Tuesday, March 31, 2009

baby! bestnyer klu ader

Baby......alangkah bestnyer kalau aku dah ader baby skrg ni....cemburu plak tgk org lain yg dah ader anak. Pastu smlm baca paper dan ader berita erra dah bersalin tp xtunjuk gambo nak dia...wao 4.o4 kg tuh.......tp yg pasti mesti cumil cam mak dan ayah dia.

Ya Allah ......kurniakan aku dan suamiku rezeki anak ya Allah..kasihanilah kami Ya Allah.AMIN

EXCITED

Nak tahu excited Kat aper. Jangan xcaya klu aku ckp kat kerja. Almaklumlah balik dr cuti panjang...semangat kerja mmg lain mcm jer. Semlm monday blues ....so hari ni dah semangat start enjin. he...he....pastu tima emel dr diana kata meeting petang ditunda...yahooooooo...ya beda bedu......

Monday, March 30, 2009

First day after holiday- Monday Blues

Ini ler masalah nyer klu dah cuti panjang....pelagi lemau ler........nak tune, setting balik pe yg patut.

BEST- CUTI KAT KAMPUNG

Hari rabu sampai hari jumaat aku dan hubby cuti kat Taman Klebang,Chemor. Biasalah rutin aku dok kat rumah jerlah, sbbnya rumah MIL aku ni kategori bandar jugak lah. So xder keje nak sapu sampah daun2 kering ker, bakar sampah ker, nyangkul ker. Hee..heee....sbnrnya boring gak klu dok melekap ker dpan tv. Kebetulan anak yeop kimi dan fizi ader kat rumah. So sesama la kitaorang memasing join tgk channel cartoon. Tapi yang bestnyer masakan MIL aku mmg kelasssss, apa yang dia masak sumernya sedap2.......tu yg klu balik mmg naik ler bdn.

Lepas semayang jumaat aku dan hubby bertolak pulak ke kampung aku kat Felda Lawin Utara. Bestnyer xsabor nak jumpa mak, ayah, dan kuarga aku. Tapi wan xdpt balik sbb minggu lepas diaorg dah balik. allaaaaa....xsama time la plak. xpelah sian plak klu nak paksa balik..lagipun dia keje mlm. Macam biasa rutin aku kat kampung, pagi2 dah melepak kat bawah pokok rambutan dekat laman. Hubby aku cam biasa sampai2 jer terus pegang pencakar sampah , heee...he... dia ni mmg teruja klu balik kampung. Sumer benda nak buat. tp bagus gak bersih sumer dedaun kering sampai xsempat nak landing kat atas tanah. Thanks my dear.

Tapi tulah xdpat nak pg mana sbb hujan turun lebat , klu xpagi petang. Tapi xperlah sbb diaorg pun mmg sibuk sumer. Hubby cadang nak pergi makan mee banjir kat Simpang, tp xdpt pg sbb uli sibuk. takpelah mungkin lenkalo kita pg satu fmily bawa rombongan cik kiah. he...he...

Saturday, March 28, 2009

CUTI REHAT-BALIK KAMPUNG

Aku dan hubby amik cuti rehat tahunan 3 hari mula hari rabu sampai hari ahad. bestnyerrrrrr dpt balik kampung , tp ada yg xbestnya sebab amat and family dan wan dan ida xbalik. boring la plak. apapun mmg enjoy ler...kat umah ni xsempat nak laporrr...asik kenyang jer. man tak mak asyik masak jer

Tuesday, March 24, 2009

HUJAN LEBAT

Hari ni hujan lebat sangat, pagi2 dah lebat pelagi jln pun jem giler. Aku dah ler xcekap sgt drive..he..he.. sekadar leh bwk dr rumah ke tempat keje. Punya la gelap cuaca. Tp org ckp jgn mengeluh klu hujan...sebnrnya ALLAH turunkan rezeki. Kalu kita doa masa ni insyaallah makbul. Dorang ckp xtahu betul ke tidak.

