan aku. Sok2 dorang yg naik pangkat aku jgk kat sini.

Tapi malas aku nak fikir, yang penting +ve thinking dan hidup mesti ceria. Kalau dah tertulis satu hari aku tuko jabatan lain xder sapa leh halang. Ye tak

Berbalik psl nak pindah rumah ...barg still byk lagi xkemas. Abang dah cuti mulai hr ni. Aku pun klu ikutkan hati nak jer cuti hr ni. Tp nanti dorang pasan plak aku cuti lama. arrrggggggghhhhh camner ni. Aku suka klu pg beli brg2 rumah ...alaaaa kannyer bbrg besar ...brg kecik2 jer. nak coottitiiiii

Tuesday, April 14, 2009

hari yang bz

hari ni nampaknya cam bz sgt.....tp apapun sempat update blog. Smlm pas maghrib sempat lagi 2 round wat sauna..best giler. Maklumlah weeken d hr tu x sempat bz dgn kemas brg nak pindah.

diskusi psl bajet ajer dah mkn 1/2 hari.....

Monday, April 13, 2009

weekend yang amat penat-Ahad

Pepagi lagi kitaorg dah susun brg, hubby wat keje punyerlah cepat....he...he....dah byk kotak yg dia kemas. Aku thegeh2.

dlm pkl 10 kitoarg gerak dgn dua kete, aku cam biasaler bwk gen2, hubby bwk kancil. ssampai kat sana terus punggah barg dan mula kemas dan susun perkakas kat kabinet dapr. Selesai dah tp xder brg dah nak susun.

dlm kul 1.00 abang dan Amat p lagi amik brg. dan kitaorg dok kat rumah ni smapaimkul 4.30 ptg. Langsir sementara dah siap pasang. Balik rumah P9, Ya Allah penatnya hanya Allah jer yg tahu. Rumah ni jgn ckp ler tongkang pecah pun kalah. Tp adat ler kan org nal pindah umah.

Mak ckp dia nak dtg ngan ayah dan uman(Abg sulong aku). Bestnyer dorang nak dtg. xsabo nak pindah umah dan duduk rumah baru.

weekend yang amat penat-Sabtu

Pagi2 lagi kitaorg dah bangun cam ms nak keje walhal cuti, ni kan aper kes nak cuci rumah baru lah. Lps amik kunci hr tu ( Selasa) lum sempat nak cuci rumah. Bila xcuci camner nak angkut barg2.

Pas gi sarapan kat dapur Mas, terus pg rumah. Sampat kat tekezut sbb ada khemah polis lak tu..pehal lak ni. Rupanya jiran sebelah rumah....Kak La dan hubbynyer xingat nama wat kenduri tahlil pindah rumah. Kitaorg berkenalan2 dan sembang2. Oklah rasa cam best dpt jiran bebaik...tp yg paling best hubby dia polis. seblah rumah ader poli s, depan rumah pun ader poli(hubby eliz).

Diaorg ader jemput kitaorg. Segannya dah pakaian cam nak jogig nak pg kenduri tahlil.Tp positifnyer kitaorg xtahu. xperlah kitaorg pun start lah projek cuci rumah. 3 x round jgklah hubby aku mop lantai , baru air nyer putih jernih klu tidak cam air apae tah..warna hitam.

Kitaorg selesai dlm kul 1.30, tp tahlil baru selesai dan tetamu br nak mkn. alamak segannya nak balik kang nampak sgt x beradap plak. Kitaorg rehat jap kat atas , lebih kurang kul 2 dah reda kitaorg wat bodoh jer jln kat kereta. Skali dgr Kak La panggi utk mkn. sbnrnya perut mmg keroncong giler tp sbbmalu tu yg rasa nal balik tuh.

utk tidk dikata jiran sombong dan xberadab aku dan hubby pun join ler mkn....perut mmg tgh lapo dah disua nasi pelagi pelahap jerlah. Sampai rumah lebih kurang kul 3ptg. Adoiiiiiiiii penatnya. Punyer la letih dan ngantuk giler. cdg petg nak nagkut brg tp hubby ckp xjd hari ahad plak sbb letih lagipun troli xamik lagi dr rumah Amat kat Shah Alam.