Esok aku mula cuti yg agak panjang jgk la, Balik kampung. Tapi aku sbnrnya xder dlm mood nak cuti. Entahla aku pun xtahu. Selalunya klu ckp balik kpg akulah org paling teruja sekali. Kali ni hubby soh amik cuti pun aku xbrp excited sangat. naper....ekkkk.

Monday, March 23, 2009

ZOO NEGARA - sambungan




Sambungan.....lagi gambar kat zoo negara

ZOO NEGARA



Hari sabtu lepas kitaorang pergi bawa faiz dan haikal pergi zoo negara. Sebenarnya aku sendiri pun dah mmg lama xpergi , seingat aku rasanya tahun 1992 ..itupun masa rombongan sekolah Rendah. Hampir 17 tahun la aku xjejak kaki ke zoo Negara.


Kitaorang sampai dlm pukul 11.00, nasib baik parking masih banyak. budak 2 org xabis2 nak naik kenderaan zoo (xtahu apa namanye). Klu naik maknanya xpuas la tgk binatang2 yg ader sbb hanya lalu kat sekitar jlan besar. huuuuh penat jugak la sbnrnya , klu nak datang sini lain kali kena joginng sebulan agaknya br xmengah ahakkkk....

Seronok tgk dorang kemain teruja lagi bila dpt tgk zirafah, gajah, badak, rusa dengan dekat. Esp masa bg rusa mkn carrot.

Apapun Maklang pun tumpang teruja jugak......sbb dah lama xpergi. tp apapun tgk gelagat bebudak tu happening sangat.


Friday, March 20, 2009

TUMPANG KASIH


Walaupun aku masih belum ada anak, alhamdulillah aku punya anak saudara yg baik dan amar rapat dgn aku dan hubby. Pada mereka lah tempat aku dan hubby tumpang kasih dan manja . Faiz 6 thn dan Haikal 4 thn, mereka anak abang aku yang no.2 . Setiap minggu jika lapang aku akan ke rumah mereka dan klu aku xjenguk dorang plak yg tpon aku.


Sebenarnya dorang ni nakal seseangat tp menghiburkan. Sesapa yg xpernah jumpa mesti terkezut giler tgk...dengan keaktifan yg terlampau..he..he..... Faiz dan Haikal thanks coz sudi memberi ruang untuk maklang mencurah kasih dan sayang.


Wednesday, March 18, 2009

PENATNYA HARI NI

Aku pun xtahu ler kenapa skang asyik terasa penat je. Klu kat rumah tuh xabis tgk citer dah terlentok. Kengkadang pkl 1 atau 2 pagi br terjaga. hishhh...heran betul

Tuesday, March 17, 2009

masih belum ada rezeki

Seperti pasangan lain yang berkahwin yang inginkan cahaya mata secepat mungkin. Begitu juga aku dan suami, tapi kuasa allah penentu segala-galanya. Tahun 2009 ni genaplah 5 thn usia perkahwinan kami.

Alhamdulillah walapun diuji kasih sayang kami masih utuh dan teguh dan insyaallah kekal sampai akhir hayat kami. Berkisar tentang anak kami telah mulakan rawatan mulai thn 2005 bila usia perkahwinan dah menginjak setahun.

Rawatan dibuat dibeberapa tempat seperti LPPKN, kLINIK Prof. Dr. Hamid Arshad dan rawatan alternatif pn. Syuhaida.

PJJ

Pasangan jarak jauh....lebih kurang satu tahun kami tinggal berasingan kerana tuntutan tempat kerja yang berbeza. Tapi mulai 01.09.2005 aku telah dapat bertukar ke putrajaya di JPM sehingga sekarang.

KENANGAN TERINDAH

2001-2003
Kenal hati budi

5.7.2003
Mengikat tali pertunangan

03.07.2004
Melangsungkan pernikahan

07.08.04/08.08.04
Resepsi kedua belah pihak

Monday, March 16, 2009

langkah pertama

Aku tamat blaja pada thn 2000, rehat dlm 3 bln aku dipelawa oleh Alin keje kat tempat dia keje. Aku ok jer..maklumlah xnak pilih keje dan mak n ayah aku setuju jer. Aku muka keja kat Fine Mist 3 bln jer. Syarikat ni totally org melayu nyer..kontraktor Elektrik yg terlibat dgn lampu jalan. Cukup 3 bln aku resign. Tapi apapun aku tetap dpt kutip pengalaman.

Berhenti.....kan aper aku dapat tawaran drpd mAJLIS dAERAH gERIK. Kat kampung plak tuh....pelagi xfikir byk aku pun balik. Aku mula kejer kat sini 1.4.2002, MDG adalah Kerajaan Tempatan. Jawatn aku kat sini Pemb. Akauntan. Selama setahun aku menimba pengalaman yg sememangnya kat sini byk ajar aku tentang budaya, persekitan dan komunikasi kat tempat kerja.Tapi jodoh aku dgn MDG pun tak lama sbb aku ditawarkan jawatan Pen. Akauntan dengan kerajaan Persekutuan.

Syukur alhamdulillah rezeki aku tidak pernahy putus.Mulai 10.04.2003 secara rasminya aku adalah kakitangan perkhidmatan awam persekutuan dan tempat lapor diri pertama adalah di P0liteknik Tanjung Malim. Kat sini lebih kurang 2thn 1/2 aku kutip pengalaman. Disini lah aku belajar segala-galanya sehingga aku betul2 pandai dan boleh membuat keputusan.

Kat sini aku jumpa iza, kak lin, kak. yati, wawa dan cek yanti....miss u all.

1999-2001(oo yehhh..akhirnnya)

Allah maha kaya dan maha adil cukup jer setahun aku duduk kat rumah aku dapat tawaran sambung belajar kat Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah(POLIMAS). Ya ALLAH hanya dia je yg tahu perasann aku masa ni.

Pada hujung Januari klu xsilap aku memulakan kisah hidup sbg seorg pelajar IPT dan yang penting aku dapat blaja apa yg aku minat iaitu perakaunan. Kat sini aku jumpa kawan2 baru Alin, Lenny, nani, eliz, maz, kak.an, cik pah, salniza dan ramai lg. Kwn2 yg x disebut jgn kecik hati sbb xlarat nak taip .

Semester 1 berlalu dgn pantas, masuk sem 2 dan seterusnya aku dah xduduk hostel , aku dgn geng aku menyewa kat tmn mahsuri. Geng serumah dah tentu alin, lenny, nani, eliz, mas dan Kak.an. Kitaorg tinggal kat situ sampai sem akhir.

Kat sini ler sbnrnya ku jumpa hubby skarg, wpun sblum ni dia mmg satu sekolah dgn aku. Tp kat sekolah sepatah pun aku xpernah ckp dgn dia. Masa ni dia sem akhir tp mmula kitaorg hanya sbg kwn .

Berbalik kisah aku dan kwn2...nak citer sumer mmg tak abisnyer. Kitaorg sangat suka pg Citypoint Alor Setar dan xsah klu xsinggah kat satu gerai yg ade jual air limau kasturi dgn asam boi....wuiiii mellelh air liur. Bila xder kelas atau cuti tempat yg selalu kitaorg lepak kat Jitra..he...he...Tapi satu yang uniknya kat kedah ni makanan mmg sedap2 murah plak tuh. hiii...terkenang sms dulu.

Penganggur terhormat(1998)

sambung lagik citer...pas abis jer sekolah aku duduk kat rumah , bukan takat cuti tp sampai thp boring sbb 365 hari rutin yg sama aku buat. Dolu terindu2 nak duduk rumah sbb asyik dok asrama jer. Nah...ambik ...dah dpt duduk mulalah macam cacing kepanasan.