Ptg tuh hubby amik troli dan xdsangka2 dia bawa balik faiz dan haikal. Alamak kan xsuka dorang dtg suka sgt...tp xkena time ler. Nanti xjd nak ngemas plak.

11.04~~besday aku yg ke-29

Hari Sabtu lepas genaplah usia aku 29thn. huhuhu ini maknanya di ambang 20an. xder ape sambutan pun just dapt wish dr hubby dan kengkawan.

jgn salah fhm plak kannyer hubby xnak wat apae2..cuma thn ni ms xmengizinkan nak wat sbb kitaorg sibuk mengemas sbb nak pindah umah baru.

happy besday tu you

Friday, April 10, 2009

dapat kad besday

Pagi tadi nampak abg zainol..ingatkan antar surat...rupanya aku dapat kad besday dari big boss Bahg Kew & Pmbngn...dari SUB....Agaknya kelab mmg bg kat sumer ahli kot. Terima Kasih tuan

Act besday aku esok.

Thursday, April 9, 2009

hobi baru

Nak tahu ape hobi baru aku....ha..ha... Skang ni sejak hubby aku belikan alat bersauna..aku dah mula rajin berjinak2 dengan sauna kat rumah.

Yelah aku ni mana ade masa nak nak bersukan sejak dah lama dah. So rasanya dah lama sangat peluh xkuar cam aku aktif ms zmn sekolah dulu. Memula cam takut gak....manala tahu masuk2 jer dlm sarung sauna panas sampai terbakar.ha..ha,...... tu sumer karut jer.

So mula 1.4.09 hari tu aku dah mula wat 3 atau 4 x seminggu selama 30minit. Tp mmg best sgt mana taknyer peluh kuar cam kita bersenamlah jgk. Pas tu bdn ringan sangat. tp sendiri mau ingat lah lps tu mata mula ngantuk sgt. Maklumlah bdn aku mb byk toksik so tu yg ngantuk sgt.

Mudahan2 aku leh menten hibi ni sbb leh wat aku sihat dan kot2 ler dpt bkr lemak2 degil nih. Chaiyokkkk...chaiyookkkk

Wednesday, April 8, 2009

DAH TENGOK RUMAH

Semalam petang hubby ajak tgk rumah sbb alang2 dah dapat kunci kan. Skrg ni nampak hubby lebih excited sbnrnya drpd aku. he..he... jengg...jeng sampai jerk kat rumah amik masa pilih kunci yg mana, banyak sangat kunci.

Pandangan pertama...bag aku rumah ni mmg oklah ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Cuma bukan lah xpuas hati tp dapur agak sempit klu nak banding rumah apartmet. Bayangkan petak jubin yg aku kira lebih kurang 7 atau 8 jerk. rumah lama xsilap aku dlm 15 petak.

Aku ni klu boleh xnak masak atas kabinet sbb aku ader almari utk dapur gas sbb xcantik lah dan kotor rasanya masak atas tuh. Klu aku letak almari dapr pastu terpaksa share lagi dgn mesin basuh. Pasal mesin basuh pun kena letak kat dapur gak ssbb kat luar xder bumbung . Klu dah letak dua2 ni rasanya tinggal dlm 4 ptak lagi kot ruang anatara rak dapur , mesin basuh dengan kabinet dapur sedia ada. adoiiiii.....ni sah2 xleh ramai2 kat dapur. Sbnrnya rumah ni mmg direncanakan supaya org masak atas kitchen kabinet guna gas melalui saluran dan bukan pakai tong gas.Apa pun aku kena positif, xkan kerana dapur aku nak tolak rumah ni sedangkan dah masuk 4 thn aku tunggu rumah teres.