Act ayahku xbg aku pg kerja..masa tuh aku tingin sgt nak ikut sepupu aku kerja kilang. Kan aper dah boring thp gaban.hew..hew...Cuba bayangkan selama setahun aku duduk saja2 kat rumah xwat apae2. Masa nilah bdn aku dah mula menambah daging sedikit demi sedikit.

Tapi sbnrnya ada hkmahnya sbb selama 7 tahun aku dok asing dgn family , nilah masa aku nak luangkan masa dengan family. Nak wat camna satu tawaran belajar pun xdatang masa ni. Sabar jelah

CERITA-CERITI 5( 1997)

1997 - FORM 5

Memang teralu banyak kenangan yang xkan dapat aku lupa sampai hari bak kata orang sweet 17. Kisah suka duka aku sbg remaja 17 mmg satu kenangan yang sukar dilupa dan akan dikenang sampai bila-bila.

Suka
Kengkawan satu kelas yang mmg sporting dan kepala ting tong ESPECIALLY...PADA ROSE, FAIZ, IDAH, ALONG LIDA, NOREM, CHE MIN, ETON, ELLYdan cikgu cikgi pun sporting especially 'ibu'-Puan Ratna Laila. Miss u so much. Hari2 pg kelas mmg pikio enjoy je....blaja masa ni sendiri mau ingat la...masih terbawa2 thn honeymoon lagik.

Walaupun sumer nyer ting tong tp akhirnya kami sumer sedar diri balik dan blaja untuk SPM dan masa depan. Alhamdulillah majoriti dpt result bagus. Geng - geng aku pun sama. Aku juga dpt Gred 1 wpun agg 24. Menyesal jugak ler tu catch up 2-3 bln agaknya klu awal thn mesti lg best. Tp bak kata org menyesalm kemudian hari xberguna ye tak.

So perpisahan dengan zaman sekolah mmg terasa sangat sedih tp best xyah dah pg sekolah..he..he....

CERITA-CERITI 4( sekolah Menengah)

Masa ni pun aku dok asrama gak dr form1-5. Kalau nak citer 5 thn nyer kenangan lagi ler xabis. Aku sekolah menengah dekat lenggong jugak, Sekolah Menengah Dato' Ahmad. Yerlah result UPSR biasa2 jer xderlah dpt offer sekolah asrama penuh. Kengkawan yg lain ramai la dpat sbb result dorang best. xperlah kata mak aku kar mana2 pun sama janji rajin blaja.

Masa ni xder takut sangat sbb pengalaman dok asrama dah ader sblum ni. bak kata orang slumber jek. So kwn 2 SKLG yg sama2 dgn aku ramai gak ant: shima, haslida, saeidah dan dll. Tapi masa form 1 aku rapat dgn shima dan saeidah. Past shima kuar dr asrama aku tinggal dgn saeidah jek sampai form 3. Masa ni kira aku agak2 sedar diri jugak ler...beringat nak PMR. ALHAMDULILLAH keputusan aku agak baik jugak..4A,3C,1D. Lps PMR Saeidah balik ipoh sekolah kat SMGR, so tinggal aku sorang.

Masa Form 4 kat asrama tinggal bbrp org jek lagi. Dr ramai2 tu boleh bilang dgn jari sbb masing2 pindah sekolah. Yg tinggal aku, salina, faiz, rose, haslida, wazida dan idah. Yg lelain aku pun xingat kemana dorang ..he...he...he... Masa ni kami bertujuh mmg rapat sangat. Pada tahun 1997- masa Form 5, kami diarah pindah asrama baru..dlm kwasan sekolah, tp sebe;ah asrama putera. Pindah sbb asrama lama mmg dah lama sangat dan dorang takut ranap..he...he...

So kami lah perintis pada asrama baru, best sumer kelengkapan baru xlah bushuk dan tilam bantal penuh dengan pepijat..hiiiiii!!. Kami duduk sebilik dengan akak form 6:kak ijan, akak ella, kak rozie dan akak zaiha, pastu tambah kawan lagi norem, cik minah dan Eton. So besar sungguh kuarga kami. Tak bafi masa ni mmg enjoyyyyy sesangat. I MISS U ALL N 1997 FOREVER AND EVER.

CERITA-CERITI 3( asrama)

Kat asrama ni lah aku membesar dengan kwn2 aku. Kami sama2 berjuang untuk ilmu dan kenal erti hidup. Waktu ni rasa cam dah besar sangat walhal baru umur 11thn ko. Aku rasa bdk skrg xleh nak wat camtuh de. Tp kata org lain hulu lain parang lain dulu lain skrg.

Sebelum tu biarkan aku citer dulu prasaan aku lps ayah balik sbb dah selesai pendaftran. Memula happy sbb ramaiiii kwan tp bila time nak tido mula lah aku dgr macam lagu......waaaaa nangis ingat kat mak ayah.....aku pun apalagi ikut sekapal la.... Tp sumer bersifat sementra jer. So walauapapun kita mesti tempoh perjalanan hidup kita ni..betul tak. Macam tu juga aku dengan kwn2 aku.

Kehidupan aku zaman ni byk suka dukanya yerlah...life dgn kwn2..pastuh budak lagi plak tuh...klu kenang sampai 2 jilid pun xabis. Aku tingat masa ni 3 org cikgu merangkap warden kitaorg cikgu salbiah, cikgu Norhaniliza dan ustazah Farhana. lps abis sekolah aku xpernah jumpa tp ader cikgu sal ms thn 2001. apapun jutaan terima kasih sbb cikgu tlh jaga lami dngan baik.

itu bab warden...hehe kegkawan aku plak...nanti aku sebutkan nama ...ikut urutan katil....aku ingat sampai skrg..maniza, azian,seri hartini, norem, ita, yang, hasnor, awin, shima, wana, wan zubaidah, saeidah, haslida, ella dan shahida dgn umi pindah ms darjah lima. ok tak..aku ingat lagik . pekaba ler dorang sumer...tp jgn xcaya skrg ni tgh cari kwn lama.

Masa ni aku aktif sumer sukan aku redah...dan paling manis aku pernah cipta rekod utk 100m. he...he...result UPSR aku boleh thn aku dapat 2A, 1B,1C.

CERITA-CERITI 2( zaman sekolah)

Aku sekolah banyak tempat. Darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Bagan Serai. Pastu darjag dua kat Sekolah Kebangsaan Kenayat. Darjah 3 lak aku sekolah kat Sek. Keb. Felda Lawin Utara sampai darjah empat. Kisah masa ni biasa2 ajer tp adalah satu benda yg aku tingat sampai skrg. tp patut ker aku ckp ek.... Gini masa aku sekolah kt SKFLU ni ader sorang cikgu ni..xyah ler sbut nama ek.. dia sumer org xsuka sbb gatallll sangat. Tp sbb ilmu kitaorg thn jerk....kengkadang sampai naik meluat dan benci. Patut ker ader perasaan cam tu.. yerlah kang xberkat plak ilmu dia bagi. Aku klu leh xnak la ader perasaan tuh..kang xberkat ilmu...entahlah.

ASRAMA
Kalau nak tahu kat sini mulanya kehidupan aku yang sebenar.......he...he....baru kenal erti hidup dan survival. ecehhhhh xder la ape pun wat suspen jek.

Masa aku darjah empat cikgu ader invite aku dan bbrp org dak kelas aku supaya pg ambil ujian . klu pas leh masuk sekolah asrama kat lenggong. ni sekolah khas la utk budak2 kpg yg nak majukan diri. Aku pun terpilih sbb aku kategori top5 dlm kelas aku la. Ms keputusan kuar memula aku xdpt yg dpt ms tu sani azrul, herman dan Fadli, Cikgu xsebut pun nam aku. Aku ok jer sbb berbelah bg gak klu dpt maklumlah kena pisah dgn mak.