Bilik tidur...semuanya ok...aku xder bantahan.Bilk air pun ok sbb ada 3. So klu family aku dtg ramai2 pun xder masalah. Cuma bilik air kat bawah syer dgn guess room dan ruang tamu. Kebetulan ruang tamu betul2 kat situ ...tgh berborak ke apaer kuar bau yg xnak plak nanti. sentiasa kena wangi dan bersihlah maklumlah......
tapi aku rasa rumah baru ok kot.

Paling aku suka ada balkoni dan ruang menonton kat tingkat atas. So tv lagi satu leh lah kitaorg letak kat situ. Klu ank buah aku tgk astro aku kena lari naik atas lah tgk tv...he...he..........

Hubby aku ajak pindah dgn sesegera yg mungkin. aku sbnrnya mmg lah nak...tp xsempat nak kemas. balik keje dah penat. Aku bkn boleh bali, sharp cam org lain, dekat maghrib baru sampai rumah. letih. Jadi hari cuti baru dapat mengamas. Aku cadang 17.04.09 baru nak pindah. Ade seminggu lagi nak kemas rumah.

Tuesday, April 7, 2009

Yeahaaa....dah dapat kunci rumah

Aku cadang nak pergi lewat sikit, tp sistem down so aku terus pergi BPH untu, submit dokumen dan ambil kunci rumah baru. Yea..yeaa....best so aku dapat kunci , sungguh xsabo aku nak pegi tgk rumah.

Satu lagi aku dapat ank benih kangkung dan baja. Moralnya nak soh kitaorg nih bercucuk tanam ler. keh..keh...aku ni kan leh caya pokok yg kat rumah tu pun asyik kuning jer daun dia.

Kalau ikut hati skrg jgk aku nak pg.............aku call hubby xjawb pun. xperlah bz kot. i'm waiting

Minggu yang penuh semangat

Mungkin suntikan semangat baru, wlupun xdpt tukar tempat kerja tapi dpt pindah rumah baru pun dah memberi semangat baru :- elemen

  • suasana baru
  • teruja
  • best

Monday, April 6, 2009

RASA MCM XSABO NAK PINDAH

Sungguh xsabo nak pindah dan teruja sangatnak tgk design dalam rumah. Tapi satu lagi lum selesai. TNB xbayo lagi. Aku minta tolong Eliz bayarkan tp xsure la dia dah bayo ke blum. Nak amik kunci nak tgk rumah.

erkkkk....
susahnya nak cari kotak ...camner nak pack brg2 nih....skrg nih kotak ade rege..Bukan cam dulku leh dpt tepi kedai jerk...hu..hu......

Saturday, April 4, 2009

TAK AMBIL KUNCI LAGI

Disebabkan semalam aku ada meeting kat JPA dari kul 3.00ptg sampai 6.30ptg, so misi aku nak byr deposit kat tnb dan bph xdpt. hu...hu....eliz dah siap dapat kunci dah pun. allaaaaa.....tp xperlah pelan2...mesti ade hikmahnya aku xdpt siap proses tuh.

So positif jgn kelam kabut. Lagipun kalau fikir balik amik kunci rumah awal2 pun bkn dpt pindah cepat ...mana taknya aku satu apa pun xkemas lagi nih. barang2 bayk la sangat.Camne nak buat.

Thursday, April 2, 2009

RUMAH BARU VS RUMAH LAMA

Rumah lama jenis apartmen, rumah baru teres. Duhai hati janganlah berbelah bagi


Wednesday, April 1, 2009

wow..bestnyer dah dapat offer kuarters teres-pst 14



Ya Allah Ya Tuhanku, Alhamdulillah syukur, akhirnya rezeki aku lagi dapat kuarters baru-rumah teres Presint 14. yea..yeaaaa

Hubby sampai rumah kul 6.30ptg, terus dia ajak aku tgk rumah. Semangat giler kitaorg tapi tulah bila memikir banyak barang nak angkut...macam2 perasaan timbul. Tapi camner pun aku mmg nak sangat tinggal kat rumah teres.