Tp tanpa disangka2 alih2 masa awal tahun 1991, cikgu bg surat soh aku p daftar kat Sekolah Kebangsaan Lenggong. Aku pun xfaham perasaan aku masa ni...nak kata suka pun tak..sedih pun tak. Ayah dan mak aku bgantung kat aku klu aku nak dorang hantar. Aku dah xingat apa yg aku ckp tp yg aku ingat pg tu aku dah bonceng moto ayah utk p daftar. Mak aku mmg sedih sbb anak pompuan dia jauh dgn dia, tp sbb ilmu xperlah.

CERITA-CERITI 1( siapa aku)

Aku mulakan cerita aku dari awal hingga kini...yerlah sejak aku dah wat blog terus jer main terjah..xder mukadimah pun. So aku rasa biarlah aku mulakan cerita siapa aku....he..he...
Aku dilahirkan pada tanggal 11 April 1980. Menurut mak ....katanya aku dilahirkan pada pukul 9.00 pagi. Aku merupakan anak ketiga..daripada 5 adik beradik. Yang paling penting masa tu aku cucu perempuan tunggal dan lagi best aku anak pompuan tunggal, satu2nya buah hati, intan payung dan permata mak dan ayah aku. aku bukan perasan tau tp mak n ayah aku yg ckp. aku xder gambar la nak letak masa kecik....lgpun maluuuuuu. xper nanti aku cari.

Kampung aku kat Bagan Serai dan Selama. Aku suka kat sana snn ader sawah padi. Tp ayah dan mak aku nak berhijrah supaya dapat ubah ekonomi kami. So pada tahun 1988 ayah aku telah ditawrkan untuk menetap di Felda Lawain Utara( Kini rumah Mak dan ayah aku), di Gerik Hulu Perak. Masa pindah umur aku br 8 thn, aku xtahu susah senang je hidup masa ni sbb dlm kepala hotak aku adalah enjoyyy ajer. Yg tahu makan, minum, main tido...kerja sekolah klu mak aku xbeleter,,,jwbnyer xderlah...

Act mak dan ayah aku ckp kitaorg susah dulu....bila dah besar ni aku tingat plak masa mak dan ayah aku terpaksa kerja kat kebun dan paling sedih mak aku...keje tambahan. Nak tahu aper...tabur baja kat anak pokok getah. Aku tingat sgt bila balik sekolah kitaorg lapor tp mak lum balik lagi nak masak. Tp yg aku bangga kitaorg berlima xla plak meraung xdpt makan. Agaknyer faham kot.Tp lepas tu dak ok kot...aku pun dah xbapa ingat dah.

chubby

aku sebenarnya rasa rendah diri pun skrg ni ssb nyer aku dah semain gumuk. Yg xbestnyer bila jumpa kengkawan lama sumer terkezut dgn aku skrg. Yerlah aku dulu mmg kocil ler sbb berat sekitar 43-48 kg jer...skarg sendiri mau ingat la...paling kecil 62kg. Esp slps aku jalani prosedur IVF bulan 4 thn lpas. lebih kurang 10kg naik so jadil ler 72kg. Mak ai percaya atau tak...ambikkk..aku sendiri xpercaya.

tp xcaya pun inilah realiti nyer..hu..hu...hu..nak nangis . tp aku still xberjaya lagi ler nak ader baby. tp xper aku ader misi thn ni insyaallah aku nak kecikkan sikit wpun xbnyk dpt sikit pun dah ALHAMDULILLAH.

dah lama menyepi

ntah ler naper aku xsemangat nak tulis citer pasal aku...agaknyer xbest kot.Yerlah org len leh citer pasal anak2.aku nak citer pasal aper ....
hm....kejer cam biasa..bz jer memanjang